Masak apa ari nie?. Kalo rasa nak sarapan bingka labu yg sedap nih... boleh le korang cuba buat. Yg uda buat nih dah abis masuk perut. Ambil resepi dari Yatie memories. Maaf ye Yatie uda copy resepi ni kat sini buat rujukkan dan dipanjangkan pada sapa2 yg nak mencubanya.
BINGKA
LABU
Sumber
: Yatie Memories
Dicuba : Udauditproduk
BAHAN-BAHAN
-Yatie guna loyang bulat 9 inci,
Uda guna acuan pecah lapan dan acuan kek macam kat gambar
·
2 biji telur
·
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya
tambah air biasa je)
·
(Uda guna santan segar)
·
1/2 cwn susu cair – uda guna susu segar
·
2 cwn tepung gandum
·
1/2 cwn gula pasir halus – uda kurangkan sikit
·
1/2 cwn susu pekat manis
·
1/2 sudu kecil garam
·
1 sudu kecil esen vanilla
·
2 sudu besar butter/minyak sapi-Uda guna butter
·
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
·
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
1.
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser loyang dengan mentega,
panaskan sebentar .(Ikut oven memasing)
2.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu
bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
3.
Tapis adunan tadi, Uda guna blender lagi senang. Tuangkan dlm
mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
4.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
5.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya
berkerak, tambah masa pembakaran. Biarkan kuih betul2 sejuk
barulah di potong
No comments:
Post a Comment