Wednesday, 6 March 2013

CHEESE CAKE MUDAH

Assalamualaikum wbr.

Tentu ramai yg suka makan cheese cake kan.... Uda pun suka gak, tapi keluarga kita org bukan lah penggemar tegar segala jenis cake nih, cumanya Uda suka mencuba buat segala jenis cake sebab nampak kat bloger tuh cantik2 belaka cake yg depa tayang.....Bila dah masak kita org makan sikit jek...
Untuk mengelakkan pembaziran, selalunya Uda bawak gi opis, boleh ler kawan2 tolong menghabiskannya.

Ari ni, uda buat cheese cake yg senang dibuat. Uda dah cuba 3 jenis cheese cake yg berlainan caranya, nanti le Uda kongsi, tapi ni uda nak tunjuk resepi cheese cake ni dulu.....


Jom kite tengok resepi nya

JAPANESS COTTON CHEESE CAKE SIMPLE

Bahan-bahan ( loyang size 8inci )

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter yg ada garam
100g gula castor
100 ml susu segar (fresh milk)
1/3 cwn tepung superfine
1/3 cwn tepung jagung 
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (Uda ganti 1 sdu makan cuka)
1/4 sdk garam (Uda tak letak)

caranya :
• pukul cream cheese dan butter sampai gebu dan creamy.
• masukkan kuning telur diikuti gula dan susu segar.
• masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
• masukkan cuka dlm adunan... kacau sebati dan ketepikan.

Bahan B :
40g gula castor
6 biji putih telur
1 st krim tar tar
• pukul sampai soft peak (sampai bertanduk, bila terbalikkan tak jatuh)

•satukan bhn A dan bahan B kaedah kaup balik. Kacau satu arah sahaja.

•letak baking paper sekeliling dan dasar kek.

• bakar secara bain marie selama 1 jam dengan suhu 160c

Sejukkan dlm oven dengan pintu direnggankan sedikit bila dah masak lebih kurang sejam.
Tpi ni yg sedih nih......Uda nak gitau, masa sejukkan kek tuh, uda tertido sebab buat dah malam.
Tersedar jam 5 pagi, apa lagi tengok le gambo kat atas tuh...naik mengerutu atas & keliling kek tuh, sebab lama sangat dlm oven ngan dlm air, tapi rasa stil maintain sedap.
Kalo belek2 macam comei gak kek tu kan... ada corak...hii...hii....hii...
Nak sedap lagi Uda letak filing bluebery kat atasnya...memang yumeh......
Kek ni Uda buat sempena brithday anak big bos, kira dia pn boss gak kat opis nih....
Tapi kesiannya, dia tak sempat potong pun kek tuh.... seba dia pergi melawat saudara dia meninggal dunia.
Takziah diucapkan pada keluarga mereka..




No comments:

Post a Comment