Friday 10 August 2012

Assalamualaikum semua.

Nak kongsi cerita membuat kuih raya.

Sori yek lambat post entri ni.
Kalo masa nuzul quran ari tuh org sibuk menyesakkkan diri ke kl nun shopping keperluan raya. Aku kat umah berperang kat dapur membaking kuih raya. dapat le 6 jenis kuih aku buat 3 biskut pada ahad, 3 lagi pada ari isnin. Oleh kerana banyak umah yg nak kena bagi aku buat le 2 atau 3 adunan tiap biskut tuh.
Ni aku kongsi gambo antara biskut tuh
SAMUDERA KASIH 5

“Sabarlah Ila, ini semua dugaan untuk lihat Ila tabah ke tidak menerima ujian ini. Makcik sentiasa akan membantu Ila apa-apa yang perlu,” Pujuk Makcik Milah sambil mengelus bahu Nabila mesra.
“Tapi kenapa mesti keluarga Ila yang sentiasa menerima kepayahan ini makcik,” Ucap Nabila sendu.
“Itulah yang dinamakan takdir Ila. Kan hidup kita ni telah ditentukan qada dan qadarnya. Mungkin hari ini Ila susah, belum tentu masa depan pun turut susah. Cuba Ila tengok cerita-cerita yang selalu keluar dekat berita dan surat khabar tu, ada yang lebih susah dari Ila,” Pujuk Makcik Milah cuba menenangkan perasaan Nabila.
“Entahlah Makcik susah Ila nak cakap sebenarnya,” Tutur Nabila.
“Sabarlah nak, dekatkan diri pada Allah, buat sembahyang sunat minta pada Tuhan agar Ila dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya,” Ucap Makcik Milah tak putus-putus memujuk Nabila yang kebingungan.
Nabila dan Makcik Milah menaiki bas yang membawa ke kampung mereka. Nabila hanya membisu sepanjang perjalanan melayan perasaannya sementara Makcik Milah terlelap.
“Singgah dulu Ila,” Ajak Makcik Milah apabila mereka sampai di rumahnya. Ajakannya ditolak Nabila dengan lembut dan memberi alasan banyak kerja yang perlu diuruskan. Setelah mengucapkan terima kasih Ila mengatur langkah menuju ke rumahnya.
Nabila membersihkan dapur rumahnya dan mengemas beberapa helai pakaian ibunya untuk di bawa ke hospital. Bunyi enjin motosikal berhenti dihalaman rumah menghentikan kerja Nabila sebentar. Dia ketingkap menjenguk siapa yang datang.
“Mak Temah, Pak Akob naiklah,” Ajak Nabila mempersilakan tetamunya mauk ke rumah.
“Macamana mak kamu Ila?,” Persoalan pertama diajukan oleh Mak Temah.
“Masa Ila balik tadi mak belum sedar lagi makcik,” Jawab Nabila tenang.
“Apa penyakitnya Ila?,” Sampuk Pak Akob pula.
“Doktor kata mak terlalu teruk bekerja. Kesan dari terjatuh menyebabkan emak tak boleh berjalan lagi pakcik, makcik,” Terang Nabila sambil tersedu.
“Tak boleh diubat ke Ila?,” Tanya Mak Temah lagi.
“Doktor kata tak ada harapan nak pulih makcik, emak lumpuh separuh badan,” Sayu Nabila menerangkan.
“Sabarlah nak,” Pujuk Mak Temah.
“Esok lepas niaga, pakcik dan makcik datang hospital tengok mak kamu,” Kata Pak Akob sambil menyeluk poket seluar mengeluarkan wang.
“Ini duit kuih dan ini upah mak kamu,” Hulur Pak Akob pada Nabila.
“Banyak sangat ni pakcik,” Beritahu Nabila.
“Tak apalah Ila buat belanja kamu. Selama ini mak kamu banyak membantu kami, lagipun tentu Ila banyak nak pakai duit,” Terang Mak Temah ikhlas.
“Terima kasih makcik. Dalam dua tiga hari ni Ila tak dapat buat kuih makcik, pakcik,” Beritahu Nabila pada mereka.
“Tak apalah nak kami faham kesusahan Ila. Bila Ila dah lapang barulah buat,” Pak Akob menambah.
