Wednesday, 26 December 2012

CERPEN


BAHAGIA SESUDAH DERITA
   
         Selepas membaca surat yang baru diterimanya, Yana termenung seketika. Surat yang dikirimkan oleh adiknya itu benar-benar menyentuh perasaannya. Yana sedar selama ini keluarganya hanya menumpang belas di tanah kepunyaan ibu saudaranya. Di atas tanah itulah mereka sekeluarga menumpang teduh dari panas dan hujan. Di tanah itulah juga Yana dan adik-adiknya membesar. Yana membuka lagi lembaran putih kiriman adiknya.
         Kak Yana, abah bagitahu tanah yang kita duduk sekarang ni Pak Usu nak jualkan. Katanya dia sekeluarga nak berpindah ke tempat isteri barunya. Bila orang kampung tanya pada Pak Usu, macamana dengan keluarga kita, Pak Usu kata dia tak tahu dan tak nak ambil tahu. Yana kesian tengok mak bersedih. Entahlah kak tak tahulah macamana sekarang. Pak Usu dengan keluarga kita dah semakin renggang sejak Mak Usu meninggal dulu lebih-lebih lagi sejak dia berkahwin baru.
         Yana melemparkan pandangannya ke luar jendela. Dia memerhatikan sekumpulan kanak-kanak riang bermain di taman permainan. Alangkah seronoknya menjadi kanak-kanak  tidak perlu memikirkan masalah yang datang, cetus Yana.
         Duduk keseorangan begitu melontarkan ingatan Yana ke kampung halamannya. Teringat ibu yang disayangi mengesat peluh balik dari menoreh dengan wajah yang letih. Terlihat abahnya menyorong basikal tua membawa getah sekerap yang telah dikutip dengan keletihan. Ah... abah, mak takkan ku biar kau terus memerah keringat untuk kami semua. Selesai pengajian ku ini akan aku buktikan kau tak akan kesusahan lagi, detik hati Yana.
         “Hoi, study ke?, mengelamun?” Tegur satu suara mengejutkan Yana.
         “Dua-dua”, Balas Yana pendek sambil memerhati Aza teman sebiliknya meletakkan beg di katil.
         “Sebenarnya dah lama aku perhatikan kau Yana, kenapa kau muram aje hari ni?, ada problem ke?”, Tanya Aza lalu menghampir Yana di jendela.
         “Tak adalah... aku cuma teringkatkan kampung, ingatkan keluarga aku”.
         “Bukan ingatkan buah hati”, Usik Aza menjeling mesra.
         “Merepeklah kau ni. Kau pun tahukan aku ni mana ada buah hati dan akupun tak terfikir nak cari    buah hati”, Luah Yana.
         “Walaupun ramai yang beminat”, Duga Aza.
         “Dahlah kau melalut ke situ pulak. Aku ke mari nak menimba ilmu bukan nak mengurat”, Tutur Yana pura-pura marah.
         “Yalah Yana, belajar-belajar juga tapi bak kata orang sambil menyelam sambil minum air”, Sambung Aza yang memang kuat mengusik itu lagi.
         “Kau lain, aku lain Aza. Dahlah malas nak layan. Aku nak mandi lepas tu nak ke library”, Tukas Yana seraya mencapai tuala mandi dan berlalu meninggalkan Aza terkulat-kulat memandangnya.
         Hai...susahnya nak korek rahsia minah sorang ni walaupun dah hampir empat tahun tinggal bersama, getus Aza dalam hati. Memang Aza akui antara ramai teman-temannya Yanalah yang paling pandai menyimpan rahsia peribadinya dan dia juga pandai menyimpan rahsia teman-temannya yang bermasalah. Dalam diam-diam Aza kagum dengan peribadi dan tingkah laku Yana, sekaligus merasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki Yana. Dan satu lagi yang dikaguminya ialah sikap Yana yang tidak pernah mengambil peduli terhadap kaun Adam yang ingin mendekatinya. Bagi Yana itu semua akan membuang masanya untuk melayan kerenah mereka. Dunia Yana di kampus itu hanyalah buku, kuliah dan menyertai aktiviti kampus hinggakan kadangkala menimbulkan tanda tanya dihati Aza.
         Yana bergegas meninggalkan bangunan perpustakaan tatkala hari menjelang senja. Panjang langkahnya untuk sampai segera ke biliknya bagai ada yang hendak dikejarnya. Teman-teman yang mengenalinya hanya tersenyum melihat gelagat Yana yang bagaikan lipas kudung. Yana tiba dipintu biliknya serentak dengan bunyi azan dilaungkan di masjid berdekatan. Yana membuka pintu lalu mengejutkan Aza yang lena dikatil.
         “Hei, bangunlah , apa ni anak dara tidur maghrib-maghrib ni, tak baik tau. Dah pergilah mandi lepas tu bolehlah kita sembahyang sama”, Gesa Yana bila dilihatnya Aza masih mengeliat di katil.
         Aza bangun lalu dengan malas ke bilik air. Yana ke mejanya dan dengan pantas mengambil surat yang terlupa disimpannya lalu di masukkan ke dalam laci meja studynya. Lepas itu dia turut ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.
