Assalamualaikum semua.....
Tak tau nak celoteh apa, jadinya kita terus ke resepi yg nak uda kongsikan bersama korang semua.
Uda suka kuih ni tapi tak tau le korang. Kalau suka boleh le cuba resepi yg uda buat untuk minum petang bersama keluarga..
KOCI KELEDEK
Bahan A :
1kg keledek (Uda guna keledek kuning)
Air utk rebus keledek
Sedikit garam
1 cawan tpg pulut (Ayak)
Daun pisang
Bahan B:
2 sudu besar tpg beras
1 cawan santan
1/2 cawan air
sedikit garam
Bahan Inti :
1 biji kelapa parut muda
1 ketul gula nira
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit garam
1 helai daun pandan yg telah dicuci
Cara A :
Bersihkan keledek kemudian rebus dengan air dan garam
Bila empuk buang air dan toskan
Lenyek keledek hingga lumat
Bila sejuk campurkan dengan tepung pulut
Bulat2kan ikut nak besar macamana
(Uda buat besar dapat 15 ketul sebab daun pisang tak cukup)
Daun pisang potong ikut nak buat besar mana tpg tu, kemudian lap bagi bersih daun tuh...
Letak sedikit minyak kat daun pisang tu supaya tpg tak melekat.
Cara Bahan B:
Masak tpg beras campur santan,garam dan air hingga pekat dengan api perlahan
Bila dah pekat tutup api, sejukkan
Cara Buat Inti:
Masak gula nira dengan air dlm periuk
Bila sebati tapis dalam periuk lain yg ada kelapa parut dan gula
Masak dengan api perlahan, masukkan daun pandan yg disimpul
Masak hingga kering. Rasa kalau nak manis boleh tambah gula
Ketepikan dan sejukkan bila masak
Cara Bungkus:
Panaskan pengukus
Ambil sehelai daun pisang. letak 1 tpg yg dah dibulatkan, leperkan dan letak inti ditengah sebanyak 2 sdt,
Kemudian tutup dan bulatkan tpg tuh kat tengah2 daun
Letakkan sesudu besar bahan B kat atas tpg tadi.
Bungkus elok daun pisang tu (buat cam kuih koci yg lain tuh)
Susun dalam pengukus dan kukus la selama 25 - 30 minit dengan api sederhana atau hingga masak.
kuih ni sangat lembut sebab tak letak banyak tpg pulut tuh. Kalau letak banyak nanti keras, hilang rasa keledek tuh...Kalo tak de keledek kuning guna keledek lain pon boleh gak..... Boleh gak guna labu atau lain2 spt keladi atau kentang.
Selamat mencuba......
No comments:
Post a Comment