“Kami minta diri dulu. Kamu nak ke hospital lagi ke?,” Tanya Mak Temah.
“Ya makcik, nak hantar baju mak. Kalau boleh bermalam di sana Ila nak jaga maklah makcik, pakcik,” Luah Nabila.
“Baguslah, manalah tahu mak kamu dah sedar dan nak apa-apa, senang kalau kamu ada,” Ucap Pak Akob. Setelah majikan ibu Nabila beredar, Nabila bersiap-siap untuk ke hospital. Semasa Nabila menutup pintu sebuah motosikal berhenti dihalaman rumahnya.
“Ila dah nak pergi ke?,” Soal Razi bila melihat Nabila sudah di tangga.
“Ya, takut lambat pulak,” Jawab Nabila.
“Abang pun nak tengok mak Ila, jomlah kita pergi sama,” Ajak Razi sambil menghidupkan enjin motosikalnya.
“Takkan naik motor, tak naklah Ila,” Bantah Nabila lembut. Selebihnya dia merasa malu dengan orang-orang kampungnya. Nanti apa pula dikata orang.
“Apa salahnya, naik motor cepat sampai,” Pujuk Razi
“Nanti apa kata orang, kan tak manis,” Luah Nabila.
“Peduli apa orang nak cakap, yang pentingnya bukan kita buat tak elok. Kita nak cepat, lagipun orang kampung kan dah tahu siapa kita,” Sempat Razi mengusik walaupun di saat Nabila bersedih.
“Merepeklah abang ni,” Nabila pura-pura marah.
“Cepatlah naik,” Arah Razi seraya menghulur topi keledar pada Nabila. Mahu tak mahu terpaksa Nabila menurut sahaja.


SAMUDERA KASIH 6

Pada hari kedua Mak Jah di hospital dia telah sedar dari pengsan. Nabila dan Nazril mengucap syukur yang tak terhingga pada Allah kerana ibu mereka telah sedar. Pada waktu melawat tengahari itu mereka telah dikunjungi Pak Akob, Mak Temah,mak Milah dan beberapa jiran mereka. Nabila merasa terharu dengan keadaan itu. Betapa dia merasakan masih ada orang yang  bersimpati dengan kesusahan keluarganya.
“Dah beritahu Nabil, Ila?,” Tanya Mak Milah.
“Belum Makcik. Kesian pulak nak bagitahu sebab Nabil tengah periksa sekarang ni, takut dia tak dapat jawab pulak bila tahu mak sakit.,” Terang Nabila.
“Razi bagitahu makcik pagi tadi, petang ni kawan-kawan dan cikgu Ila nak datang melawat,”Beritahu Mak Milah pada Nabila. Nabila cuma mengganguk kerana dia telah mengetahui dari Razi semalam.
Mak Jah menitiskan air mata bila melihat jiran-jirannya datang. Dia merasa begitu terharu dengan perhatian mereka.
“Dahlah Jah jangan menangis, rehat betul-betul. Jangan susahkan hati. Insyallah kami akan membantu apa-apa yang patut,” Pesan Mak Milah sebelum meninggalkan Mak Jah.
“Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang tengok saya dan menolong keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kamu semua,” Luah Mak Jah sayu.
“Hari ni hari kamu Jah, masa kami tak  tahu lagi. Dahlah tu tak usah diingat-ingat. Jaga kesihatan kamu,” Mak Temah pula memberi ingatan.  
Mak Jah memerhati dengan pandangan sayu pada jiran-jirannya yang melangkah meninggalkannya selepas waktu melawat. 
“Bila mak boleh keluar dari sini Ila?,” Soal Mak Jah merenung anak perempuan tunggalnya.
“Tak tahu lagi mak, mak kena banyak berehat,” Jawab Nabila perlahan.
“Mak risaukan kamu dan adik-adik kamu. Lepas ni tentu mak tak dapat buat kerja lagi. Macam manalah kamu nak sekolah,” Luah Mak Jah risau.
“Mak, jangan fikirkan sangat fasal tu. Ila dan Nabilkan dapat bisiswa, lagipun Ila boleh buat kuih dan masak nasi lemak sebelum pergi sekolah,” Usul Nabila.
“Kamu tu dah nak periksa Ila. Bila pulak nak baca buku.,”Risau hati Mak Jah mengenangkan Nabila.
