Ni ada lagi satu entry yg uda nak tayang ari nih....
Korang pernah makan taro?. Bebola taro ataupun bebola
keledek adalah manisan popular dari Taiwan. Bebola ini akan dicampur dengan
bahan lain sepert kacang merah, barli, cincau dan lain2 lagi. Manisan ini boleh
dimakan panas atau sejuk.
Uda sebenarnya teruja nak cuba membuatnya bila tengok dalam
majalah rasa bulan Mac 2013. Cuba gak cari lebih detail dekat pakcik Google
tapi tak dek….ataupun uda yg tak pandai nak cari, kui....kui...kui.....
Dekat Malaysia ada satu restoren yg dikenali sebagai
Snowflake telah mengadptasi resepi ini dan dikomersialkan di Malaysia.
Jom kita cuba buat manisan ini…..Kalau nak info lanjut boleh
dapatkan majalah rasa bulan Mac 2013.
Resepi yg uda buat ni dah diubah mengikut tekak kita org
melayu tapi cara buat taro tuh…uda ikut resepi yg kat majalah rasa tu…
TARO/BEBOLA KELEDEK
Bahan:
150gm ubi keledek – potong dadu
(Boleh guna keledek kuning, unggu, putih)
60gm tpg ubi
2 sudu makan gula
Cara:
Rebus ubi keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus
Campurkan tpg ubi dan gula
Bentukkan menjadi bebola kecil dan letakkan dalam periuk
berisi air
Rebus doh hingga masak dan berkilat
Hidangkan bersama bebola keladi lain atau kekacang
Bebola keledek juga boleh digantikan dengan keladi, bijan
hitam atau sebagainya mengikut citarasa memasing
Cara buat sago
½ cwn sago cuci dan masak dengan 1 cawan air
Masak hingga berkilat, lepas tu toskan dan cuci dengan
air
Masukkan dalam bekas2 kecil
Sejukan dalam peti ais.
Bahan campuran taro
1 tin jagung dalam tin (uda guna adabi)
1 tin kacang merah (uda guna dalam tin yg org guna buat
ais kacang)
-
Kalo rajin rebus sendiri
2 biji pisang emas potong bulat2 – jgn nipis sangat dan
jgn terlalu tebal
1 mangkuk kecil sago
Air gula merah (uda guna gula nira merah)
200ml santan (uda guna santan kotak kara)
Cara :
Masak air gula merah
dan daun pandan dicampur dengan 4 sudu besar gula.
Tapis untuk membuang pandan dan abuk yg ada pada gula
merah. Ketepikan
Panaskan 200ml santan kara (Kalo ada santan segar lagi
best)
Letak 2 sudu besar air gula merah dalam santan, lepas tu
masukkan 2 biji pisang emas yg di potong bulat
dan juga taro (bebola keledek)
Cara menghidang taro :
Ambil 1 mangkuk, letakkan 1 sudu besar jagung, 1 sudu
besarkacang merah dan sago yg telah dikeluarkan dari acuan.
Letak 1 sudu gula merah (Kalo suka manis boleh tambah)
Masukkan santan yg ada taro dan pisang. Bolehlah
dihidangkan.
Kalau nak sejuk boleh letak ais atau kisarkan ais jadi
macam ais abc tu……
Selamat mencuba…..
·
Uda tak puas hati la bila tengok gambo taro yg
kat majalah tuh….bentuk dia cantik je berketul2 empat segi. Agaknya dia buat panjang2
leper bentuk empat segi, pas tu masak dalam air panas kemudian potong2 kot.
Lain kali uda nak cuba buat cam gitu le….. Apa2 pun sedap rasa taro nih.
No comments:
Post a Comment