Assalamualaikum semua.
Uda ada buat lepat atau ada juga org panggil belebat, uda cuba gabungkan pisang dengan keledek yg dilecek lumat. Kalau korang nak cub boleh le ikut resepi nih....
Resepi Lepat Pisang Keledek
Bahan:
500gm keledek rebus dan lecek halus
4 biji pisang (uda guna pisang emas)-dilecek halus
2 cawan santan (uda guna santan kara jadikan 2 cwn)
1/2 sdt garam halus
1 cawan tpg beras
2 sudu besar tpg jagung
4 sdb gula (kalo nak manis boleh tambah)
Daun pisang
Cara:
Panaskan kukusan...
Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Masak seketika atas api perlahan hingga pekat
Bila dah pekat angkat dan sejukkan seketika
Daun pisang dipotong ikut nak bungkus besar macamana
Lap daun pisang
Uda letak 2 sudu besar adunan ditengah daun pisang
Bungkus kemas. Buat hingga habis dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
Sejukkan bila dah masak dan bolehlah dihidangkan........
Selamat mencuba......
No comments:
Post a Comment