Tuesday 21 May 2013

KEK BUAH KUKUS LAGI........

Assalamualaikum.......

Kek buah kukus lagi.....Hai tak jemu2 ke?...Jawapannya oh tidak.......ni antara kek kegemaran keluarga uda. Kali ni uda buat guna resepi yg lain pulak, uda google kat internet macam2 cara nak buat kek buah nih...Tapi biasanya uda buat letak gula hangus kemudian kat adunan (sebelum nih dah post resepi kat blog nih).Resepi nie amik kat Azie kitchen tapi ada yg telah di ubah sikitikut citarasa uda dan keluarga. Kali nih masak gula dulu pasa tuh masukkan air baru campur bahan2 lain. Yang bestnya tak payah guna mixer, kacau2 cam tuh jer...tapi hasilnya memang tak mengecewakan.......
Ha.....korang semua uda letak resepi kat sini kalo sesiapa teringin nak mencubnya yer.......
Zazzzzz....Jom layan.........





Kek Kukus Buah-Buahan Resepi 2
Resepi asal : Azie kitchen
Dicuba :Udauditproduk
Bahan bahan:
225 gm Mentega
300 gm gula pasir (Asal 340gm)
50 gm air panas
400 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran (asal 500gm)
(uda guna ceri merah, kismis dan prune)
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B pun boleh)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum (uda guna tpg hong kong)
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala (uda tak letak)

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar guna whisk. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 8"x8" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam dan uda kukus 3 jam aje dn hasilnya sangat moist mungkin sebab guna tpg hong kong tuh agaknya.. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 1 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biarkan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.



Sunday 19 May 2013

KARI TULANG RUSUK LEMBU

Salam semua.......

Ni lagi satu uda post gambo dan resepi kat sini.........



KARI TULANG RUSUK LEMBU
BAHAN
½ kilo tulang rusuk lembu  yg telah dipotong kecil2
1 peket kecil rempah kari Mak Siti
½ inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah sederhana kecil*
(* ditumbuk lumat)
1 kotak santan kara atau 200ml santan pekat segar
3 batamg daun kari
1 biji kentang belah 4
Kacang bendi dalam 10 biji (nak lebih pon boleh)
1 keping asam gelugur (Yg kecil je)
Air utk lembutkan daging
Minyak utk menumis
1 sdt serbuk maggi cukup rasa/1/2 kiub daging maggi/knorr
Garam
Rempah menumis
-1 btg kau manis
-1kuntum  bunga lawang
-3 kuntum cengkih
-3 biji buah pelaga

CARA
Basuh bersih tulung rusuk dan toskan airnya
Bancuh rempah kari dgn sedikit air jadikan pes
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan rempah penumis dan setangkai daun kari. Tumis hingga garing dan masukkan pes, biar garing seketika lalu masukkan tulang rusuk dan air. Bila daging agak empuk masukkan kentang. Bila kentang dan daging telah empuk masukkan santan, kacang bendi, asam gelugur, garam dan serbuk magi atau kiub. Masukkan pula baki daun kari. Biarkan santan didih sambil dikacau supaya tak pecah minyak. Akhir sekali rasa garamnya, kalo kurang tambah dan sedia utk dihidangkan. Kalo tak nak letak asam gelugur boleh je ganti dengan tomato tapi kat umah uda tomato habis le pulak, tu yg letak asam gelugur......

Selamat mencuba.......

FRUIT CHEESE TART

Assalamualaikumm....

Ya ALLAH hampir 2 minggu uda tak bersiaran kat blog nih....Rasanya dari hari mengundi lagi tak ku jengah blog ku ini..... Aduhai sadisnya. Ramai blogger2 kat alam maya nih dah siar bermacam2 gambo dan resepi masakan yg sedap2, uda je yg asyik ketingalan kapalterbang....keh...keh...keh.....