         Selepas menyidai telekung masing-masing, Yana dan Aza duduk di katil mereka. Yana sibuk melipat bajunya sementara Aza asyik memandangnya. Seketika kemudian Yana perasaan dirinya diperhatikan lalu mengangkat muka.
         “Apa yang kau pandang semacam aje pada aku ni. Ada yang tak kena ke?. Tanya Yana sambil memandang dirinya sendiri ke kanan dan ke kiri. Aza masih asyik merenungnya membuatkan Yana serba tak kena.
         “Apasal kau ni?”
         “Yana, kau marah tak kalau aku cakap sesuatu?” Tanya Aza
         “Manalah aku tahu nak marah ke tak, sebab aku tak tahu apa yang kau nak cakap”, Balas Yana.
         “Yana, aku minta maaf sebab baca surat kau petang tadi”, Aza berkata perlahan serba salah.
         Yana terkejut seketika, “Apa?. Kau baca surat aku. Sampai hati kau Aza, tapi apa nak buat memang salah aku, aku lalai terlupa nak simpan”, Luah Yana kesal.
         “Maafkanlah aku Yana, aku bukannya nak bussy body tapi aku risau tengok kau asyik bermuram. Aku nampak surat kat atas meja kau tu dan aku rasa surat itulah yang membuatkan kau muram. Rupanya ramalanku benar belaka”, Ucap Aza sempat bergurau dengan tajuk lagu penyanyi kesukaannya.
         Yana tidak menunjukkan sebarang reaksi hanya berdiam diri membuatkan Aza mati kutu. Setelah agak lama masing-masing membisu akhirnya Aza bersuara.
         “Yana, kau marah aku ke”, Tanya Aza bila dilihatnya Yana hanya mendiamkan diri.
         “Kenapa mesti nak marahkan kau. Memang aku yang cuai”, Balas Yana perlahan.
         “Yana aku tak sangka kau dan keluarga kau menanggung  keperitan hidup yang menyedihkan. Kenapa kau tak bagitahu aku. Sekurang-kurangnya dapat aku membantu”, Luah Aza bersimpati.
         “Itu masalah keluarga aku Aza, rasanya tak perlulah aku menceritakan hal keluarga pada orang lain”, Ucap Yana perlahan membuatkan Aza terharu. Ternyata Yana seorang yang tabah dalam menghadapi kemelut kehidupan yang serba kekurangan.
         “Tapi Yana sekurang-kurangnya beban yang kau tanggung tu akan berkurangan bila kau kongsi dengan aku. Apa kau tak percaya pada aku”.
         Air mata mula bertakung dikelopak mata Yana. Dengan sayu dia berkata, “Aku tak mahu membebankan kau dengan masalah aku Aza. Kau pun ada masalah sendiri”.
         “Tapi Yana, kita kan kawan. Lagipun kau selalu menolong aku bila aku ada masalah. Aku dah anggap kau macam saudara aku, takkan kau tak percayakan aku”.
         Dengan sayu Yana meluahkan segala yang terbuku dan tersimpan dihatinya selama ini pada Aza. Aza juga turut terharu mendengar cerita Yana.Tidak disangka temannya yang seorang ini menanggung keperitan hidup yang menyedihkan. Selama ini Yana begitu pandai menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi rupa-rupanya dia sendiri menanggung masalah yang membebankan. Patutlah selama ini Yana begitu berjimat cermat dengan wang biasiswanya , rupa-rupanya sebahagiannya dikirimkan untuk membantu keperluan sekolah adik-adiknya.
         Aza begitu terharu dengan pengorbanan yang diberikan Yana pada keluarganya. Dia merenung sejenak ke dalam dirinya sendiri. Walaupun Aza tidak tergolong dalam keluarga yang mewah tetapi dia mampu memperolehi segala keinginannya. Aza yang cuma mempunyai seorang abang itu mampu menikmati segala yang dihajati lantaran dia tidak mempunyai ramai adik-beradik. Ibubapanya yang bertugas sebagai seorang guru dapat memenuhi kehendaknya dan kemahuan abangnya. Dalam diam-diam Aza memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kehadrat Ilahi kerana mengurniakan keluarga yang mempunyai segala-galanya.
         “Kenapa sampai hati pakcik kau buat begitu Yana?” Soal Aza bila Yana selesai bercerita.
         “Entahlah Aza, itulah yang dinamakan manusia. Walaupun bersaudara tapi masih ada yang berperasaan dengki”.
         “Habis tanah mak kau tak ada ke?” Tanya Aza lagi ingin tahu.
         “Ada, tapi bahagian mak aku nun terperuk di pendalaman. Tempat kawasan getah. Di situ memang bukan tempat untuk didiami sebab tak ada apa-apa kemudahan. Tanah pun hanya 2 ekar. Di situlah ayah dan mak aku bertungkus lumus berkebun. Sebahagiannya mak aku tanam getah dan sebahagian lagi adalah sikit abah aku tanam buah-buahan. Lepas kerja di kebun sendiri abah aku ambil upah mengerjakan kebun orang pula. Kau tahulah Aza adik beradik aku ramai. Kalau abah aku tak kerja kuat manalah nak cari duit sekolahkan kami semua”, Terang Yana sedih.
