Saturday 20 April 2013

PAJERI NENAS

Assalamualaikum semua....

Ari tu Qameer ada kata dah lama tak makan pajeri nenas. Selalunya mummy dia belikan kat food court dlm upm tuh, tapi sekarang kat situ dah tak masak lagi pajeri nenas. Masa uda gi pasar nampak nenas baru sampai cantik2 belaka. Teringatkan Qameer nak makan pajeri nenas uda beli le sebijik. Jadi uda buatkan dia pajeri tuh, bertambah2 dia makan.....

Ok le uda tunjukkan cara2 uda masak pajeri nih kalo sekiranya ada yg teringin mencuba sendiri kat rumah. Tentunya ada juga yg dah selalu membuatnya kan......



Pajeri Nenas

Bahan-bahannya:
1/2 biji nanas manis ( dipotong bulat atau separa bulat, jangan nipis sangat)
Celur seketika dgn air panas utk kurangkan masam nenas
2 sudu besar kerisik
1 cawan pati santan - dicampur dengan 1 cawan air (kalo nak kuah cair boleh tambah lagi air)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 biji cili hijau – dipotong 3
½ kiub maggi/knor

Bahan-bahan tumbuk: (dijadikan pes)
3 sudu besar rempah daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Air secukupnya

Bahan-bahan Tumis:
3 biji bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu besar udang kering - direndam sehingga sedikit kembang dibersihkan dan ditoskan dan tumbuk kasar.
1 tangkai daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis

Penyediaannya:
1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Masukkan bahan-bahan tumis, daun kari dan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
2.  Masukkan pes, udang kering dan kacau rata  Tutup periuk dan masak sehingga rempah garing dan terbit minyak.
3.  Kemudian masukkan santan dan kacau lagi.  Sesuaikan rasa, masukkan garam, gula  dan kiub.  Kacau dan biarkan kuah mendidih.
4.  Setelah kuah mendidih masukkan nanas dan kerisik.  Masak sehingga nanas layu dan kuah pajeri agak pekat.  Kemudian masukkan cili hijau.  Kacau dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba……

No comments:

Post a Comment