Moga sihat sejahtera dan ceria dalam menjalani tugas2 harian. Kita ni org pompuan memang selalu sibukkan..... Apalagi kalo yg berkerja. Rasa tekejar2 aje nak buat semua benda. Tapi walau sesibuk mana pun agenda masak memasak tetap diutamakan.....
Hari ni uda sempat le membuat kuih seri muka untuk dijadikan sarapan pagi. Lagi terbiar aje beras pulut tu dok dalam peti ais (masuk dlm peti ais sebab nak elakkan berkumbang) baik ku langsakkan dia....
Jom tengok cara uda buat kuih seri muka nih....Korang tau belum pukul 5.00 pagi lagi blender uda berbunyi sebab mengisar daun pandan. Minta maaf le ye jiran sebelah menyebelah kalo terjaga dari tidur dek kebisingan blender ku itu.....
Potongan tak berapa cantik sebab belum sejuk sepenuhnya. Nak cepat sebab nak gi keja.....
KUIH SERI MUKA
BAHAN :
3 CAWAN PULUT
2 CAWAN SANTAN PEKAT
1 CAWAN AIR
SEDIKIT GARAM
1 DAUN PANDAN BASUH DAN SIMPUL
CARA :
BASUH BERSIH PULUT LEPAS TU RENDAM (UDA RENDAM 4 JAM)
MASUKKAN SEMUA BAHAN KEMUDIAN KACAU DALAM PERIUK ATAU
KUALI
(CARA NI SAMA MACAM NAK BUAT KETUPAT PALAS DAN AGAK CEPAT
PULUT MASAK)
BILA SANTAN DAH
KERING PINDAHKAN DALAM LOYANG 8” YG TELAH DILAPIK PLASTIK
TEKAN PULUT DALAM LOYANG SUPAYA MAMPAT DAN RATA
KUKUS SEKETIKA SEBELUM DITUANG LAPISAN ATASNYA
LAPISAN ATAS :
2 CAWAN SANTAN PEKAT
12 HELAI DAUN PANDAN BERSIHKAN DAN KISAR DENGAN SECAWAN
AIR
LEPAS TU TAPIS AMBIL AIRNYA
SEDIKIT WARNA HIJAU
¾ CAWAN GULA
¾ CAWAN TPG GANDUM
¼ CWN TEPUNG KASTARD
1 BIJI TELUR
1 SDT GARAM HALUS
CARA :
MASUKKAN SEMUA BAHAN DAN KACAU RATA.
TAPISKAN DALAM PERIUK DAN MASAK SEBENTAR DGN API PERLAHAN
HINGGA BERWAP
KEMUDIAN TUANGKAN DI ATAS LAPISAN PULUT DAN KUKUS SELAMA
20 – 25 MINIT DENGAN API SEDERHANA
SEJUKKAN DAHULU SEBELUM DIPOTONG MENGGUNAKAN PISAU
PLASTIK
Selamat mencuba....... Oh ya kalo korang nak kurangkan pulut pun boleh tau tapi kurangkan juga santan & airnya. Ni uda buat pulut agak tinggi sebab guna 3 cawan beras pulut.
No comments:
Post a Comment