Thursday, 21 March 2013

CUCUR UDANG KERING/JEMPUT2

Asallamualaikum....

Moga kehidupan harian kita sentiasa diberkati Allah SWT. Insyallah.....

Tentu korang biasakan sarapan jejemput atau nama glamernya cucur. Berbagai cara dan perisa boleh kita buat cucur ni seperti sebelum nih uda dah kongsi cara buat jejemput bilis yg ranggup.
Kali nih uda buat ucur udang kering le pulak.....


Sedap dimakan dengan sambal tumis. Kalau malas nak buat sambal tuh makan dengan sos cili pun sodap jugak.......
Jom intai cara nak buatnya. Mudah dan senang nak membuatnya......

jemput2/cucur udang kering

Bahan :
500gm tpg gandum yg telah diayak
1/2 sdt garam halus
100gm udang kering cuci dan tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar potong dadu (Uda letak bawang holland)
2 pokok daun bawang bersihkan hiris kasar
Air panas baru mendidih
Minyak utk mengoreng

Cara :

Satukan semua bahan, gaul sebati. Bila air dah masak terus tuang dalam bancuhan tepung.
Hati2 tau sebab air tu panas. Jangan terlalu cair nanti bila goreng serap minyak.
Letak air agak2 tepung tuh sebati bergaul aje. Tpg tuh memang nampak keras tau bila dah dicampur dgn air panas. Ala2 dah masak sikit...
Panaskan minyak dgn api kuat, bila panas perlahankan api dan boleh lah disudukan bancuhan tpg ke dlm minyak tu. Guna 2 sudu untuk memudahkan tpg jatuh dlm kuali.
kalo korang nak guna tangan pon boleh gak tapi kena tunggu le bancuhan tuh sejuk sikit, kang melecur le pulak tangan korang sebab tpg tuh panas. Balik2kan, bila garing boleh angkat dan hidangkan bersama sambal tumis.

Sangat ranggup di luar dan lembut di dalamnya.... Kalo tak caya cubalah......

No comments:

Post a Comment