Bukannnya apa lepas hari mengundi ari tuh syarikat buat hari keluarga selama 3 hari 2 malam kat Langkawi. Pas tu pulak balik banyak le kerja2 yg perlu dibereskan. Niat untuk menjengah blog tu sentiasa ada tapi bila balik umah zat M tuh besar le pulak utk uda membuka komputer, jadi asyik le memanjang tertangguh nak masukkan entry baru. Apa2 pun ari ni uda masukkan 2 masakkan sekaligus sementara tengah rajin nih....

Jom nengok resepi pertama ni ye kekawan. Sebenarnya dah lama nak buat fruit tart nih tapi bila nak buat tuh tengok2 buah dah licin dibedal tertangguh le lagi. Kali ni kuatkan azam dan semangat dan yesss......akhirnya berjaya gak uda membuatnya, Resepi asal kulit tart nih, uda amik dari Azlita Zain tapi uda gandakan buat 2 adunan sebab senang buat shell tu banyak, bila nak buat lagi dah ada tak yah susah2 nak mengadun lagi.....uda juga ubah sikit, sikit je tau tak banyak, Uda kurangkan sukatan gulanya...Minta izin ye Azlita uda simpan resepi ni kat sini. Resepi piping jelly pulak uda guna resepi Zack tapi uda guna jus lemon, Zack pulak guna limau kasturi. Minta hala ye Zack uda ammik dan simpan kat blog uda nih...

Jom layan......................
.

 Nah amik sorang seketul....buat rasa2. Kalo nak banyak tempah je atau buat sendiri...Kui...kui...kui...
Menarik je kan....warna warni buah tuh....

 Ni le rupa piping jelly yg dubuat sendiri
 Guna kuali non stick yg kecik je sebab sikit aje bancuhanpiping jelly  nih......

Ni le rupa jus lemon yg uda gunkan ye kekawan, malas nak duk perah yg segar tuh takut tak abis guna, membazir le pulak......

Fruit cheese tart
BAHAN
170gm marjerin
170gm butter
80gm gula aising ( resepi asal 50gm gula utk 1 adunan)
1 biji telur Gred A (kalo buat separuh adunan guna sebiji telur gred c)
5800gm tepung gandum
2 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

CARA
Pukul marjerin, butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu/spatula.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. (Ni uda tak buat)
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. (Bergantung oven memasing ye......)
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara


CREAM CHEESE FILLING
BAHAN
180gm cream cheese (uda guna tantura)
50gm mentega
½ sdt jus lemon
1 sdb gula aising
2 sdb susu pekat manis

CARA
Putar cream cheese dan mentega hingga sebati. Masukkan jus lemon, gula aising dan susu pekat manis. Putar lagi hingga kelihatan berkrim dan licin.Masukkan dalam piping bag dan gunting hujungnya.

BAHAN HIASAN
Buah2an segar (Ikut suka pilihan masing2)
1 biji kiwi potong dadu
1 biji mangga potong dadu
2 biji plum potong dadu/ikut suka

PIPING JELLY
BAHAN
¼ cwn gula
1sb tpg jagung
½ cwn jus buah2an (Koktail) atau  ½ cwn air campur dgn 1sdt jus lemon
1sdb golden syrup

CARA
Masukkan ¼ cwn air/jus dan gula dlm periuk kecil atau kuali kecil
Masak atas api perlahan. Bila gula dah cair masukkan baki air dan tpg jagung
Masak hingga pekat kemudian masukkan golden syrup dan didihkan sekejap
Tutup api dan ketepikan pada suhu bilik
Bolehlah digunakan utk glis buah2an segar supaya Nampak berkilat.
Piping jelly nih boleh tahan seminggu aje tau.....

Cara hiasan
Ambil satu kulit tart, paipkan cream cheese dalmnya hingga hampir penuh. Susun buah2an ikut kreativiti memasing. Buat hingga habis kemudian glis buah2 dgn piping jelly. Dah siap....boleh le dihidangkan.Maukkan dalam peti ais kalo tak abis dimakan........

Saturday 4 May 2013

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum semua.....

