Thursday 20 June 2013

KEK MENTEGA

ASSALAMUALAIKUM......

Ada lagi satu kek yang uda buat minggu nih, iaitu kek mentega atau glamour org panggil butter cake.
Kek nih memang sangat ler senang nak buat, simple jer bahannya.  Bau butter tuh alahai harumnya
bila kek tengah diakar dalam oven.

Jom sama2 kita membuatnya.......................menggunakan resepi nih....


Butter Cake

250g pure butter (saya guna jenama SCS)
250g tepung naik sendiri
150g gula kastor
4 biji telur (saya guna gred A)
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, dan gebu  bertukar warna menjadi putih ( speed perlahan kemudian sederhana kemudian speed paling laju)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit.


No comments:

Post a Comment