         “Aku kagumlah dengan semangat mak dan ayah kau, walaupun susah dia tetap bersemangat untuk menyekolahkan kau dan adik-beradik kau yang lain” Ucap Aza dengan rasa kagum.
         “Itulah yang membanggakan aku Aza, mak dan abah aku tak pernah memikirkan kepentingan mereka. Segala-gala yang dilakukan hanyalah untuk kami, anak-anaknya. Abah aku selalu berkata, dia tak mahu anak-anaknya mewarisi kesusahan yang dialaminya. Sebab itulah aku berusaha untuk berjaya Aza”.
         “Aku bangga dengan semangat kau dan keluarga kau Yana. Insyallah kau dan adik-adik kau pasti akan berjaya dan seterusnya dapat membahagiakan orang tua kau. Sekarang nipun kau dah ditahun akhir, dua orang adik kau pun dah ke universiti. Aku pasti lagi dua orang yang di kampung tu mesti mengikut jejak abang dan kakanya ke menara gading” Tutur Aza memberi semangat pada teman karibnya itu.
         “Mudah-mudahan Aza. Aku harap semua adik-adik aku berjaya. Lepas tu kami nak sama-sama berkongsi untuk membeli sebidang tanah dan dirikan rumah untuk mak dan abah. Aku tak mahu lagi mak, abah aku bersusah paya bekerja. Aku mahu mereka tumpukan pada amal ibadat dan berehat Aku harap segala impian aku ni akan menjadi kenyataan”, Terang Yana seraya berdoa.
         “Aku doakan semoga apa yang kau hajati itu tercapai Yana. Sebagai kawan aku turut mendoakan kesejahteraan kau sekeluarga. Dahlah tu jangan bermuram lagi. Kalau ada masalah cakap aje dengan aku. Insyallah aku akan tolong apa yang termampu” Tutur Aza sambil menepuk bahu Yana dan memeluknya.
         Yana mengulangkaji keseorangan kerana Aza keluar bertemu keluarganya. Puas dia mengajak Yana tetapi dia malu kerana matanya bengkak dek menangis tadi. Yana mencapai kertas kajang lalu mula menulis surat untuk keluarganya di kampung. Selepas menulis surat dia tertidur seketika hinggalah dikejutkan oleh Aza.
         “Yana, bangunlah, mari kita makan sate ni. Aku tahu kau mesti belum makan”, Kejut Aza sambil mengerak-gerakkan Yana. Dengan malas Yana membuka matanya.    
         “Pukul berapa ni?” Tanyanya sambil bangun dan duduk di birai katil.
         “Pukul sebelas setengah. Oh! ya mak, ayah dan abang aku kirim salam kat kau” Ucap Aza tersenyum sambil menuang kuah sate ke mangkuk.
         “Eh! Bila abang kau balik dari US?. Cuti ke?” Soal Yana kehairanan bila Aza menyebut abangnya ada bersama tadi.
         “Aha, cuti sebulan, sebab tulah mak, ayah aku datang. Abang aku yang ajak. Kau pun tahukan aku ni adik manja dia. Balik sini mesti nak jumpa aku dulu. Kalau tak, tak sah” Tutur Aza sambil tergelak mengenangkan abang kesayangannya.
         “Untunglah kau ada abang. Boleh tumpang bermanja-manja. Aku ni tak ada sapa nak tumpang bermanja selain mak, abah dan adik-adik aku tu” Luah Yana lalu bangun menghampiri meja.
         “Kalau kau nak tumpang bermanja dengan abang aku pun boleh. Lebih dari tupun tak apa. Aku tak kisah punya” Ucap Aza dengan ketawa ceria. Memang Aza terkenal dengan sikap happy go lucky. Susah untuk melihatnya bermuram. Kalau adapun tak sampai sejam dia akan ceria kembali.
         “Gilalah kau”, Cetus Yana sambil menyuap sate ke mulut. Aza hanya tertawa riang kerana dapat mengusik Yana. Tetapi di dalam hatinya mengharap kalaulah Yana bertemu jodoh dengan abangnya, pasti dialah orang yang paling gembira. Ini kerana dia kagum dengan ketabahan dan keperibadian yang dimiliki oleh Yana dan pasti nanti hidup abangnya akan bahagia kerana mempunyai isteri yang bijak, mempunyai tingkah laku yang menambat hati dan penyayang. Lagipun abangnya memang berminat untuk mengenali Yana dengan lebih mesra lagi. Dalam diam-diam Aza mengatur rancangan untuk memperkenalkan mereka berdua.
         Minggu terakhir semestar para siswa dan siswi kelihatan gembira. Ini kerana mereka dapat bercuti selama seminggu dan tentulah dapat mengubat kerinduan pada orang-orang yang tersayang. Awal-awal lagi Yana sudah menyiapkan keperluan yang akan di bawanya pulang ke kampung. Di hatinya terasa tidak sabar untuk bertemu keluarga. Aza hanya memerhati keriangan teman sebiliknya dengan gembira. Dia turut gembira melihat keceriaan di wajah Yana yang sebulan dua ini asyik muram sahaja.
