Monday 4 March 2013

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum wbr

Apa kabo semua? Moga sihat semuanya.

Ari ni uda nak kongsi kek yg sempat dibuat untuk makan2 kat opis sempena brithday sorang technician.
Uda buat simple je kek coklat ni, guna resepi DJ tapi hasilnya sungguh la... memuaskan. Sedap.....
Yang bestnya kek ni tak yah guna telur, jadinya korang tak payah susah2 nak pi beli telur atau pun duk tunggu ayam bertelur kat reban tuh...
MAAF.... ye DJ, uda copy resepi ni sebagai simpanan. Lain kali senang bila nak buat lagi.......




Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • (Uda letak 1cwn gula perang + 1/2 cwn gula halus)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • (Uda letak chocolate emulco)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek 8". Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) 
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran
Bila dah sejuk Uda terbalikkan kek pas tuh, Uda masukkan dalam mangkuk plastik yg selalu org isi kuih bahulu tuh... supaya senang nak curah ganche coklat sebab kat umah tak ada papan lapis kek, tapi pastikan kek tu muat kat dalam mangkuk ye.... kekawan.....

Uda curahkan choclate ganche pas tu tabur dengan choclate rice.

Uda amik resepi CMG buat ganche ni sebab mudah dan senang je bahannya.

COKLA GANCHE
 - 200gm coklat masakan
- 100ml sus cair (Uda guna susu full cream dutch lady)
- 1 sdt butter

Cairkan susu dan coklat secara double boiler, bila dah sebati, angkat & masukkan butter.
Biarkan sejuk seketika sebelum dicurahkan atas kek.
Simpan dalam peti ais supaya ganche keras.

Selamat mencuba ye kekawan buat kek yg sangat moist & sedap nih......

No comments:

Post a Comment