Ni lagi satu kuih yg uda buat utk bawa balik kg. Ala senang je kuih ni, tentu dah ada yg buat. Sebelum ni uda ada but kuih koci tpi guna keledek, kali ni uda guna labu pulak.....Sedap tau.....
Tak caya cuba buat.......
KOCI LABU
BAHAN :
600GM LABU REBUS DAN LECEK LUMAT
2 CWN TPG PULUT - DIAYAK
SEDIKIT GARAM (KALO REBUS LABU DAH LETAK GARAM TAK PAYAH LETAK KAT TPG)
DAUN PISANG POTONG DAN LAP BERSIH
SEDIKIT MINYAK UTK SAPU KAT DAUN PISANG
INTI
KELAPA MASAK DENGAN GULA MERAH DAN TAMBAH GULA PASIR
LETAK ADUN PANDAN
(IKUT RESEPI KAT KOCI KELEDEK)
BAHAN SALUT
1//2 CWN TPG BERAS
11/2 CWN SANTAN
SEDIKIT GARAM
CARA :
MASUK KETIGA2 BAHAN GAUL SEBATI DAN MASAK ATAS API PERLAHAN
BILA AGAK PEKAT BOLEHLA DIANGKAT
CARA BUAT ADUNAN TPG
MASUKKAN TPG PULUT KEDLM BEKAS LABU YG DILECEK
GAUL SEBATI. BULAT2KAN IKUT NAK BESAR MANA
AMBIL SEHELAI DAUN PISANG DAN LETAK SIKIT MINYAK
LETAKKAN TPG KAT TGH DAUN PISANG LEPERKAN DAN ISI INTI
LEPAS TUTUP INTI SUDUKAN SESUDU BESAR BAHAN SALUT
KEMUDIAN BUNGKUS KEMAS DAN SUSUN DLM TAPIS ATAU PERIUK PENGUKUS..BUAT HINGGA HABIS. PANASKAN KUKUSAN DAN MASAK DALAM 20 MINIT ATAU HINGGA MASAK..
Selamat mencuba..................
No comments:
Post a Comment