Ni lagi satu kek uda buat utk kawan bawa balik ke Terengganu. Sebelum ni uda dah letak resepi kek coklat ni kat blog tapi masa tu tak letak ganche, kali ni uda buat hias le sikit2 bagi nampak menarik utk kawan uda jamu kat keluarganya nanti.....

Layan.................gambar nie......

Ni bahagian bawah yg diterbalikkan....

 Tabur dgn twin coklat utk nampak cantik...
Masukkan dlm bekas plastik bulat 8" untuk senang dibawa....

KEK COKLAT MOIST KUKUS

BAHAN 1

1 CWN GULA PASIR (UDA LETAK 3/4 CWN JE)
1 CWN SERBUK KOKO
1 CWN SUSU SEGAR 
1 CWN SUSU PEKAT
1 CWN MINYAK MASAK
1SUDU KECIL VANILA 
 - SEMUA BAHAN GAUL SEBATI DAN MASAK ATAS API PERLAHAN
- REHAT SEKETIKA BILA BAHAN DAH SEBATI

BAHAN 2

3/4 CWN TPG GANDUM
1 SUDU KECIL SODA BICARBONAT 
 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
 - SEMUA BAHAN DIAYAK

BAHAN 3

4 BIJI TELUR ( UDA GUNA 3 BIJI TELUR GRED A)
 - BLENDER JE TELUR TUH

CARA

PANASKAN KUKUSAN DAN PANASKAN LOYANG SEKETIKA
SAPU LOYANG DENGAN MINYAK ATAU BUTTER
SATUKAN BAHAN 2 DAN 3 KE DLM BAHAN 1 CARA SELANG SELI DAN GAUL SEBATI DENGAN SENDUK KAYU ATAU SPATULA JE. BILA DAH SEBATI MASUK DLM LOYANG DAN KUKU SELAMA 30-45 MINIT (BERGANTUNG SAIZ LOYANG)
UDA KUKUS 45 MINIT GUNA LOYANG 7"

GANCHE COKLAT

250GM COKLAT MASAKAN
2 SUDU BESAR MENTEGA
3 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
3/4 CAWAN SUSU CAIR ATAU SUSU SEGAR

CARA
CAIRKAN COKLAT MASAKAN ATAS API YG KECIL
BILA DAH CAIR MASUKKAN MENTEGA, SUSU PEKAT DAN SUSU SEGAR
GAUL SEBATI DAN BIAR LIKAT SEDKIT
MASUKKAN KEK YG TELAH SEJUK KE DALAM MANGKUK PLASTIK 8"
KEMUDIAN CURAHKAN GANCHE ATAS KEK DAN BIARKAN MELELEH DITEPI2 KEK. TABUR DENGAN TWIN COKLAT. BIARKAN SEJUK DALAM PETI AIS SEKURANG2NYA 2 JAM SUPAYA GANCHE MENGERAS

SELAMAT MENCUBA..........

KEK LAYER PANDAN

Assalamualaikum...
sebenarnya petang Jumaat arituh Uda buat 4 biji kek. 2 untuk tempahan kawan uda iaitu kek span coklat dan kek coklat kukus. lagi 2 biji uda biat kek layer pandan, kek layer ni 1 untuk birthday Balqis, Oteh dan Nenek. Ha amik ko... buat sekali i kek utk 3 org punya birthday sebab dekat2 je harinya. lagi 1 buat buat utk makan2.

Kek layer nie uda buat 2 versi masa nak buat kastardnya.Uda potong 2 je kek tuh untuk dilapis kastard. Kalo korang rajin boleh je belah 3 lagi nampak cantik. Uda tak sempat sebab hari dah malam sangat. nak sambung pagi takut tak sempat sebab nak balik awal ari Sabtu tu ke kampung. Kat sini nanti uda tunjukkan cara buat dua2 tuh, tapi sekarang nengok resepi kek spannya dulu ye......
 Ni kek layer pandan yg pertama uda buat. Tulisan buruk je sebab mengantuk...
 Ni pulak kek layer pandan kedua yg dibuat untuk makan2
Ni pulak dah dipotong2 untuk dimakan..... Tak berapa cantik ler....lapisan ku ini. Laen kali buat nak lebih fokus lagi...he...he...he....