“Mak tak usah bimbanglah. Insyallah Ila masih boleh bagi masa,” Terang Nabila. Mak Jah cukup terharu dengan pengorbanan anak sulungnya itu. Walaupun masih mentah tentang kehidupan tetapi Nabila cepat matang dari usianya. Selalunya remaja seperti Nabila akan menikmati kehidupan yang mengembirakan tetapi tidak dengan Nabila. Dalam usia yang baru menjangkau 17 tahun Nabila terpaksa menanggung kehidupan keluarga yang serba kekurangan.
Petang itu Mak Jah dikunjungi oleh wakil guru dan rakan-rakan sekolah Nabila dan Nazril. Masing-masing sibuk bertanyakan tentang kesihatan Mak Jah. Nabila sungguh terharu dengan perhatian teman-teman dan guru-gurunya. Terasa ada air mata yang mengalir dipipinya lantas dengan cepat dia mengesatnya. Perbuatannya disedari oleh Cikgu Ismadi lalu merapatinya.
“Sabarlah Nabila. Kami semua mendoakan ibu Ila cepat sembuh,” Pujuk Cikgu Ismadi lembut.
“Ya, Ila sabarlah. Aku akan cuba bantu kau apa yang aku mampu,” Ucap Mimi dan Amir sayu.
 “Terima kasih, selama ini pun kalian banyak membantu  Ila. Tak tahu nak balas macamana,” Terang Nabila jujur.
“Kami menolong bukannya nak balasan Ila. Kami ikhlas kerana kau salah seorang sahabat baik kami,” Kata Aida mewakili teman-temannya. Yang lain mengganguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aida. Sementara yang lain berbual-bual dengan Mak Jah, Mimi membisikkan sesuatu pada Nabila.
“Ila, Abang Razi tak datang ke?,” Bisik Mimi yang tahu perhubungan istemewa antara Nabila dengan Razi.
‘Tak, hari ni dia ada latihan. Semalam dia dah datang,” Jawab Nabila berbisik juga takut didengar teman yang lain. Selain Mimi dan Amir tiada yang tahu perhubungan antara Nabila dengan Razi kerana Nabila  mahupun Razi, masing-masing pandai menyimpan rahsia perhubungan mereka dari diketahui oleh teman-teman sekolah mereka. Di sekolah mereka hanya bertegur sapa apabila menjalankan tugas atau bercakap yang perlu sahaja. Disebabkan itu ramai yang menyangka Nabila mempunyai hubungan  dengan Amir kerana mereka mesra, malah kumpulan mereka amat dikenali disekolahnya. Keadaan itu juga sering menimbulkan cemburu Razi tetapi Nabila pandai meneutralkan keadaan.
Pukul 5.00 petang teman-teman dan guru Nabila dan Nazril meminta diri. Nabila menghantar mereka hingga ke pintu. Sambil itu sempat Amir bertanya Nabila.
“Bila kau nak ke sekolah semula Ila?. Kami dah rindu sangat pada kau,” Tanya Amir seraya mengusik.
“Entahlah Am aku pun tak tahu. Tengoklah sehari dua ni,” Luah Nabila.
“Aku tahu perasaan kau Ila, tapi periksa dah dekat,” Kata Amir risau.
“Kalau kau risau, sebenarnya aku lagi risau,” Luah Nabila.
Lima hari Mak Jah di hospital, dia dibenarkan balik. Pak Mail dan Mak Milah datang menjemput Mak Jah walaupun dihalang oleh Nabila pada awalnya kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
Petang itu Nabila dikunjungi oleh Cikgu Ismadi bersama rakan-rakannya. Nabila terkejut bercampur malu menerima kedatangan Cikgu Ismadi ke rumahnya. Setelah menjawab salam Nabila mempersilakan mereka naik kerumah.
“Macamana tahu mak Ila balik hari ni?,” Soalan pertama keluar dari mulut Nabila.
“Jumpa Nazril kat sekolah tadi. Dia yang bagitahu kat aku. Aku ajaklah Amir dan yang lain datang. Kebetulan Cikgu Ismadi pun nak ikut sebab nak sampaikan sumbangan pihak sekolah,” Terang Mimi.        
Mereka mendapatkan Mak Jah yang terbaring di antar ruang tamu dan dapur rumah Nabila.
