Sunday 21 April 2013

BLENDED KIWI KEK

Assalamualaikum semua.....

Masak apa ari nie?. Ari nie uda buat kek kiwi. Senang je...campak dlam blend bagi sebati pas tu bakar.
Alkisahnya kakak uda dok beli banyak buah kiwi  kat aeon yg dulu tu dikenali sebagai c4. Rupanya kiwi muda dan masam ya amat. Beli tak agak2 sampai 2 pek dimana 1 pek tuh ada 10 biji. Ye le ingatkan offer RM6.90 satu pek apa lagi dirembatnya 2 pek sekali. Uda cakap kat dia kenapa murah sangat?. Selalunya kalau offer pun selalunya RM5.90 ada 5 atau 6 biji je 1 pek. Ha amik ko....rupanya masam patut le murah sesangat...

Semua pun tak nak makan, ye la masam ya amat. kononya simpan le lama sikit peram buah tuh kot2 dia masak. Hampeh tetap keras kejung cam tu jugak walaupun dah simpan beberapa hari. Sayang le pulak nak buang banyak tu....Jadi fikir punya fikir, maka jadi le kek macam kat bawah tuh.....

Jom nengok hasil kreaviti uda nih.....




BLENDED KIWI KEK
BAHAN :
2BIJI BUAH KIWI
½ CWN SUSU SEGAR
1 CAWAN MINYAK
11/2 CAWAN GULA HALUS
3 BIJI TELUR (UDA GUNA GRED B)
2 CAWAN TPG GANDUM *
1 SUDU BESAR BAKING POWDER *
(BAHAN * AYAK BERSAMA)
SEDIKIT WARNA HIJAU


CARA:
PANASKAN OVEN SUHU 170 CELCIUS (IKUT OVEN MASING2 YE)
BUANG KULIT BUAH KIWI BASUH BERSIH DAN POTONG KECIL2
MASUKKAN DALAM BLENDER SAMA DGN MINYAK, GULA, SUSU DAN TELUR
KISAR HINGGA HALUS. MASUKKAN TPG SIKIT2 DAN KISAR BAGI SEBATI
TUANG DLM LOYANG 8” YG BERALAS BAKIND PAPER  DAN DIGRIS
BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 40-50 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
DAH MASAK SEJUKKANDENGAN TERBALIKKAN ATAS REDAI. BILA DAH SEJUK KELUARKAN DAN HIASLAH MENGIKUT KREAVITI MEMASING.

Oleh kerana kek ni agak manis, uda blancekan dengan filing kiwi dan hias dgn kiwi yg masam.

Hiasan
5 biji buah kiwi blend dgn secawan air
Masak dgn 5 sudu gula pasir.
Masak macam kita buat jem nenas tu ye. Agak pekat tutup api
Biarkan sejuk

2 biji buah kiwi potong kecil dan nipis
Whipping cream yg telaah diputar kembng

Cara :
Keluarkan kek dari loyang. Belah 2 kek. Sapu cream pada lapisan kek pertama dan letak filling kiwi kemudian tutup dgn lapisan kek kedua. Sapu keseluruhan kek dgn cream kemudian tuang filling kiwi bahagian atas kek dan hias dgn buah kiwi segar. Sejukkan dlm peti ais biar cream keras.
Bila dah keras boleh le dipotong dan hidangkan. 





No comments:

Post a Comment