Monday 23 July 2012


SAMUDERA KASIH 4

“Mak... mak kenapa ni? “ Raung Nabila tetapi tiada jawapan dari ibunya. Nabila merasa denyut nadi ibunya sambil menjerit memanggil Nazril. Nazril yang terpingga-pingga dikejutkan pagi-pagi begitu terus meluru mendapatkan Nabila bila mendengar esakan Nabila.
“Aril! pergi panggil Pak Mail cepat, mak pengsan.,” Arah Nabila sambil menangis. Nazril yang turut menangis terus mencapai basikal dan meluru ke rumah Pak Mail. Sepuluh minit kemudian Pak Mail dan Mak cik Milah tiba .
“Kenapa Ila, macamana boleh jadi macam ni? Soal Pak Mail dan Mak Milah hampir serentak.
“Tak tahulah Pakcik, makcik,  saya bangun tadi emak dah pengsan, agaknya mak terjatuh, Jawab Nabila sayu.
“Mari bawak mak kamu ke hospital,” Arah Pak Mail. Nabila dan Nazril mengangkat ibu mereka ke kereta.
“Aril tak payah pergilah. Biar kakak aje pergi. Aril jaga rumah. Hantar kuih dekat warung Mak Temah. Cakap pada Mak Temah, mak sakit,” Ucap Nabila. Nazril agak keberatan tetapi memandangkan itu punca rezeki keluarganya, dia menggangukkan kepala sahaja.
“Lepas tu Aril pergi ya kak,” Ucapnya. Nabila hanya mampu mengganguk kepala sahaja.
Di dalam kereta Nabila menangis teresak-esak sambil memangku ibunya dan mengurut-ngurut kaki ibunya.
“Sabarlah Ila. Moga tak ada apa-apa yang berlaku,” Pujuk Makcik Milah. Pakcik Mail memandu agak laju kerana mahu cepat sampai ke hospital. Dia hanya mampu berdoa agar tiada apa-apa yang terjadi ke atas ibu Nabila.
Setibanya di hospital ibu Nabila terus di bawa berjumpa doktor.
“Macamana keadaan mak saya doktor,” Soal Nabila pantas setelah doktor selesai membuat pemeriksaan.
“Mak awak pengsan sebab terlalu letih dan kekurangan air,” Jawab doktor yang bertugas itu dengan lembut.
“Bila mak saya akan sedar?,” Tanya Nabila perlahan.
“Tak pasti lagi dik. Tapi jangan risau, saya akan cuba sedaya upaya merawat mak adik,” Terang doktor yang bertugas itu selanjutnay.
“Ila, Pakcik balik dulu sebab nak kerja. Biar Makcik Milah temankan kamu di sini,”.
“Tak apalah makcik, menyusahkan makcik aje. Biar Ila aje yang jaga mak,”
“Tak mengapa Ila makcik temankan kamu, bukannya ada sapa kat rumah tu,” Balas Makcik Milah lembut.
“Terima kasih pakcik, makcik menyusahkan pakcik dan makcik aje,” Ucap Nabila terharu.
“Kitakan sekampung Ila, dah macam saudara. Hari ni Ila susah pakcik dan makcik tolong, esok lusa kalau pakcik susah orang akan tolong pulak,” Balas Pak Mail lembut.
Selepas Pak Mail pulang Nabila mengajak Makcik Milah bersarapan walaupun dia tidak berselera tetapi mengenangkan budi baik Makcik  Milah, dia tidak sampai hati lagipun tentu Makcik Milah belum bersarapan kerana terpaksa ke hospital waktu pagi.
“Kesian Abang Razi makcik, tentu dia terkejut bangun tengok-tengok pakcik dan makcik tak ada,”
“Masa makcik dan pakcik ke rumah kamu, dia dah bangun. Dahlah jangan risau tentang dia. Makcik dah sediakan sarapan,” Ucap Mak Milah.
Selepas bersarapan mereka kembali semula ke wad tempat ibu Nabila berada. Mak Jah masih belum sedar. Seorang juruwarat memanggil Nabila untuk bertemu doktor.
“Saya harap adik tabah menerima berita yang akan saya katakan ini,” Ujur Doktor Akmal iaitu doktor yang merawat ibu Nabila. Perasaan Nabila sudah tidak tentu hala mendengar ucapan itu tetapi dia cuba berwajah tenang.
“Kenapa doktor?. Kenapa dengan ibu saya?” Tanyanya.
“Kemungkinan besar ibu adik akan lumpuh,” Dum.. bagaikan ada batu besar mengempap kepala Nabila bila mendengar keterangan Doktor Akmal. Air mata tidak dapat dibendung lagi, teresak-esak Nabila menangis dihadapan Doktor Akmal.
“Sabarlah dik. Ini adalah ujian dariNya untuk melihat ketabahan umatNya,” Pujuk Doktor Akmal menyabarkan Nabila.
“Tapi doktor, hanya pada ibulah tempat kami bergantung hidup selama ini,” Ujur Nabila sayu.
“Ayah adik mana?” Soal Doktor Akmal ingin tahu.
“Ayah meninggal masa saya umur 10 tahun doktor. Sejak itulah emak berkerja keras untuk membersarkan saya tiga beradik,” Terang Nabila.
“Berbual-bual ni, lupa pulak nak tanya siapa nama adik ni?”
“Saya Nur Nabila tapi panggil Ila aje,”
“Saya bersimpati di atas apa yang terjadi ke atas Ila dan keluarga. Sabarlah, sebagai seorang doktor saya telah lakukan apa yang termampu, tapi semua ini telah ditakdirkan oleh Allah,” Ucap Doktor Akmal tenang memandang Nabila.
Nabila hanya mengganguk dan mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari bilik doktor. Nabila menuju ke katil ibunya. Makcik Milah yang menunggu di situ tidak sabar hendak mengetahui perbualan Nabila dengan doktor yang merawat ibunya.
“Apa kata doktor Ila?” Soal Makcik Milah tidak sabar bila melihat kesungulan wajah Nabila.
“Doktor kata emak akan lumpuh makcik,”Terang Nabila dengan mata berkaca. Terkejut Makcik Milah mendengar jawapan Nabila.
“Sabarlah nak,” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Makcik Milah sambil menangis sayu mengenangkan nasib yang menimpa Nabila sekeluarga.
Nazril tiba dihospital pada tengah hari itu dengan wajah yang murung lantas mendapatkan Nabila dan Makcik Milah.
“Kak macamana mak,” Tanyanya sayu sambil memerhati ibunya yang masih belum sedar.
Serba salah Ila untuk berterus terang dengan adik bongsunya mengenai keadaan ibu mereka.
“Mak belum sedar lagi dik. Emak terlalu penat kerja sebab tulah jadi macam ni,” Terang Ila lembut pada adiknya.
“Tadi Aril dah telefon sekolah bagi tahu Kak Ila dan Aril tak sekolah sebab mak sakit,” Terang Nazril tanpa dipinta. Nabila cuma mengganguk saja.
“Aril, kakak nak hantar Makcik Milah balik, Aril jaga mak tau, petang nanti kakak datang lagi,” Ucap Nabila.
Nabila dan makcik Milah meninggalkan perkarangan hospital menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Nabila kelihatan tidak bermaya dan tidak banyak bercakap,  perlakuannya  diperhatikan oleh Makcik Milah penuh simpati.

Wednesday 18 July 2012


SAMUDERA KASIH 3

Setibanya di rumah Ila terus mendapatkan ibunya yang terbongkok-bongkok di dapur kayu mengukus kuih koci. Memang menjadi kebiasaannya bila balik dari sekolah ataupun kemana-mana, ibunyalah orang pertama yang akan dicarinya bila balik ke rumah.
“Mana Aril,  Ila?” Sapa ibunya ketika melihat kelibat Nabila.
“Aril pergi mandi mak. Katanya nak cepat ke surau, nanti boleh mengaji awal,” Balas Nabila.
Mak Jah tersenyum mendengar jawapan Nabila. Dia rasa bersyukur kerana anak-anaknya mendengar kata. Tak payah terjerit-jerit memarahi Nazril kerana dia sudah tahu kewajipannya.
“Mak! Aril pergi surau dulu ya. Mak masak apa hari ni?” Soalnya.
“Mak masak gulai labu dengan ikan bakar,” Jawan Mak Jah.
“Huh bestlah,” Sorak Nazril gembira kerana ibunya memasak lauk kesukaannya.
“Lepas ngaji belik cepat, jangan main-main, nanti boleh makan sama,” Ucap Mak Jah bila dilihatnya Nazril sudah mencapai basikal. Nazril cuma menggangukkan kepala.
Selepas menunaikan solat Maghrib Nabila mula menguli tepung untuk membuat kuih.
“Rehatlah dulu Ila. Kamu tentu penat, biar mak aje yang buat,”
“Tak apalah mak, mak lagi penat buat kerja dari pagi hingga ke malam. Tidur pun kejap aje,” Balas Nabila lembut.
“Mak dah biasa Ila,”.
“Mak.. lupa pulak Ila nak bagitahu, Pakcik Karim nak kuih hari Khamis ni,”
“Banyak ke?” Soal Mak Jah.
“Dia nak karipap lima puluh, keria lima puluh,”Jawab Nabila.
“Kesian mak tengok kamu ni Ila. Dahlah penat belajar kena pulak buat kerja-kerja ni semua. Mak takut kamu tak lulus periksa aje Ila,” Ucap Mak Jah dengan terharu.
“Mak... Ilakan dah biasa, janganlah risau. Ila dah bahagi-bahagikan masa untuk buat ulangkaji, kerja sekolah dan tolong mak,” Jawap Nabila sambil merenung ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Mak.. bukannya apa Ila, mak takut kamu sakit. Periksa pun dah tak lama lagi. Kamu tu kerja teruk-teruk dah tu belajar sampai jauh malam pulak,”.
“Buat masa ni tak ada masalah yang Ila hadapi mak cuma Ila risaukan mak aje,”
“Kenapa pulak?” Soal Mak Jah sambil merenung anak gadisnya.
“Yalah, mak selalu tak sihat tapi buat jugak kerja-kerja ni semua,”
“Kerja ni ajelah yang mak tahu buat Ila. Sebab tulah mak suruh kamu dan adik-adik belajar rajin-rajin supaya jangan jadi macam mak ni,”. Balas Mak Jah perlahan. Terharu Nabila mendengar ucapan dari ibunya. Memang Nabila bertekad untuk mengubah nasib keluarganya. Kalau dia dan adik-adiknya tidak
mengubah kehidupan keluarga, tiada siapa yang akan mengubahnya.
“Mak, Ila akan cuba penuhi harapan mak tu. Mak doakanlah semoga impian mak, Ila dan juga adik-adik akan tercapai,” Ucap Nabila .
“Mak sentiasa mendoakan kamu semua Ila malah mak bersyukur kerana Ila dan adik-adik tahu kesusahan hidup kita,” Balas Mak Jah.
“Dahlah mak jangan cakap macam tu lagi. Kami tak kisah, asalkan kita sekeluarga sihat dan gembira itukan sudah memadai,”.
“Assalamualaikum..,” Terdengar suara Nazril memberi salam.
“Walaikumsallam,” Jawap Nabila sambil membuka pintu.
Selepas itu mereka menikmati makan malam bersama-sama dengan penuh selera.Lepas makan Nabila kembali menyambung kerjanya, manakala Nazri pula sibuk menolong Mak Jah mengoreng ayam.
 Setelah semua kerja selesai Nabila mula mengulangkaji pelajarannya dan membuat latihan-latihan yang diberi oleh gurunya sambil itu mengajar Nazril  mengenai pelajaran yang tidak difahaminya.
Pagi itu Nabila bangun agak lewat. Nabila terus menuju ke dapur untuk mandi dan melihat ibunya tetapi tidak kelihatan ibunya di dapur. Nasi lemak pun belum di masak. Nabila termangu seketika sambil memanggil ibunya tetapi tiada jawapan. Nabila ke pintu dan alangkah terkejutnya bila mendapati ibunya tertiarap di tanah. Nabila panik dan terus menerkam ibunnya.

Sunday 15 July 2012


SAMUDERA KASIH 2

“Hai! rajinnya adik abang ni. Balik lambat ke hari ni,” Sapa satu suara ketika Ila sedang mencari buku di rak. Ila berpaling lantas tersenyum bila mengenali orang yang menyapanya. Razi pelajar tingkatan enam atas merupakan jiran sekampungnya dan sekaligus orang yang paling rapat dengan keluargaa Nabila.
“Ila ada kelas tambahan pukul 2.30 nanti lepas tu ada latihan bola jaring. Abang Razi balik lewat juga ke?” Soal Ila pula.
“Hari ni ada latihan bola. Abang malaslah nak balik. Cuaca panas nanti kalau abang balik takut tak dapat datang pulak,”
“Kenapa?”.
“Ila faham-faham ajelah kalau dah balik, nampak pulak bantal ah! tidurlah jawapnya,” Kata Razi sambil tersenyum. Ila juga turut tersenyum mendengar jawapan Razi itu.
Selepas mendapat buku yang dicari Ila meminta diri dan menuju ke kaunter  untuk mendaftar. Razi menghantar melalui pandangannya hingga Nabila keluar dari perpustakaan.
“Ila, kau tak makan ke,” Sapa Mimi ketika Ila melabuhkan punggungnya di Bilik Sumber tempat mereka mengadakan kelas tambahan.
“Aku kenyanglah Mimi,”
“Kau tu selalu tak makan, nanti sakit kan susah,” Tegur Mimi.
“Ala, balik rumah nanti aku makanlah,”. Perbualan mereka terhenti bila Cikgu Ismadi datang.
Perbincangan soalan tahun-tahun lepas begitu menarik perhatian pelajar-pelajar. Cikgu Ismadi tersenyum melihat kesungguhan pelajar-pelajarnya. Seorang demi seorang pelajar yang sedang rancak berbincang diperhatikannya, antara ramai pelajar-pelajarnya entah mengapa dia begitu tertarik dengan Nabila. Padanya gadis itu begitu menarik dengan sifat semulajadinya. Pada hematnya Nabila seorang gadis yang cukup bersopan dari segi tutur kata dan gerak-gerinya walaupun dia kelihatan tegas bila menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas sekolah. Disitulah hatinya tertarik  tetapi hasratnya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Nabila tidak kesampaian kerana Nabila sukar didekati. Selepas sahaja waktu sekolah Nabila terus pulang ke rumah dan dia hanya balik lewat jika ada kelas tambahan ataupun latihan sukan.
Cikgu Ismadi dapat merasakan sejak dia ditukarkan mengajar di sekolah itu dua bulan yang lalu dan mengajar Nabila, seakan ada satu perasaan yang aneh bila berhadapan dengan gadis itu biarpun dirinya sendiri sering menjadi perhatian pelajar-pelajar perempuan yang lain terutama pelajar tingkatan enam atas dan enam rendah tapi entah mengapa dia lebih tertarik untuk mendekati Nabila.
“Cikgu lambat lagi ke kelas ni?,” Sapa Mimi lantas mengejutkan Cikgu Ismadi yang sedang melayani  lamunannya. Cikgu Ismadi menelek jam ditangannya pukul 4.30 petang, patutlah sibuk sangat mereka nak balik, getusnya.
“Baiklah sampai sini dulu, jangan lupa buat ulangkaji kalau ada yang tak faham boleh tanya saya,”
Selepas mengucapkan terima kasih masing-masing sibuk mengemas tempat mereka dan mula keluar meninggalkan Bilik Sumber yang digunakan.
“Terus balik ke Ila?” Sapa Amir sambil mengayingi Nabila dan Mimi.
“Taklah ada latihan bola jaring. Kau pulak?” Soal Nabila pula.
“Aku pun ada latihan bola tampar. Nak ikutkan malas nak berlatih tapi kau tahulah aku ni kan harapan pasukan, tak ada aku nanti lingkup pulak pasukan bola tampar sekolah kita,” Ujur Amir seraya melawak.