         “Yana, esok aku hantar kau balik ya”, Cadang Aza tersenyum meleret memandang Yana yang sibuk melipat baju.
         “Tak payah susahlah. Aku nak keluar awal sebab tiket aku pagi. Aku takut tak sempat kalau lambat. Kau tahulah jalan kat sini”.
         “Ala, tiket kau pukul sembilankan. Masih sempat kau balik dengan aku. Esok abang aku jemput aku pagi-pagi lagi. Kalau tak sempat pun aku suruhlah abang aku hantar kau sampai kampung”, Cadang Aza.
         “Tak baik menyusahkan orang Aza. Entah-entah abang kau ada hal lain, suka-suka aje kau suruh hantar aku”, Bantah Yana.
         “Eh tak adalah. Tak ada susahnya, memang dia teringin nak kenal kau. Kata abang aku selalu dia asyik tengok gambar kau dengan aku. Kalau boleh dia nak kenal kau dengan dekat lagi. Bolehlah Yana ya”, Ucap Aza sambil lunak matanya memandang Yana yang serba salah.
         “Suka hatilah Aza. Malas nak bertekak dengan kau”, Tutur Yana akhirnya mengalah.  Aza tersenyum kepuasan.
         Pagi itu awal-awal lagi Yana telah bangun. Selepas mandi dan menunaikan solat subuh dia mengejutkan Aza yang masih berselimut.
         “Aza, bangunlah dah siang ni, nanti waktu subuh terlepas pulak” Ucapnya sambil mengerakkan badan Aza. Aza mengeliat lantas membuka mata melihat jam yang tergantung didinding, 6.30 pagi. Aza lantas bangun mencapai tuala lalu ke bilik mandi.
         Selepas masing-masing siap berkemas mereka menuju ke bawah asrama kerana sebentar lagi Yazid, abang Aza akan menjemput mereka. Lebih kurang sepuluh minit menanti terlihat kereta proton hijau metalik membelok memasuki perkarangan asrama.
         “Ha, tu abang aku dah sampai. Jomlah kita ke sana”, Ajak Aza. Yana hanya menuruti langkah Aza dengan perasaan berdebar dan malu. Yazid membuka pintu kereta lalu keluar dan tersenyum memandang ke dua-dua gadis itu.
         “Along, kenalkan inilah kawan adik yang along asyik tanya tu. Nama dia Nur Suryana”, Terang Aza memperkenalkan Yana pada abangnya. Yana yang di sebelahnya malu-malu sambil tersenyum.
         “Saya Yazid” Ucap abang Aza memperkenalkan diri. Yana hanya mengganguk tersenyum.
         “Dah masuklah ke dalam. Nanti lambat pulak” Arah Yazid.
         Aza cepat-cepat masuk ke tempat duduk belakang memberi peluang untuk Yana duduk di depan. Mahu tak mahu terpaksa Yana duduk di depan dengan perasaan malu yang menebal. Yazid hanya tersenyum melihat tingkah mereka berdua. Dia tahu Aza mahu memberi peluang padanya untuk berbual-bual dengan Yana. Yazid mengerling Yana di sebelahnya yang hanya duduk diam membisu kerana malu.
         “Apa kata kita sarapan dulu sebelum Yana balik, tentu bolehkan?” Ajak Yazid memecah kesunyian.
         Yana melihat jam ditangannya, “Sempat ke?”.
         “Sempatlah Yana, kita sarapan aje kat pudu raya tu. Ala bukannya lama” Pujuk Aza.
         “Bolehlah”, Jawab Yana sepatah malas membantah kata-kata Aza.
         Selepas bersarapan Yana bersama Yazid dan Aza terus ke tempat menunggu bas. Orang ramai di pudu raya berpusu-pusu mencari haluan masing-masing yang pastinya semua mereka sibuk untuk pulang ke kampung.
         Yazid membantu menyimpan beg Yana ditempat letak barang. Aza hanya memerhati dengan asyik gelagat abangnya bersama Yana. Setelah mengucapkan selamat jalan Yana masuk ke perut bas sementara Aza dan Yazid masih memerhati hingga bas bergerak.
         “Macamana Along. Ok ke?” Usik Aza pada abangnya.
         “Ok tu oklah, tapi dia tu pemalu habislah. Susah nak dengar suara. Sepatah orang tanya, sepatah dia jawab. Kalau tak tanya tak bercakap pun”, Protes Yazid.
         “Mula-mula memanglah macam tu Long. Lagipun Yana tu memang pemalu dengan lelaki, tapi kalau dah kenal hati budi dia mesti tersangkut punyalah. Ramai yang terpikat pada dia tu, pensyarah yang bujang pun ada yang suka kat dia, tapi dia tu buat dono je” Ucap Aza pada abangnya.
         Yazid hanya diam mendengar komen adiknya tentang Yana. Memang dia akui Yana seorang yang lemah lembut, cantik dan mempunyai daya tarikan untuk didampingi. Perwatakan dan percakapannya sentiasa merendah diri dan sopan.
         “Along tahu mak memang suka sangat kat Yana tu. Masa dia jumpa dulu tu tak sudah-sudah dipujinya Yana tu. Mak kata kalaulah dia jadi menantu alangkah bagusnya. Boleh mak menumpang kasih bila sakit pening” Sakat Aza. Yazid hanya tersenyum melihat gelagat adiknya yang cuba melaga-lagakannya dengan Yana.
