Korang nak cuba tak resepi uda masak nih. Korang tau kan rempah kurma tak pedas dan kari pulak pedas, nak2 kalo kari adabi ataupun babas, cuma kari keluaran Mak Siti je tak pedas. Jadinya uda cuba campurkan kedua2 rempah kari dan kurma adabi untuk rasa tak berapa pedas dan dalam masa yg sama dapat aroma kedua2 rempah tu bila kita makan.
Jom le semak resepi mudah nih.....
KARIKURMA AYAM
Bahan-bahan.
·
500gm ayam potong kecil2
·
2 sdb rempah kurma adabi
·
2 sdb besar rempah kari adabi
·
1
cwn santan segar pekat
·
3 ulas bawang putih
·
3 biji bawang merah kecil
·
½ inci halia
·
3 sudu besar minyak utk menumis
·
2 biji kentang potong 4
·
1 btg lobak merah potong dadu
·
sedikit garam
·
5 tangki daun kari
·
1 sdt serbuk magi cukup rasa
·
Air utk empukkan ayam dan kentang
·
Sedikit kulit kayu manis, bunga
lawang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
Cara-Cara.
1.
Basuh bersih ayam dan toskan
2.
Tumbuk lumat halia, bawang putih dan
bawang merah
3.
Rempah kurma dan kari bancuh dgn
sedikit air – jadikan pes
4.
Panaskan minyak dan tumis bahan
tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan bahan tumis dan setangkai daun kari.
Bila garing masukkan pes kurma dan kari dan kacau seketika hingga nampak garing
5.
Masukkan ayam dan kentang dan tambah
air. Biar mendidih baru masukkan lobak merah.
6.
Bila semua sudah empuk masukkan
santan, maggi cukup rasa, garam dan baki daun kari.
7.
Kacau supaya santan tak pecah dan
rasa garamnya, kalau kurang boleh tambah.
8.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap
dimakan bersama roti jala, roti ataupun nasi.
- Ni uda nak pesan, kalo guna kentang russet yg cepat empuk tuh
jangan masukkan sekali dengan ayam, nanti hancur pulak. Agak2 ayam dah nak
empuk baru masukkan kentang sekali dgn lobak merah tau.
- Air pulak korang agak2 le nak kuah tu pekat camner. Kalo nak
pekat tak yah letak air banyak sangat.
Selamat mencuba…………………..
No comments:
Post a Comment