Friday 1 March 2013

MANGGA CREPE

Assalamualaikum semua....

Selalunya kan durain crepe begitu popular kat semua bloger masakan, tapi disebabkan tak berapa gemar ngan bau durain yg kuat tuh.... tapi teringin nak makan crepe, maka uda ubahsuai le resepi dari crepe durian menjadi mangga crepe. Sedap jugak tau... Ada juga para bloger yg sudah membuatnya, tapi uda ni biasa le cam kura2 yg jalan perlahan tuh... asyik tak menyempat memanjang.... Masak tuh ari2 masak cumanya nak cuba sesuatu masakan yg baru tu tertangguh je, al maklumlah macam2 bendak nak disettelkan.

Jom tengok mangga crepe yg uda dah try buat. Uda amik resepi dari Azalita masam manis yg bolg dia tengah meletu-letup tuh.....





MANGGA CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
1sudu teh esen vanila

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.

INTI

Mangga dipotong dadu
Uda guna filing cream cheese 250gm cream cheese putar hingga kental + 1/4 gula halus dan 1 sudu teh jus lemon

Cara :
Letak 1 sudu teh cream cheese, kemudian letak mangga dan tutup semula dengan 1 sudu teh cream cheese. kemudian lipat kemas crepe. Sedap dimakan bila sudah dimasukkan ke dalam peti ais.

Selamat mencuba.........

No comments:

Post a Comment