Wednesday 17 April 2013

KEK SPAN STRAWBERY

Assalamualaikum semua......

Banyak betul keja nak kena settelkan. Aduhai.....penatnya, letihnya.....tolong2 sapa nak tolong nih....................Belum edit akauan terbaru sykt lagi nih.... Baru siap kira invoice dan bila2 yg melambak atas meja minta dibayar. alahai naik pening kepala uda tengok angka2 nih tau...Ok le untuk release tension apa kata balik umah kita masak memasak......Maka....tara!!!!!....jadi le sebiji kek seperti dibawah ini. Alamak lupa lak nak snap gambo sebelum dimake over kek nih.... Uda buat kek nie sempena brithday technicion kat opis nih.




Ni yg telah dipotong untuk dingap.......Yummy!!!!! gebus sekali kek nih.....



 Kek Span Strawberry
Resipi asal : Sweet 4ever MyR
Di cuba oleh : udauditproduk

Bahan-bahan : ( 1 biji kek )

150 gm tepung naik sendiri
120 gm gula kastor 
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar (Uda guna UHT Strawbery)
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh pes strawberry emulco
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna pink (Uda guna sikit warna merah)

Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna merah. pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya sahaja dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
6. Boleh le dihias mengikut creativity korang ye. Uda salut dengan forsting cream dan letak hiasan buah kiwi ngan anggur.

Selamat mencuba.............





No comments:

Post a Comment