Kek Span Pandan
Resipi asal : Noraini Zakaria
Diolah: Udauditproduk

Bahan-bahan : 

150 gm tepung super fine/tepung kek
120 gm gula kastor 
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
Sedikit warna hijau atau pes pandan
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu the esen vanila

Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes pandan atau perwarna hijau dan esen vanila. pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.



KASTAD PANDAN VERSI 1 (Utk kek Balqis)
Bahan-bahan:
200 ml santan kotak kara
200 ml santan segar
800 ml air daun pandan
(Kisar 8-10 daun pandan bersama air kemudian guna 800ml)
¾  cawan gula pasir
10 gm serbuk agar-agar (Uda guna warna Hijau
100 gm tepung Hoen Kwe warna warna hijau
Secubit garam

Cara-cara:
1.                 Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sebati kemudian masak atas api perlahan  sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whis kye.
2.                 Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
3.                  
CARA MELAPIS KEK KASTAD
1.                 Sedikan Loyang loose tin. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.                 Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.                 Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.                 Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
5.                 Kemudian hentak-hentak sikit loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras. Masukkan je dlm peti ais…
6.                 Bila dah keras, keluarkan dari loose tin
7.                 Hias ikut suka. Uda biar kosong je sebab nanti diaorg tak makan kalo nak letak kelapa kering atau lain2 deco…
8.                 Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.



Versi 2 nie sebenarnya sama dgn versi 1 cuma agar2 dan tpg hoew kee je yg berbeza....tapi Uda letak je kat sini untk simpanan. Boleh je nak guna yg mana satu....
 KASTAD PANDAN VERSI 2
 Bahan-bahan:
200 ml santan kotak kara
200 ml santan segar
800 ml air daun pandan
(Kisar 8-10 daun pandan bersama air kemudian guna 800ml)
¾  cawan gula pasir
10 gm serbuk agar-agar biasa (putih)
100 gm tepung Hoen Kwe warna warna putih
Secubit garam
1 sdt pewarna hijau

Cara-cara:
1.                 Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sebati kemudian masak atas api perlahan  sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk ye.
2.                 Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
3.                  
CARA MELAPIS KEK KASTAD
1.                 Sedikan Loyang loose tin. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
2.                 Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3.                 Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
4.                 Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
5.                 Kemudian hentak-hentak sikit loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras. Masukkan je dlm peti ais…
6.                 Bila dah keras, keluarkan dari loose tin
7.                 Hias ikut suka. Uda biar kosong je sebab nanti diaorg tak makan kalo nak letak kelapa kering atau lain2 deco…
8.                 Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.



KEK SPAN COKLAT

Assalamualikum.......

Alhamdulillah ada rezeki tambahan untuk uda bulan nie. Kawan uda menempah kek span coklat untuk dibawa balik ke Terengganu sempena mengundi.

Uda simpan resepi kat sini untuk rujukan dan pada sapa2 yg nak cuba membuatnya ye. Kek ni dia nak kosong aje tak ada hiasan, ye la nak bawa jauh takut creamnya cair kot.

Jom layan gambar dan resepi nie......






Kek Span Coklat
Resipi asal : Sweet 4ever MyR
Diolah: Udauditproduk

Bahan-bahan :  

150 gm tepung super fine
120 gm gula kastor 
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
3 sudu besar serbuk coklat
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna pink

Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, serbuk coklat  pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 160 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.

Thursday 2 May 2013

JAHIT MANIK BAJU KAK SITI

Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah siap dah tempahan jahitan manik baju Kak Siti dari  perpustakaan UPM. Harap  Kak Siti berpuas hati. Layan gambo ni ye kekawan.....Lepas ni baru post entry baru apa yg uda dah masak dlm minggu ni....


Baju niminta dibling2kan kat bahagian tangan dan bawah baju.