         “Adik kata dia ramai peminat. Entah...entah along ni dia tak pandang pun”.
         “Apalah Along ni, belum cuba belum tahu. Patutnya Along jadikan satu cabaran untuk mendekatinya. Orang macam Yana tulah Along kena rapat sebab dia tu jinak-jinak merpati tau. Kalau Along dapat jadikan dia mak we adik slutelah pada Along”, Tutur Aza mengusik sambil memberi perangsang pada abangnya.
         Di kampung  kepulangan Yana disambut dengan gembira oleh keluarganya. Memang begitulah selalunya jika Yana balik mesti ada saja cerita yang akan disampaikan padanya.
         “Lama cuti Yana?” Tanya ibu Yana sambil tangannya lincah mengupas bawang.
         “Seminggu aje mak. Balik nipun bawa kerja. Mula-mula tu Yana ingatkan tak nak balik sebab kerja banyak tapi tak tahan rindu kat mak, abah dan adik-adik”, Ucap Yana sambil memotong sayur. 
         “Mak tengok kamu makin kurus Yana. Kamu sakit ke?” , Soal Mak Nah merenung sejenak anak sulung kesayangannya itu.
         “Taklah mak, cuma sekarang ni dah tahun akhir, Yana kena kerja lebih kuat lagi untuk berjaya. Mak janganlah bimbang Yana tak apa-apa”, Lembut Yana menerangkan pada ibunya.
         “Belajar-belajar juga nak, kesihatan mesti juga dijaga. Kalau kamu sakit nanti tentu lagi susah”, Sambung Mak Nah lagi memberi nasihat.
         “Yalah mak, Yana tahu”, Tutur Yana sambil bangun menuju ke siniki untuk membasuh sayur.
         Selepas makan tengah hari Yana berbual-bual dengan keluarganya. Dari kisah pelajaran hinggalah ke hal-hal keluarga.
         “Insyaallah jika semuanya lulus, tahun depan Yana dah mula kerja abah, mak. Jadi mak dan ayah janganlah bimbang. Insyallah Yana akan berjimat cermat. Yana akan pastikan kalau benar-benar Pak Usu nak jual tanah ni, biar Yana aje yang beli. Yana akan buat pinjaman. Yana tak mahu tanah yang kita duduk sekarang ni terlepas ke tangan bangsa asing. Rugi rasanya”, Tutur Yana bersemangat bila ayah dan ibunya menyuarakan kebimbangan tentang keluarga mereka yang terpaksa berpindah sekiranya tanah yang mereka duduki sekarang akan dijual.
         “Manalah kita mampu Yana” Ucap ibu sedih.
         “Mak jangan bimbanglah nanti Yana jumpa Pak Usu, bincang dengan dia. Kalau Pak Usu buat tak kisah aje Yana akan jumpa Azad dan Ira bincang pulak dengan dia, tentu dia faham. Lagipun mereka ada hak atas tanah tu sebab mereka anak-anak kandung arwah Mak Usu dan tanah tupun atas nama Mak Usu bukan nama Pak Usu”, Lembut Yana menerangkan pada mak dan abahnya tentang rancangannya itu.
         Kedua-dua orang tua itu hanya mengganguk dengan usul Yana. Mereka sedar pada Yanalah mereka mengantung segala harapan untuk menumpang senang dan mereka berbangga kerana mempunyai anak yang bertanggungjawab dan sering mengambil berat hal keluarga.
        Petang itu selepas berehat Yana ke rumah Pak Usunya. Niat dihati mahu bertemu Ira dan Pak Usu. Ira yang baru balik dari kerja tersengih menyambut kedatangan Yana dan mempersilakannya masuk.
         “Mana Makcik dan ayah kau Ira?”, Tanya Yana bila tidak melihat kelibat ke dua orang tua Ira.
         “Makcik dan ayah aku ke pasar. Lama kau cuti Yana?”
         “Seminggu Ira”, Balas Yana.  Sedang mereka rancak berbual kedengaran motosikal berhenti diluar.
         “Ayah balik agaknya”, Terang Ira. Memang tepat tekaan Ira bila Yana nampak kelibat Pak Usunya dan ibu baru Ira masuk ke rumah menjinjing beg plastik. Yana mendapatkan Pak Usu dan isterinya.
         “Apa khabar Pak Su?, makcik” Tanya Yana ramah.
         “Baik. Bila kau balik?” Soal tanpa memandang muka Yana Pak Usu.
         “Tengah hari tadi Pak Su. Pak Su, makcik,  Yana minta maaf sebab tak dapat balik masa Pak Su buat kenduri dulu. Masa tu Yana dekat Kedah buat pratikal” Terang Yana lembut.
         “Ah.. tak apa. Pak Su pun bukan buat bersar-besar hanya kenduri aje. Ni lama kamu cuti?”
         “Kejap aje Pak Su, seminggu je”.
         “Ha Ira, ada kuih ni makcik beli, masuk pinggan beri pada Yana tu,” Arah makcik Tijah. Ira membuat kerja seperti yang diarahkan.
         “Pak Su, Yana nak tanya sikit boleh ya”, Ucap Yana agak ragu-ragu.
         Pak Usu yang sedang mengunyah kuih serimuka terhenti lantas memandang Yana agak kehairanan.
         “Ada apa Yana?”
