Tuesday, 23 April 2013

MEE GORENG CINTAN

Assalamualaikum semua.....

sarapan apa pagi nie? Ari ni uda masak mee goreng guna mee kering kasar jenama cintan. Masak simple je untuk sarapan. Bahan2 pun guna yg senang aje, tapi kalo nak letak bahan lain2 pun boleh contohnya seafood. Kat umah kehabisan pula sotong dan udang jadi uda guna ayam aje sebagai rencah utama mee ni.
Kalo terasa nak mencuba boleh le guna resepi ni ye.....

Ni dah siap bungkus nak bawa gi keja....

MEE GORENG CINTAN
Bahan:
1 bungkus mee kering kasar jenama cintan
500gm isi ayam potong kecil2
1 peket fish cake potong nipis
Kobis hiris nipis (boleh ganti dengan sawi)
Taugeh ikut suka (uda letak 50 sen taugeh)
2 sb cili giling
4 sb sos cili
2 sb sos tiram
4 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
1 kiub magi
Sedikit garam
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji bawang merah besar – tumbuk
½ inci halia – tumbuk
4 sb minyak utk menumis

Cara:
Celur mee kering dgn air panas hingga lembut kemudian toskan dan siram dgn air ssejuk
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan cili giling
Masak hingga garing kemudian masukkan isi ayam dan potongan fish cake. Goreng hingga masak kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap cair, kicap pekat, kiub magi dan sedikit garam.
Bila dah sebati masukkan kobis, taugen dan mee.
Gaul sebati dan rasa garamnya. Kalo kurang boleh tambah.
Bila semua sudah masak boleh le padam api dan hidangkan…

Ni utk sarapan pagi. Petang pulak kakak uda request nak buat pizza......Tunggu ye pizza dari uda..... 


2 comments: