Dalam sibuk2 menjahit manik baju tempahan kakak keja kat upm nih, uda sempatkan diri letak entry baru kat blog nie. Sebenarnya hari2 uda masak dan cuba juga masakan yg baru, cumanya tak begitu sempat nak upload kat blog. Sibuk keja dan juga ada le ambil tempahan jahit manik dan buat kek atau biskut. Tu yg kadang2 blog nie sepi je.......
Malas le nak tulis pepanjang nih, korang tengoklah resepi mudah dan ringkas nak disediakan nie ye.....
BAHAN
½ EKOR AYAM POTONG IKUT SUKA
¼ BIJI NENAS HIRIS NIPIS
5 BIJI CILI PADI – KALO NAK PEDAS BOLEH TAMBAH
1 KOTAK SANTAN KARA
½ INCI HALIA
3 BIJI BAWANG PUTIH
1 SDT SERBUK KUNYIT – KALO NAK SEDAP GUNA KUNYIT SEGAR 11/2
INCI
2 SB MINYAK UNTUK MENUMIS
AIR UTK EMPUKKKAN AYAM
1 HELAI DAUN KUNYIT
GARAM
CARA
BERSIHKAN AYAM DAN TOSKAN
TUMBUK LUMAT CILI PADI,BAWANG PUTIH DAN HALIA
(KALO MALAS BLEND JE)
PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN TUMBUK DAN KUNYIT HINGGA NAIK BAU
MASUKKAN AIR DAN AYAM. BIAR AYAM AGAK LEMBUT BARU
MASUKKAN NENAS DAN SANTAN
GAUL SEBATI DAN DIDIHKAN SEBENTAR KEMUDIAN MASUKKAN DAUN
KUNYIT DAN GARAM. RASA GARAMNYA
BILA AYAM EMPUK TUTUP API DAN SEDIA DIHIDANGKAN
No comments:
Post a Comment