“Ada-ada aje kau ni Am,”. Balas Mimi dan mereka sama-sama tertawa.
Tanpa mereka sedari segala gerak geri mereka bertiga diperhatikan oleh Cikgu Ismadi dengan penuh minat. Cikgu Ismadi berjalan tidak berapa jauh dari mereka bertiga. Seakan ada perasaan cemburu bila melihat kemesaraan Nabila sewaktu bersama  Amir.
Mereka berpecah untuk menyalin pakaian sukan dan menunaikan solat Asar.
“Mimi, aku rasa nak tarik dirilah dari menyertai pasukan bola jaring sekolah kita,” Ucap Nabila ketika mereka selesai menjalani latihan petang itu.
“Kenapa pulak?” Soal Mimi pantas.
“Sekarang ni latihan akan diadakan tiap-tiap hari. Aku kesian kat mak aku, kau tahulah keluarga aku tak macam kau orang. Mak aku terpaksa membanting tulang untuk membesarkan aku dan adik-adik. Kalau hari-hari ada latihan tentu aku tak dapat tolong emak aku,”.
“Tapi Ila tak bestlah kalau kau tak ada, lagipun Cikgu Rahimah tentu tak benarkan kau tarik diri sebab setakat ni hanya kau aje harapan dia,”. Memang selama ini Cikgu Rahimah begitu berpuas hati terhadap permainan Nabila kerana Nabila boleh menjaringkan gol walaupun dari jarak jauh. Sebab itulah ramai yang mengkagumi corak permainannya.
“Entahlah Mimi, Kadang-kadang aku buntu bila memikirkannya,” Keluh Nabila.
“Jangan cepat berputus asa Ila. Tentu ada rahmat disebalik ujian ini. Hari ini mungkin kehidupan kau susah tapi tak semestinya selama-lama hidup kau akan susah,” Nasihat Mimi.
“Hei Ila, Mimi kenapa monyok aje ni?” Tegur Amir seraya duduk di sebelah Nabila.
“Ila ni Am, nak tarik diri dari pasukan bola jaring,” Jawab Mimi.
“Kenapa pulak?” Soal Amir lagi.
“Banyak kerja nak buatlah Am, tak terlarat rasanya,”Balas Nabila pula.
“Sejak bila pulak kau jadi manusia yang putus asa ni Ila. Selama ni kau tak mengeluh pun?” Soal Amir dengan serius.
“Mimi, Am sekarang ni mak aku sering tak sihat tapi dia tetap bekerja mencari rezeki untuk aku dan adik-adik. Mak aku sembunyikan kesakitannya demi kami tapi sebagai anak aku dapat merasakannya. Kalau hari-hari ada latihan macamana aku nak tolong mak aku. Kau bayangkanlah balik dah masuk maghrib, dahlah penat nak buat kerja sekolah pulak,  nak baca buku lagi, macamana aku nak buat kuih,” Jawab Nabila panjang lebar. Terdiam Amir dan Mimi seketika mendengar jawapan itu.
“Kau bincanglah baik-baik dengan Cikgu Rahimah, tentu dia akan fikirkan masalah ni,” Cadang Amir lembut.
“Nantilah aku fikirkan,” Jawab Nabila perlahan.
“Bas dah sampai tu, jomlah kita naik dulu, nanti taklah berebut dengan budak-budak petang,” Ajak Mimi.
Masing-masing bangun dan menuju ke bas sekolah yang tersedia.
“Balik lambat Ila,” Tegur Pakcik Karim pemandu bas sekolah yang dinaiki Nabila.
“Ya pakcik, ada latihan sukan,” Jawab Nabila.
“Ila Pakcik nak tempah kuih hari Khamis ni,” Ucap Pakcik Karim setelah Ila duduk.
Nabila yang sudah sedia maklum dengan permintaan Pakcik Karim mengganguk kepala. Memang Pakcik Karim sering menempah kuih dengannya untuk dibawa ke surau setiap tiba gilirannya membawa makanan. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya yang  sering semput.
“Pakcik nak kuih apa?” Tanya Nabila.
“Ila buatlah kuih karipap lima puluh dan kuih keria lima puluh ya,” Jawab Pakcik Karim.
“Yalah Pakcik,”. Perbualan mereka terhenti apabila murid-murid sebelah petang mula menaiki bas.

