Wednesday, 6 March 2013

CHEESE CAKE MUDAH

Assalamualaikum wbr.

Tentu ramai yg suka makan cheese cake kan.... Uda pun suka gak, tapi keluarga kita org bukan lah penggemar tegar segala jenis cake nih, cumanya Uda suka mencuba buat segala jenis cake sebab nampak kat bloger tuh cantik2 belaka cake yg depa tayang.....Bila dah masak kita org makan sikit jek...
Untuk mengelakkan pembaziran, selalunya Uda bawak gi opis, boleh ler kawan2 tolong menghabiskannya.

Ari ni, uda buat cheese cake yg senang dibuat. Uda dah cuba 3 jenis cheese cake yg berlainan caranya, nanti le Uda kongsi, tapi ni uda nak tunjuk resepi cheese cake ni dulu.....


Jom kite tengok resepi nya

JAPANESS COTTON CHEESE CAKE SIMPLE

Bahan-bahan ( loyang size 8inci )

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter yg ada garam
100g gula castor
100 ml susu segar (fresh milk)
1/3 cwn tepung superfine
1/3 cwn tepung jagung 
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (Uda ganti 1 sdu makan cuka)
1/4 sdk garam (Uda tak letak)

caranya :
• pukul cream cheese dan butter sampai gebu dan creamy.
• masukkan kuning telur diikuti gula dan susu segar.
• masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
• masukkan cuka dlm adunan... kacau sebati dan ketepikan.

Bahan B :
40g gula castor
6 biji putih telur
1 st krim tar tar
• pukul sampai soft peak (sampai bertanduk, bila terbalikkan tak jatuh)

•satukan bhn A dan bahan B kaedah kaup balik. Kacau satu arah sahaja.

•letak baking paper sekeliling dan dasar kek.

• bakar secara bain marie selama 1 jam dengan suhu 160c

Sejukkan dlm oven dengan pintu direnggankan sedikit bila dah masak lebih kurang sejam.
Tpi ni yg sedih nih......Uda nak gitau, masa sejukkan kek tuh, uda tertido sebab buat dah malam.
Tersedar jam 5 pagi, apa lagi tengok le gambo kat atas tuh...naik mengerutu atas & keliling kek tuh, sebab lama sangat dlm oven ngan dlm air, tapi rasa stil maintain sedap.
Kalo belek2 macam comei gak kek tu kan... ada corak...hii...hii....hii...
Nak sedap lagi Uda letak filing bluebery kat atasnya...memang yumeh......
Kek ni Uda buat sempena brithday anak big bos, kira dia pn boss gak kat opis nih....
Tapi kesiannya, dia tak sempat potong pun kek tuh.... seba dia pergi melawat saudara dia meninggal dunia.
Takziah diucapkan pada keluarga mereka..




Tuesday, 5 March 2013

SAMPERIT PANDAN

Assalamualaikum wbr.

walaupun raya lambat lagi tapi teringin le pulak nak buat samperit pandan nih. Tengok kat blog Naz cute oven tu...alhai cantiknya gambo samperit dia, apatah lagi kaler hijau tuh... memang favorite Uda. Selalunya buat kaler kuning atau pun pelangi, tapi kali nih buat hijau lak lah... Tengok le gambo samperit yg Uda buat, tak cantik cam Naz punya sampereit la......

Ni, Uda letak resepi amik dari blog Naz, tapi ada yg Uda dah ubah sikit ikut cara Uda.

SAMPERIT PANDAN
Sumber : Naz cute oven

Bahan A :
200gm mentega
(uda letak 100gm mentega campur 100gm krimwell)
70gm gula halus (Naz guna 100gm gula icing)
1 biji kuning telur
4 sudu besar susu pekat manis (Uda tambah)
1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1tsp pandan emulco)
1/2 tsp pewarna hijau

Bahan B:
250gm tpg gandum - (Uda letak tpg red rose)
50gm tpg jagung
30gm tpg kastard
4 sudu besar tpg ubi

Hiasan :
Taburan gula manik

Cara:
Sebatikan bahan A
Masukkan bahan B, uli rata
Guna acuan samperit dan potong ikut suka (Naz potong 1.5 inci)
Tabur gula manik sebelum bakar supaya gula tu lekat pada biskut
Bakar selama 15-20 miit dengan suhu 160C atau ikut oven memasing
Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

yee..yee...dah boleh makan, sedap sekut nih.....


Monday, 4 March 2013

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum wbr

Apa kabo semua? Moga sihat semuanya.

Ari ni uda nak kongsi kek yg sempat dibuat untuk makan2 kat opis sempena brithday sorang technician.
Uda buat simple je kek coklat ni, guna resepi DJ tapi hasilnya sungguh la... memuaskan. Sedap.....
Yang bestnya kek ni tak yah guna telur, jadinya korang tak payah susah2 nak pi beli telur atau pun duk tunggu ayam bertelur kat reban tuh...
MAAF.... ye DJ, uda copy resepi ni sebagai simpanan. Lain kali senang bila nak buat lagi.......




Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • (Uda letak 1cwn gula perang + 1/2 cwn gula halus)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • (Uda letak chocolate emulco)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek 8". Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) 
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran
Bila dah sejuk Uda terbalikkan kek pas tuh, Uda masukkan dalam mangkuk plastik yg selalu org isi kuih bahulu tuh... supaya senang nak curah ganche coklat sebab kat umah tak ada papan lapis kek, tapi pastikan kek tu muat kat dalam mangkuk ye.... kekawan.....

Uda curahkan choclate ganche pas tu tabur dengan choclate rice.

Uda amik resepi CMG buat ganche ni sebab mudah dan senang je bahannya.

COKLA GANCHE
 - 200gm coklat masakan
- 100ml sus cair (Uda guna susu full cream dutch lady)
- 1 sdt butter

Cairkan susu dan coklat secara double boiler, bila dah sebati, angkat & masukkan butter.
Biarkan sejuk seketika sebelum dicurahkan atas kek.
Simpan dalam peti ais supaya ganche keras.

Selamat mencuba ye kekawan buat kek yg sangat moist & sedap nih......

PAVLOVA

Assalamualaikum wbr.
Moga sihat semunya yer.....

Dah lama sebenarnya nak buat pavlova ni, tapi asyik tertangguh je...... Sebenarnya zat M (malas).... tuh yg menebal kat jiwa raga sebenarnya..hi...hi...hi....

Oleh kerana da tempahan kukis coklat pada ari minggu nih....... maka uda merajinkan diri membuat pavlova ni... sebab banyak telur putih yg tak digunakan bila buat kukis.

uda amik resepi ni dari Puan Azalita masam manis. Maaf ye.....Ita uda copy resepi Ita buat simpanan sebagai rujukan akan datang......Family Uda tak berapa suka pavlova nih... sebab manis sangat, jadinya Uda bawak le ke opis, ahlamdulillah bebudak kat opis ni suka, ada tu siap suruh buat lagi....

Jom intai resepiny kat sini

PAVLOVA
Sumber : Azalita masam manis

Bahan
4 biji putuh telur
3/4 cawan gula halus
1 sdt esen vanila
1 sdt cuka putih
1 sdb teping jagung

Cara :

Sediakan loyang
Alas loyang dgn baking paper
Lorek atas baking paper. Uda guna bulatan loyang 8"
Terbalikkan kertas
Panaskan ovem pada 170C nanti bila dah masukkan pavlovaturunkan suhu pada 12-100c

Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit, sedikit dan putar lagi
sampai kental, bila terbalikkan tak jatuh
Kemudian satukan vanila, cuka dan tpg jagung
Gaul sebati kemudian masukkan dlm adunan telur dan gaul rata guna spatula dengan kaedah kaup balik
Letakkan adunan atas baking paper yg telah dibuat bulatn tadi
Ratakan ikut lorekan jangan tebat auat nipis sangat
Bakar pada suhu 120-100c selama 1 jam 15 minit atau hingga permukaan pavlova kering & keras
(Uda bakar 1 jam 30 minit)
Tutup oven dan biarkan pavlova dlm oven dengan pintu dibuka sedikit
Biarkan hingga sejuk dan kering sepenuhnya.
Bila sudah sejuk boleh dihiaskan.

Bahan hiasan
Wipping cream pukul hingga kental
Buah-buahan - apa2 buah yg agak masam
(Uda guna kiwi, strawbery, mangga)
Letakkan wipping cream atas pavlove dan hias dengan buah2an segar.
Sedap dimakan bila dah letak dalam peti ais.


Friday, 1 March 2013

MANGGA CREPE

Assalamualaikum semua....

Selalunya kan durain crepe begitu popular kat semua bloger masakan, tapi disebabkan tak berapa gemar ngan bau durain yg kuat tuh.... tapi teringin nak makan crepe, maka uda ubahsuai le resepi dari crepe durian menjadi mangga crepe. Sedap jugak tau... Ada juga para bloger yg sudah membuatnya, tapi uda ni biasa le cam kura2 yg jalan perlahan tuh... asyik tak menyempat memanjang.... Masak tuh ari2 masak cumanya nak cuba sesuatu masakan yg baru tu tertangguh je, al maklumlah macam2 bendak nak disettelkan.

Jom tengok mangga crepe yg uda dah try buat. Uda amik resepi dari Azalita masam manis yg bolg dia tengah meletu-letup tuh.....





MANGGA CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
1sudu teh esen vanila

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.

INTI

Mangga dipotong dadu
Uda guna filing cream cheese 250gm cream cheese putar hingga kental + 1/4 gula halus dan 1 sudu teh jus lemon

Cara :
Letak 1 sudu teh cream cheese, kemudian letak mangga dan tutup semula dengan 1 sudu teh cream cheese. kemudian lipat kemas crepe. Sedap dimakan bila sudah dimasukkan ke dalam peti ais.

Selamat mencuba.........

Thursday, 28 February 2013

KEK MARBLE

Asalamialaikum semua...
Harap2 semua sihat sejahtera ye....

Tekak ni terasa nak makan kek marble la.... Banyak juga resepi kak marble yg uda dah kumpul dalam fail.
Tapi kali ni uda cuba buat kek marble guna resepi Puan Umi dari Kuantan tuh...
Sedap kek ni dan senang nak buat. Jom le kita cuba, try, test sama2.......Maaf ye Umi uda copy past resepi untuk simpanan dan rujukan akan datang.....


Ni uda dah potong, tak cantik le marble yg uda buat ni, jeles tengok bloger2 masakan buat kek ni cantik2 belaka kejadiannya, tapi ku x kan putus asa, akan ku coba lagi lain kali, keh...keh....keh....keh......

KEK MARBEL - Sumber : UMI KUANTAN

Bahan-bahannya:
200 gm tepung naik sendiri.
230 gm butter.
220 gm gula halus.
4 biji telur grade B.
1 tsp essen vanilla.
1 tsp baking powder.
2 tbsp susu segar.
2 tbsp serbuk koko
1 tbsp coklat emulco.
Cara-caranya.
Panaskan oven 170 darjah celcius.
Sapukan loyang berbentuk bulat ukuran 8"x3" dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak.
Ayak tepung dengan serbuk penaik.
Pukul better dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu hingga habis.Pukul lagi.
Kemudian masukkan esen vanilla,susu segar  dan tepung .Pukul hingga gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi dicampur dengan serbuk koko.
Sendukkan satu sudu besar adunan plain kemudian sendukkan satu sudu besar adunan coklat keatasnya...berselang seli..
Lakukan proses yang sama hingga siap.Last sekali hentakkan sikit loyang agar adunan padat dan sekata.
Bakar hingga masak lebuh kurang 50-60 minit.


COKLAT PISANG CUPCAKE

Salam semua....

Nak makan cupcake tak?.....
Jom kita buat sama2.. Sedap tau, dulu uda dah pernah masukkan gambo tap tak ada resepi. Kali ni uda buat lagi  dan uda letak resepi sebab unuk rujukan masa akan datang. Bukannya apa takut kertas resepi ni lunyai le pulak asyik duk usung sana sini...

CUPCAKE PISANG COKLAT


BAHAN A - DIAYAK ( disatukan )
130gm tepung gandum
150gm gula perang 
3sdt unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder

BAHAN B :

1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
60 ml minyak sayur
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur size A
60 ml susu full cream dlm kotak
120 ml air suam

CARA :
- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .
- Ayak serta gaul mesra semua bahan A dan di ketepikan . Lenyek pisang emas .
- Dalam bekas yang sesuai pukul telur sehingga telur putih dan merah bercampur mesra - tak perlu pukul lama sangat dalam 2-3 minit saja
-  kemudian masukkan pula esen vanilla , susu , minyak, pisang yg dilenyek dan kacau smeua bahan sehingga cukup mesra - jangan dipukul ya hanya gaul guna spatula .
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan masukkan juga semua air .
-  Dengan mengguna spatula atau senduk kacau semua bahan sehingga cukup mesra dan sebati . Adunan kek ni memang seperti bancuhan pancake yang agak cair . 
- Susun paper cup dalam loyang pembakar . Kemudian boleh la dimasukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . 
- Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

Selamat mencuba......