Saturday, 21 September 2013

sekadar menjengah

Assalamualaikum wbr.

Hui la lama sungguh menyepi blog nih.... Semua sawang dengan lelabah dah keluar beranak pinak kat blog uda nih. asyik le tertangguh nak mengedit projek-projek yang telah dilaksanakan. Tak tau le bila nak aktif semula, asyik le tak menyempat. Ni pun jengah kejap je, tak sempat nak upload entry yang baru. Tunggu je le ye banyak yg tertangguh nih.....

Sunday, 7 July 2013

SAMPLE KUIH RAYA

Assalamualaikum.

Adoila....... penbuat cookies laen dah sibuk mengira berapa jumlah biskut yang kena buat untuk tempahan tahun nih, tapi uda ni baru je minggu lepas mengedar sample kuih raya kat kekawan.
Selalu jer tertinggal kapal terbang uda nih....

Apa2 pun jom tengok biskut2  jualan uda tahun nih ye.....tengok gambo jela ye resepi tuh tak sempat nak ku letak kat sini buat masa nih.....Laen kali la ye....Lagi pun resepi lebih kurang sama je dengan blogger yang laen.....




Senarai biskut yang uda jual.

1. Biskut lidah kucing keju
2.Biskut red pearl
3. Biskut dahlia
4. Biskut mazola kacang hijau
5. Biskut mazola kacang tanah
6. Biskut ciklat chip
7. Biskut makmor
8. Biskut bangkit cheese
9. Biskut irish
10. Biskut kelapa nestum
11. Biskut cornflakes

Uda juga jual kek kukus buah loyang 8" berat lebih kurang 1.2kg (RM38.00)

Sapa2 yang nak oder boleh jer, tapi sample dah abis le kat umah dah edar kat semua kekawan..

Uda boleh dihubungi ditalian 012-2745887

Thursday, 20 June 2013

KEK MENTEGA

ASSALAMUALAIKUM......

Ada lagi satu kek yang uda buat minggu nih, iaitu kek mentega atau glamour org panggil butter cake.
Kek nih memang sangat ler senang nak buat, simple jer bahannya.  Bau butter tuh alahai harumnya
bila kek tengah diakar dalam oven.

Jom sama2 kita membuatnya.......................menggunakan resepi nih....


Butter Cake

250g pure butter (saya guna jenama SCS)
250g tepung naik sendiri
150g gula kastor
4 biji telur (saya guna gred A)
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, dan gebu  bertukar warna menjadi putih ( speed perlahan kemudian sederhana kemudian speed paling laju)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit.


CHEESE CAKE CHOCOLATE

Assalamualaikum...

Lamanya tak post entry. Bila huruf M (malas) kat depan tuh melanda diri, gini ler jadinya. Asyik bertangguh jer nak bukak blog sendiri. Blog orang sempat jer dijenguknya....Alahai uda oh....uda pasal ler kemalsan ko tetiba melanda nih.....

Ok ler ye malas nak tulis merepek meraban pepanjang terus ke entry yang nak dikongsi. Uda amik resepi nih dari blog Hasue yang memang banyak membuat jenis2 cheese cake yang sedap2 nih. Mintak izin tau Hasue salin resepi kat sini untuk dijadikan panduan masa depan dan juga dikongsi ngan kekawan yang lain.....




RESEPI COKLAT CHEESE KEK

Bahan-bahan ( 1 biji kek Loyang 8”)
6 keping  slice cheese
400ml susu segar perisa coklat
100gm butter/majerin (uda guna butter)
95gm gula halus
4 biji telur gred A
100gm tepung
1 sudu teh vanilla
1/2  cawan serbuk coklat 

Cara-cara
1.               Panaskan oven pada suhu 160c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
2.               Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3.               Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
4.               Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
5.               Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
6.               Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7.               Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
8.               Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
9.               Bakar pada suhu 1605c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 45 minit.

10.            Selepas masak biarkan seketika di dalam oven dengan merenggangkan pintunya sedikit.  Bila dah sejuk bolehlah keluarkan dari loyang dengan menyisip sedikit bahagian tepi kek. Hias ikut suka atau dimakan begitu saja.

SELAMAT  MENCUBA......................

Wednesday, 12 June 2013

BISKUT LIDAH KUCING

Assalamualaikum semua..

Ha....lidah kucing jadi biskut?. Jaganlah terkejut pulak ye  kekawan, tu sekadar nama jer, sebab bua t biskut nih ada acuannya yang dinamakan acua lidah kucing, tapi kalo tak de acuan masih boleh buat biskut nih, macam uda nie tak ada pun acuan, tapi cuba jugak buat biskut nie Uda cuma guna piping beg dan potong hujungnya lepas tuh  picit atas loyang yg di alas dengan baking paper Picit bentuk oval memanjag sikit macam lidah Kalo nak nampak sekata boleh lukis dulu kat baking paper tuh kemudia terbalikkan

Jom intai resepi ringkas da mudah nie yg uda amik dari blog Rahel. Rahel pulak amik dari blog Melly
Rahel buat  letak cheese tapi memandangkan cheese dah abis kat umah uda, uda buat guna gula manik warna warnie jer..................Biskut nih sedap dan ranggup jer tau. Minta izin tau Rahel amik respi nih dan kongsi kat blog uda pulak yer...



Lidah Kucing Gula Warna Warni
Sumber:Melly /Rahel

Bahan-bahan:
250g mentega
100g putih telur
100g gula halus (Resepi asal letak 140gm)
1/2 sudu teh emplex

225g tepung gandum                                   }
60g tepung jagung                                       }
15g susu tepung                                           }   diayak
1/4 sudu teh baking powder                         }

20g gula beras warna warni (Rahel letak paruta keju ceddar 20gm)

Cara membuat:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang,lalu masukkan emplex dan pukul lagi.
2.Masukkan putih telur,terus pukul hingga bercampur rata.
3.Masukkan campuran tepung gandum.Putar perlahan selama 1 minit hingga rata dan masukkan gula warna warni.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letaklah pewarna kesukaan anda. Uda letak perwarna merah jer…………….
5.Isikan ke dalam piping bag guna nozel 7.Picitkan ke Loyang lidah kucing yg telah digrs   dengan mentega.
6. Kalo tak de loyang lidah kucing picitkan jerk at loyang yg dialas aking paper
7.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 20 minit.


Note:
*gris Loyang dengan mentega untuk pertama sahaja,seterusnya tak perlu dioles lagi.
*kalau tidak punya Loyang lidah kucing boleh guna Loyang biasa yang dilapik dengan
  baking paper,jarakkan adunan kerana adunan akan melebar ketika dibakar


Sunday, 9 June 2013

KEK LOBAK MERAH

Assalamualaikum.....

Lamanya tak menjengah ke blog uda nie. Bersawang dah rasanya....Minggu2 cuti sekolah nie keluarga bertandang ke rumah, banyak masa untuk mereka. Yela sekali sekala berkumpul macam2 yg nak dibuatnya. Komputer & laptop dan di monopoli anak2 sedara buat main game dan nengok cartoon kat youtube, makanya maak uda diorang nih mengalah jela.....

Sebenarnya aktiviti memasak tetap berjalan lancar cumanya tak sempat nak update kat blog nih...lagi2 permintaan anak2 sedara yg nak makan macam2 tuh....sayang anak buah punya pasal layankan je la apa yg dia org nak makan.....

Ari tuh sempat le uda buat kek lobak merah nih untuk kawan uda menghadiri majlis pertunangan sepupunya, juga buat cup cake untuk makan2 keluarga.

Uda buat 3 adunan kek carrot ni.  Adunan bakar guna loyang 8” dan satu adunan buat cup cake untuk makan2 dengan keluarga.
Kek 8” inci uda tak hias sebab kawan uda nak bawa ke majlis pertunangan sepupu dia takut pula forsting cair. Cup cake pulak sebahagianya uda hias dengan cream cheese dan sebahagiannya kosong sebab mak ngan abah uda bukannya suka ada cream2 nih…

Jom intai resepi nih yg uda goggle dari myresepi tapi banyak dah uda skip iaitu uda tak letak rempah dan serbuk pala. kalo uda letrak alamatnya tak de sapa yg sudi maakan....Apa2 pun mari2 layan gambo nih ye kekawan.....


 Dah siap packing utk hantar kat kawan uda
 Hias dengan cheese cream, so yummy.......
 Ni pulak bakar guna cup cake kecil
Yang nie guna cawan kertas keras

RESEPI KEK LOBAK MERAH
Sumber : Myresepi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1  cawan gula pasir halus (resepi asal 1 1/2 cawan)
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan badam yang dicincang dan sangai sekejap

Cara-cara
Panaskan oven 160 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kekdan alas dengan baking paper.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder,  garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

Selamat mencuba.......

Tuesday, 21 May 2013

KEK BUAH KUKUS LAGI........

Assalamualaikum.......

Kek buah kukus lagi.....Hai tak jemu2 ke?...Jawapannya oh tidak.......ni antara kek kegemaran keluarga uda. Kali ni uda buat guna resepi yg lain pulak, uda google kat internet macam2 cara nak buat kek buah nih...Tapi biasanya uda buat letak gula hangus kemudian kat adunan (sebelum nih dah post resepi kat blog nih).Resepi nie amik kat Azie kitchen tapi ada yg telah di ubah sikitikut citarasa uda dan keluarga. Kali nih masak gula dulu pasa tuh masukkan air baru campur bahan2 lain. Yang bestnya tak payah guna mixer, kacau2 cam tuh jer...tapi hasilnya memang tak mengecewakan.......
Ha.....korang semua uda letak resepi kat sini kalo sesiapa teringin nak mencubnya yer.......
Zazzzzz....Jom layan.........





Kek Kukus Buah-Buahan Resepi 2
Resepi asal : Azie kitchen
Dicuba :Udauditproduk
Bahan bahan:
225 gm Mentega
300 gm gula pasir (Asal 340gm)
50 gm air panas
400 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran (asal 500gm)
(uda guna ceri merah, kismis dan prune)
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B pun boleh)
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum (uda guna tpg hong kong)
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala (uda tak letak)

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar guna whisk. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 8"x8" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam dan uda kukus 3 jam aje dn hasilnya sangat moist mungkin sebab guna tpg hong kong tuh agaknya.. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 1 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biarkan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.