Tuesday 2 April 2013

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum.

Lama gak tak jengah blog uda, sibuk sikit dan hujung minggu baru ni balik kg. Tu yg menyepi je.....

Ok la jom tengok kek kukus yg uda buat untuk hidangan keluarga masa balik kg hari tuh dan uda buat lagi sebijik kek yg sama untuk adik uda kat JB sempena birthday dia 2.4.2013. Ari ni sempat la poskan kat dia. Esok sampai la tuh, insyallah.....
Jom nengok resepi dan gambarnya. Uda buat kek ni tak guna banyak bahan sebab dia org ni bukan suka sangat kalo letak rempah dan jenis kekacang nih.....




KEK KUKUS BUAH-BUAHAN
BAHAN :
400gm buah2an campuran
250gm mentega
300gm tpg red rose (tpg gandum pun boleh)*
1cmt sodium bicarbonate*
1cmt cream of tartar* (bertanda *ayak bersama)
4 biji telur gred B (3 biji kalo guna gred A)
150gm gula kastor (nak guna gula perang pn boleh)
150gm gula pasir utk gula hangus
1cmt esen vanilla

CARA :
Didih air dlm kukusan. Guna loyang 8” x 8”atau loyang bulat 8”. Sapu butter dan alas dasar dgn kertas minyak. Sapu juga butter pada kertas.
Ayak tepung bersama soda bicarbonate dan cream of tartar
Campur tpg dgn buah2an campuran
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkkan telur sebiji-sebiji
Bila dah sebati perlahankan sped mixer dan masukkan tpg yg bercampur buah tuh. Gaul rata dan matikan mixer
Masak gula pasir hingga jadi kramel, kacau hingga jadi coklat keemasan dan tuang dalam adunan kek tadi
Kacau cepat2 bila dah sebati tuang dalam loyang. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 4 jam. Lepas sejam periksa air, jika air nak kering tambah dengan air panas.
Sejukkan bila masak dan tunggu benar2 sejuk baru dipotong.




No comments:

Post a Comment