         “Betul ke Pak Usu nak jual tanah ni?”. Kelihatan berubah air muka Pak Usu seketika. Selepas meneguk minuman barulah Pak Usu bersuara.
         “Memang macam tulah cadangnya. Pak Usu ingat nak duduk dekat kampung makcik kau tu, senang sikit nak jenguk mak dan ayah mertua Pak Su”.
         “Tapi Pak Su nak jual dengan sapa?”
         “Tengoklah siapa-siapa yang tawarkan harga tinggi, pada orang tulah Pak Su jual. Sekarang ni harga tanah kan dah mahal. Tak kiralah orang kita atau bangsa asing”.
         Yana bersuara dengan nada agak berani setelah mendengar kata-kata Pak Sunya.
         “Sayang Pak Su kalau tanah ni jatuh pada orang lain. Pak Su tengok pokok buah-buahan dan getah dah mula membesar. Lagi dua, tiga tahun dah boleh dapat hasilnya” Terang Yana ikhlas tetapi sebaliknya dia dimarahi Pak Usunya.
         “Aku punya sukalah aku nak buat apa. Ni tanah aku. Yang kau menyibuk sangat tu kenapa. Kau takut kena halau?, kalau aku jual tanah ni. Itu hal keluarga kau. Kau dan adik-adik kau semuanya pandai-pandai, belajar tinggi-tinggi takkan nanti bila dah kerja tak mampu nak sediakan tapak rumah untuk mak bapak”.
         Berdesing telinga Yana mendengar kata-kata Pak Usunya tetapi dia yang memang dilahirkan dengan sikap penyabar dan tenang tetap menjawab dengan sopan walaupun terasa sakit dihati.
         “Itu kurniaan dan rezeki yang telah ditentukan Tuhan pada keluarga Pak Su. Mungkin rezeki saya dan adik-adik berjaya dalam bidang akademik, tetapi Pak Su, tanpa usaha semuanya tu takkan tercapai. Mak, abah saya bekerja siang malam untuk cari duit sekolahkan kami. Wajarlah kalau kami berjaya dan menghargai segala pengorbanan kedua orang tua saya”.
         Pak Usu Yana terdiam sejenak mendengar luahan Yana. Terfikir sendiri dibenaknya akan kebenaran kata-kata Yana. Selama ini dilihatnya ibubapa Yana bertungkus lumus bekerja untuk memberi pendidikan pada anak-anaknya, tidak seperti dirinya yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan pelajaran anak-anaknya. Semua anak-anaknya bersekolah hingga tingkatan 5 dan ada di antaranya hanya setakat darjah 6, selepas itu masing-masing hanya bekerja kilang ataupun mengambil upah bekerja di kedai makan. Sikapnya yang tidak mengambil berat pada pelajaran membuatkan anak-anaknya ada yang malas untuk bersekolah tetapi bila melihat kejayaan anak-anak saudaranya dia berasa cemburu pula.
         Yana meminta diri untuk pulang ke rumah kerana hari sudah senja. Tidak terluah hasrat dihatinya untuk berbincang lebih lanjut dengan  Pak Usunya tentang rancangannya untuk membeli tanah tersebut kerana dia pasti Pak Usunya akan memtertawakannya. Ini kerana dia masih lagi belajar dan tentu belum mampu untuk membeli tanah tersebut jika mahu dijual sekarang.
         Yana menghabiskan cuti di kampung dengan membantu ibubapanya di kebun dan membuat kertas kerja yang masih banyak belum disiapkan. Adakalanya dia turut membantu mengajar adik-adiknya tentang pelajaran yang tidak difahami. Yana kembali ke kampus bila cuti berakhir dengan membawa berbagai persoalan tentang keluarganya dan keluarga Pak Usunya yang semakin renggang kerana tidak ada persefahaman.
         “Hai, termenung?. Apa yang kau fikirkan Yana. Aku tengok sejak balik dari kampung kau banyak bermenung” tegur Aza mematikan menungan Yana.
         “Tak ada apalah, kau ni tak boleh tengok orang senanglah, ada aje nak tahu” Marah Yana pura-pura.
         “Aku bukan apa risau tengok kau tu, asyik le menung sana menung sini macam orang mati suami aje” Giat Aza tak mahu mengalah.
         “Aku sebenarnya risaulah Aza pasal family aku tu, tak tahulah keluarga aku nak tinggal di mana agaknya bila pakcik aku jual tanahnya tu”, Akhirnya Yana meluahkan kegusarannya.
         “Bila dia nak jual tanahnya tu?”
         “Bila-bila saja kalau ada orang yang sanggup beli pada harga yang ditawarkannya tu” Terang Yana.
         “Kau agak berapa harga dia nak jual tanah tu?”
         “Aku dengar-dengar seratus lima puluh ribu untuk 3 ekar”. Kelihatan Aza berfikir sejenak bila mendengar kata-kata Yana, kemudian baru dia bersuara.
         “Apa kata aku suruh ayah aku aje yang beli tanah tu. Dengan cara tu tak payahlah kau bersusah-susah nak fikir kat mana nak pindah” Cadang Aza membuatkan Yana tersentak.
         “Apa! Kau nak suruh ayah kau beli tanah tu?. Nak ke ayah kau buat begitu...” Duga Yana.
