Sunday, 24 March 2013

PUDING KACANG MERAH


Assalamualaikum....


Ni ada lagi resepi mudah yang uda nak kongsi dengan korang semua. Puding ni tak payah kukus, kacau2 dalam periuk aje pas tu bekukan dalam loyang. Kalau korang rajin kacang merah tuh boleh diblender tapi uda letak sebiji2 aje, nak senang kerja le katakan. Pada yg suka makan puding tuh boleh le mencubanya ye....




                                                    Ni dah siap pack nak bwa gi keja



PUDING KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN
80 gm tepung hong kwee
100 gm tepung jagung
200 gm gula kastor
1/2 tsp garam
900 ml santan pekat
1 liter air
150 gm kacang merah yg telah direbus
-        Kalau malas guna je yg dalam tin
Sedikit pewarna merah

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
Campurkan tepung hong kwee, tepung jagung, gula, garam, santan pekat dan juga air dalam periuk.
Kacau rata dan kemudian bahagi 2 adunan. 1 bahagian letak pewarna merah
Masak adunan merah di atas api yang perlahan. Kacau hingga pekat.
Apabila adunan mula pekat, masukkan kacang merah dan tutup apinya.
Masukkan dalam loyang. Biarkan seketika.
Masak pula adunan putih atas api perlahan. Kacau hingga pekat.
Bila adunan dah pekat tuangkan atas adunan merah. Cakar2 sikit adunan bahagin bawah dengan garpu supaya adunan bahagian atas mudah melekat.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment