Thursday 20 June 2013

CHEESE CAKE CHOCOLATE

Assalamualaikum...

Lamanya tak post entry. Bila huruf M (malas) kat depan tuh melanda diri, gini ler jadinya. Asyik bertangguh jer nak bukak blog sendiri. Blog orang sempat jer dijenguknya....Alahai uda oh....uda pasal ler kemalsan ko tetiba melanda nih.....

Ok ler ye malas nak tulis merepek meraban pepanjang terus ke entry yang nak dikongsi. Uda amik resepi nih dari blog Hasue yang memang banyak membuat jenis2 cheese cake yang sedap2 nih. Mintak izin tau Hasue salin resepi kat sini untuk dijadikan panduan masa depan dan juga dikongsi ngan kekawan yang lain.....




RESEPI COKLAT CHEESE KEK

Bahan-bahan ( 1 biji kek Loyang 8”)
6 keping  slice cheese
400ml susu segar perisa coklat
100gm butter/majerin (uda guna butter)
95gm gula halus
4 biji telur gred A
100gm tepung
1 sudu teh vanilla
1/2  cawan serbuk coklat 

Cara-cara
1.               Panaskan oven pada suhu 160c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
2.               Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3.               Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
4.               Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
5.               Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
6.               Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7.               Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
8.               Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
9.               Bakar pada suhu 1605c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 45 minit.

10.            Selepas masak biarkan seketika di dalam oven dengan merenggangkan pintunya sedikit.  Bila dah sejuk bolehlah keluarkan dari loyang dengan menyisip sedikit bahagian tepi kek. Hias ikut suka atau dimakan begitu saja.

SELAMAT  MENCUBA......................

No comments:

Post a Comment