“Macamana keadaan makcik sekarang,” Tanya Cikgu Ismadi simpati. Amir, Mimi, Aida dan Hanif hanya memerhati dan mendengar perbualan antara Cikgu Ismadi  dan Mak Jah dan sesekali mereka menyampuk perbualan tersebut. Aida dan Mimi memint diri ke dapur menjenguk Nabila.
“Ila apa yang kau buat ni, tak payah susah-susahlah. Kita orang datang nak tengok mak kau bukan nak menyusahkan kau,” Ujur Mimi bila dilihatnya Nabila sibuk mengoreng keropok.
“Tengok mak aku je, aku kau orang tak nak tengok ke?,” Balas Nabila berseloroh walaupun sebenarnya dia merasa terharu di atas kunjungan teman-teman baiknya dan juga Cikgu Ismadi.
“Yalah, nak tengok dua-dua sekali, rindu tau kat kau dah dekat seminggu tak datang sekolah,” Jawab Aida sambil mengisi keropok ke dalam pinggan.
“Mimi, kenapa kau bawa Cikgu Ismadi tu ke sini?. Malu aku,” Luah Nabila.
“Aku dengan group study memang nak datang rumah kau bila Aril kata kau dengan makcik dah balik. Kebetulan Cikgu Ismadi nak ikut, takkan aku tak bagi pulak,”Balas Mimi.
“Mimi, tolong bawa dulang air ni,” Ujur Nabila sambila menghulur dulang berisi cawan pada Mimi sementara Aida membawa teko berisi air dan Nabila membawa dulang berisi kuih dan keropok.
“Menyusahkan Ila aje,” Ucap Cikgu Ismadi dan Amir serentak.
“Tak adalah menyusahkan, jemputlah minum cikgu, Am, Han, Ida, Mimi,” Ajak Nabila sambil menghulur cawan berisi air pada tetamu-tetamunya.
“Nabil tak balik  ke Ila?,” Soal Amir tentang kembar Nabila.
“Mungkin petang ni dia sampai Am. Dia tengah periksa sekarang,” Terang Nabila.
Cikgu Ismadi yang tidak tahu menahu tentang kembar Nabila agak terpingga-pingga lalu bertanya pada Nabila, “Ila ada adik lain ke selain Nazril?,”.
Pertanyaan Cikgu Ismadi dijawab ibu Nabila “Ila ni kembar cikgu. Kembarnya belajar di sekolah asrama penuh dekat Selangor. Jarang dia balik melainkan cuti panjang. Tak mahu membazir katanya bila ditanya kenapa jarang balik tapi selalu dia tulis surat pada kami dan kirim nota-nota pada Ila. Apa Ila tak cakap ke pada cikgu yang  Ila ada saudara kembar?,” Tanya Mak Jah pada Nabila. Nabila hanya menggeleng kepala.
“Ila ni pendiam makcik, mana dia nak cakap tak tentu pada orang kalalu orang tak tanya,” Balas Amir mempertahankan Nabila sambil tersenyum.
 “Aaaa, berbual-berbual jugak minum airnya,” Ajak Mak Jah pada rakan-rakan Nabila.
Cikgu Ismadi begitu asyik melihat Nabila melayani ibunya. Begitu sopan sekali. Ah....Nabila segala-gala yang kau miliki mempunyai ciri-ciri wanita idaman hati, bisik hati kecil Cikgu Ismadi.
Sedang mereka berbual-bual terdengar bunyi enjin motor dihalaman  dan suara orang yang memberi salam. Nabila yang dapat mengagak siapa yang datang lantas bangun menuju ke pintu.
Makcik, abang Razi naiklah,” Ajak Nabila pada tetamunya.
“Ada sapa Ila?,” Tanya Makcik Milah bila dilihat ada kereta dan kasut yang banyak di rumah Nabila.
Razi hanya tersenyum kerana tahu siapa yang datang ke rumah Nabila.
“Cikgu dan kawan-kawan sekolah Ila makcik, marilah mereka tengah berbual dengan mak,”.
Selepas mereka berbual-bual Cikgu Ismadi dan rakan-rakan Nabila meminta diri untuk pulang kerana hari sudaj lewat petang. Nabila menghantar sehingga ke pintu dan mengucapkan ribuan terima kasih di  atas perhataian mereka.