Thursday 12 July 2012

SAMUDERA KASIH 1


Kedinginan pagi terasa hingga ke tulang sum-sum tetapi Mak Jah tidak menghiraukan  suasana dingin itu terus menguliti mimpinya. Mak Jah lantas bangun dan menuju ke perigi membersihkan diri. Sudah menjadi rutin hariannya bangun pada pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan makanan yang akan dijual di warung Pak Akob. Setelah menanak nasi lemak, pantas tangannya mengoreng karipap yang telah dibuat oleh Nabila pada malam tadi. Tak sampai hati Mak Jah hendak mengejutkan Nabila di waktu subuh begini kerana kasihan. Sudahlah menolong membuat beberapa jenis kuih, terpaksa pula mengulangkaji pelajaran hingga larut malam. Bila diingat-ingat mengalir air mata Mak Jah kerana anak gadisnya tidak pernah merungut malah begitu mengambil berat akan penderitaan kehidupan mereka. Kembar Nabila, Mohamed Nabil pula bersekolah di asrama dan hanya akan balik pada waktu cuti sekolah sementara anak bongsu Mak Jah Nazril masih kecil tetapi sudah mengerti erti kesusahan kehidupan keluarganya.
“Mak, kenapa tak kejut Ila. Kan boleh Ila tolong goreng kuih ni”,dakap Ila mesra di belakang ibunya.
“Tak apalah Ila, emak kasihan tengok kamu, semalam tidur lewat nanti mengantuk pula di sekolah,” Balas Mak Jah lembut.
“Pergi mandi dulu , dah nak Subuh ni nanti boleh ganti emak pulak nak sembahyang ,”.
“Ialah mak,”.Lantas Nabila menuju ke bilik air untuk membersih diri dan berwuduk.
Setelah menolong emaknya mengemas di dapur, Nabila terus ke sekolah tetapi berpatah balik semula.
“Mak , hari ni Ila balik lewat sebab ada kelas tambahan dan latihan sukan,”
“Ialah, hati-hati ya,” Balas Mak Jah sambil memerhati kelibat Ila hilang dari pandangan.
Seperti biasa hampir pukul 6.30 pagi  Mak Jah bersama Nazril akan menghantar kuih dan nasi lemak ke warung Mak Temah. Mak Jah yang mengambil upah di warung itu akan  sibuk melayan orang-orang yang datang ke warung untuk bersarapan. Tangan nya pantas membuat itu dan ini, sebab itulah Mak Temah suka Mak Jah membantunya.
“Hei Ila kenapa termenung ni?,” Sapa Amir pengawas yang sama-sama bertugas menjaga  pintu utama sekolah.
“Tak ada apa-apalah,” Balas Ila lembut.
“Kau jangan nak tipu akulah. Kita kawan dah lama, aku tahu bila kau sedih, bila kau gembira dan bila kau ada masalah,”.
“Bila masa pulak aku lantik kau perhatikan segala gerak geri aku ni,” Tutur Ila sambil tersenyum.
“Kau ni, bila aku tanya ada je jawapan. Tapikan lagi tadi aku dok perhatikan kau termenung sorang-sorang, macam ada masalah aje. Kalau ada masalah jangan pendam Ila, periksa dah tak lama lagi ni,”.
“Aku tengah fikir pasal periksalah ni. Am, aku takutlah tak lulus nanti, tentu emak aku kecewa. Kau tahulah betapa susahnya mak aku cari duit untuk menyekolahkan aku dan adik-adik,” Ucap Ila perlahan.
“Aku gerenti kau lulus dengan cemerlang punya. Kaukan antara pelajar terbaik di sekolah ni, apa yang kau nak risau,” Kata Amir sambil memberi persangsang.
“Tak mestinya  tak boleh gagalkan,”
“Itu terpulanglah pada diri kau sendiri untuk menentukannya. Pada aku kalau kita dah berusaha dengan sungguh-sungguh dan tawakal pada Allah, insyallah kejayaan itu menjadi milik kita,”.
“Oklah bakal peguam, terima kasih atas nasihat dan perangsang kau tu. Moga-moga atas usaha aku dan doa dari kau dan keluarga aku, aku akan berjaya dengan cemerlang,” Tutur Ila.
“Kau ni ada-ada ajelah,” Balas Amir sambil tertawa kerana Ila mengusiknya bakal menjadi seorang peguam tetapi itulah yang diimpikannya selama ini.
Setelah memastikan tiada lagi pelajar yang datang lewat ke sekolah  mereka menuju ke kelas untuk memulakan pelajaran pagi itu. Ila begitu tekun mendengar segala penerangan yang disampaikan oleh Cikgu Ismadi. Bagi Ila semasa menghadapi pelajaran dia perlu melupakan segala masalah yang dihadapi kerana tidak mahu pelajarannya terganggu.
“Oklah kita sambung  pelajaran ni masa kelas tambahan nanti. Jangan ada yang ponteng, nanti kamu yang rugi sebab saya rasa topik ni akan keluar tahun ini,” Ucap Cikgu Ismadi sebelum meninggalkan kelas.
Sementera menunggu kelas tambahan bermula Ila ke perpustakaan terlebih dulu kerana hendak meminjam buku-buku rujukan.

Wednesday 11 July 2012

salam.
Hai semua. Saya baru nak belajar berblog ni. Masih tak tau lagi nih.
Ada nak kongsi cerita, tapi nanti2 dulu, masih nak melancarkan fahaman pasal blog ni