         “Nanti aku bagitahulah kat ayah dan mak aku. Gerenti ayah aku setuju punya. Lagipun dia memang nak cari tanah untuk dibeli”.
         “Mahu ke ayah kau beli tanah di kawasan kampung?”.
         “Nantilah aku tanya ayah, tapi bagi aku dekat mana-manapun sama aje. Yang penting kita tahu menghargainya”.
         “Tapi sebenarnya aku sayang kat tanah tu dan kalau boleh aku yang nak beli, tapi kau tahulah mana aku nak cari duit sebanyak tu, lagipun kerja pun belum lagi” Luah Yana sebak.
         “Aku faham perasaan kau Yana. Kalau aku pun tentu sedih sebab disitulah kau dibesarkan, tapi kau jangan terlalu memikirkan pasal tu Yana, aku janji tanah tu tak ke mana, akhirnya akan ke tangan kau jugak”, Ucap Aza bersaja membuatkan Yana berkerut dahi.
         “Maksud kau?” Soal Yana penuh tanda tanya. Aza yang pada mulanya kelihatan serius mula tersenyum-senyum.
         “Kau...kan akan jadi sebahagian keluarga aku, so...bermakna.....” Aza tidak meneruskan kata-katanya kerana segera dipintas oleh Yana.
         “Hei! apa yang kau melalut ni, aku serius kau main-main pulak. Cakap dengan kau ni tak pernahnya serius” Yana bersuara geram dan mula menarik muka.
         “Apa pulak main-main,aku seriuslah ni. Sebenarnya Yana abang aku suka sangat kat kau, begitu juga mak dan ayah aku lebih-lebih aku ni. Kau pun tahukan selama ini kaulah kawan yang paling aku sayang. Jadi bila abang aku suarakan hajat hatinya pada keluarga yang dia suka kat kau apa lagi tentulah aku orang yan paling gembira sebab nak dapat kakak ipar yang baik, lemah lembut, bijak dan cantik. Lepas tu pulak orangnya aku kenal sesangat, so taklah aku rasa ragu-ragu jumpa kakak ipar aku bila ada masalah nanti sebabnya aku dah kenal hati budinya.” Hujah Aza panjang lebar membuatkan Yana tersentak mendengarnya sedangkan Aza merenung tepat ke muka Yana untuk melihat reaksinya.
         “Kau biar betul Aza. Aku tak pernah terfikir lagi pasal tu. Lagipun abang kau baru kenal aku” , Yana bersuara perlahan.
         “Memanglah dia baru kenal kau, tapi sebenarnya dia dah lama tahu tentang kau dan perkembangan kau. Sejak pertama kali tengok gambar kau dengan aku dulu, dia asyik tanya pasal kau, tapi masa tu aku buat tak layan aje sebab aku ingatkan dia main-main aje, rupa-rupanya dia memang bersungguh mahu mengenali kau”, Terang Aza ikhlas. Ucapan dari mulut Aza itu membuatkan Yana tertunduk seketika.
         “Aza, kau tahukan, aku mempunyai tanggungjawab yang besar pada keluarga. Pada akulah mak dan ayah menaruh harapan untuk menumpang bahagia dan gembira. Jadi selagi aku tak menunaikan harapan mereka, aku rasa aku tak akan memikirkan soal lelaki dalam hidup aku”,
         “Tapi sampai bila Yana, aku kagum dengan keprihatinan kau pada keluarga, tapi kau kena fikir juga hari-hari depan kau. Aku tak fikir Along aku akan mengongkong kau bila kau dah jadi miliknya. Kita semuakan diberi didikan dan mempunyai pelajaran, jadi tentulah tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk” Ujur Aza lembut.
         “Entahlah Aza, aku serahkan segalanya pada suratan takdir. Kalau memang jodoh aku ada dengan abang kau, aku redha menerimanya”, Luah Yana.
         “Ha! macam tulah. Dahlah jangan memendam rasa lagi. Dah masuk Asar ni, jom sembahyang lepas tu bolehlah ke perpustakaan”. Aza mengangkat tuala yang tersangkut di katilnya lalu ke bilik air.
         Kini setelah dua tahun Yana menempuh alam pekerjaan dia bersyukur kerana dapat meringankan beban orang tuanya. Dia tidak membenarkan ibunya menoreh lagi. Begitu juga dengan ayahnya, sudah tidak dibenarkan mengambil upah mengerjakan kebun orang. Hanya bekerja dikebun sendiri, itupun cuma sebagai sampingan. Yana mahu mereka berehat dan menumpukan pada amal ibadat. Mereka masih tinggal di tanah kelahirannya setelah ayah Aza membeli tanah tersebut dari Pak Usunya.
         Yana benar-benar bahagia kini dan mengucapkan syukur yang tidak terhingga pada Ilahi kerana mengurniakan keluarga yang harmoni dan sentiasa mengambil berat diantara satu sama lain. Sekarang Yana sedang menunggu hari-hari bahagianya untuk disatukan dengan Yazid yang begitu memahami 
dirinya dan sering mengambil berat hal keluarganya. Ternyata penderitaan yang dilaluinya dahulu telah berlalu pergi dan kini menjadi memori untuk diingati.




