Tuesday 21 May 2013

KEK BUAH KUKUS LAGI........

Assalamualaikum.......

Kek buah kukus lagi.....Hai tak jemu2 ke?...Jawapannya oh tidak.......ni antara kek kegemaran keluarga uda. Kali ni uda buat guna resepi yg lain pulak, uda google kat internet macam2 cara nak buat kek buah nih...Tapi biasanya uda buat letak gula hangus kemudian kat adunan (sebelum nih dah post resepi kat blog nih).Resepi nie amik kat Azie kitchen tapi ada yg telah di ubah sikitikut citarasa uda dan keluarga. Kali nih masak gula dulu pasa tuh masukkan air baru campur bahan2 lain. Yang bestnya tak payah guna mixer, kacau2 cam tuh jer...tapi hasilnya memang tak mengecewakan.......
Ha.....korang semua uda letak resepi kat sini kalo sesiapa teringin nak mencubnya yer.......
Zazzzzz....Jom layan.........





Kek Kukus Buah-Buahan Resepi 2
Resepi asal : Azie kitchen
Dicuba :Udauditproduk
Bahan bahan:
225 gm Mentega
300 gm gula pasir (Asal 340gm)
50 gm air panas
400 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran (asal 500gm)
(uda guna ceri merah, kismis dan prune)
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B pun boleh)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum (uda guna tpg hong kong)
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala (uda tak letak)

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar guna whisk. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 8"x8" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam dan uda kukus 3 jam aje dn hasilnya sangat moist mungkin sebab guna tpg hong kong tuh agaknya.. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 1 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biarkan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.



No comments:

Post a Comment