Sunday, 7 April 2013

KUIH SERIMUKA GULA MERAH

Assalamualaikum semua......

Sihat?. Harapnya riang ria ye dihujung minggu nih.....

Korang taukan kuih serimuka?. Ala yg bawah dia pulut atasnya tpg warna hijau tuh....Sebelum nih, uda ada letak resepi kuih ni. Kalii ni uda buat lagi sekali tapi ku ubah caranya mengikut kreatif kepala otak uda nih.

Jom le korang tengok........



KUIH SERI MUKA GULA MERAH
BAHAN :
3 CAWAN PULUT
2 CAWAN SANTAN PEKAT
1 CAWAN AIR PANDAN
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT PEWARNA HIJAU
1O HELAI DAUN PANDAN
CARA :
BASUH BERSIH PULUT LEPAS TU RENDAM (UDA RENDAM 4 JAM)
KISAR DAUN PANDAN + 1 CWN AIR – TAPIS AMBIL JUS
MASUKKAN SEMUA BAHAN KEMUDIAN KACAU DALAM PERIUK ATAU KUALI
(CARA NI SAMA MACAM NAK BUAT KETUPAT PALAS DAN AGAK CEPAT PULUT MASAK)
BILA  SANTAN DAH KERING PINDAHKAN DALAM LOYANG 8” YG TELAH DILAPIK PLASTIK
TEKAN PULUT DALAM LOYANG SUPAYA MAMPAT DAN RATA
KUKUS SEKETIKA SEBELUM DITUANG LAPISAN ATASNYA

LAPISAN ATAS :
1 KOTAK  SANTAN KARA KECIL
2 KETUL GULA NIRA MASAK DGN 1 CWN AIR + 1 HELAI PANDAN
LEPAS TU TAPIS AMBIL AIRNYA - SEJUKKAN
½  CAWAN GULA
¾ CAWAN TPG GANDUM
¼ CWN TEPUNG KASTARD
1 BIJI TELUR
1 SDT GARAM HALUS

CARA :

MASUKKAN SEMUA BAHAN DAN KACAU RATA.
TAPISKAN DALAM PERIUK DAN MASAK SEBENTAR DGN API PERLAHAN HINGGA BERWAP
KEMUDIAN TUANGKAN DI ATAS LAPISAN PULUT DAN KUKUS SELAMA 20 – 25 MINIT DENGAN API SEDERHANA
SEJUKKAN DAHULU SEBELUM DIPOTONG MENGGUNAKAN PISAU PLASTIK

Kuih nih dah selamat sampai kat kg uda kat Muar. Buat hari Sabtu kebetulan along dan adik nak balik kg, jadi kirim le untuk family kat kg tuh......Uda lak ken keja ari sabtu nih... Adoi la tak dapat  nigkut balik kg.. Sedih woooo......

No comments:

Post a Comment