Monday, 10 December 2012

Menjahit le pulak...

Assalamualaikum semua.....

Aduhai lama sungguh tak kemas kini blog ni. Agak sibuk sejak kebelakangan ni, tapi aktiviti memasak tetap beroperasi cam biasa, cuma tak sempat nak up load

Oklah ari ni bukan nak cerita pasal masak tapi cerita tentang operasi menjahit baju. Sebenarnya dah lama uda tak buat baju sendiri, selalunya menempah saja sebabnya jahit baju ni kurang gemar le... Tapi oleh kerana telah mendapat sepasang kain dari anak boss uda yang nak berkhawin pada 23 December ni dan kain tu pulak warna tema maka dengan sukacitanya kenalah buat sendiri sebab tak sempat nak antar kat tailor yg selalu uda tempah dekat kg tuh....

Jom tengok hasilnya........




Ni pulak uda buatkan tudung bebudak untuk sekolah. Korang rasa-rasa ada tak tokoh untuk membuka kedai  mengambil tempahan. he....he....he........ Tak kuasa akak........Jahit menjahit ni agak kureng..... tapi kalo jahit manik uda on je........

Tuesday, 23 October 2012

KOLEKSI NOVEL















Kalau boring dan tension pasal keja, nilah penawarnya. Ni antara sebahagian koleksi buku2 kesayangan uda. Banyak tak?...... Banyak boleh dipelajari jika rajin membaca, Buku2 ni juga banyak info di dalamnya yg boleh dijadikan panduan dan pengajaran bukan sekadar cerita2 fantasi aje ye kekawan.......
Sebenarnya banyak lagi tapi biasa le ada yg hilang bila ada yg meminjamnya, ada kat kg.....
Tu le sekarang ni.... tak kuasa nak bagi pinjam kat org, nak baca beli sendiri.....

Saturday, 20 October 2012

Nasi ayam & the geng

Salam semua....

Ni ada lagi uda nak kongsi apa yg uda masak.
Sebenarnya nasi ayam ni uda masak 2 hari berturut2, hari Jumaat ngan Sabtu.
Qameer ngan Myra suka sangat nasi ayam, jadi uda gagahkan lediri ini mencubanya buat sendiri.
Selalunya beli je kat kedai....jadi apa salah ucba buat sendiri pulak kan....

Resepi asal uda amik dari Amie's little kitchen dan Amie pulak amik kat blog Wana,  tapi uda buat dengan cara uda, sebabnya uda tak kukus macam Amie buat tuh...., masak cam biasa je...

Nasi Ayam
bahan:
5 cawan beras (Uda guna cawan periuk nasi elektrik dan beras wangi)
5 cawan air rebusan sup ayam (1 cawan/300ml)
i inci halia ketuk
3 biji bawang putih ketuk
1 helai daun pandan - siat2 dan simpulkan
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
3 sudu makan planta majerin
1 kiub ayam maggi
1 sudu kecil garam (sudu kfc)

Cara:
Basuh beras dalam periuk elektrik, toskan airnya
panaskan majerin dalam kuali
Tumis bawang putih, halia, daun pandan dah 4 sekawan hingga wangi
Masukkan kiub ayam maggi
dah sebati tuang dalam periuk yg ada beras
Tambah dengan 5 cawan air rebusan ayam yg mendidih
Masukkan garam
Masak macam biasa. kacau sekali sekali biar sebati.

Bahan sup

Tulang2 ayam, kaki, leher sedikit isi ayam potong kecil2 bersihkan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
(Tumbuk lumat 3 bahan nih)
Rempah 4 sekawan secukupnya (Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
1 rempah sup bunjut (Uda guna Mak Siti)
Garam
Minyak utk menumis
1 biji kentang (Uda tambah)
daun sup utk tabur

Cara:
Panaskan minyak
Tumis bahan tumbuk dan masukkan 4 sekawan rempah
Tumis hingga wangi kemudian masukkan ayam, air, kentang dan sup bunjut
-Uda letak air agak banyak sebab dari sup ni uda buat masak nasi
Bila air dah ambil buat masak nasi tambah air lagi dan letak garam
masak hingga ayam dan kentang empuk, sesuaikan rasa kemudian tutup api dan maukkan daun sup



Ni ayam masak merah request dari Qameer.  Favorited dia dan anak2 saudara uda yg lain kecuali Myra
Ikut resepi sebelum nih.... tapi uda tambah daun limau perut dan daun sup biar tambah baunya.... (Sebenarnya nak menghabiskan bendalah tu...he...he...he...)


 

Uda tak buat sambal merah tuh sebab dia org tak suka, jadiknya uda tukar dengan sambal kicap
Bahan :
5 biji cili padi (Nak pedas tambah)
1 biji bawang putih goreng dlm minyak panas seketika
Kicap manis
(Kalo nak rasa masam2 boleh tambah perahan air limau nipis/kasturi) - tapi uda tak letak

Cara:
Tumbuk cili dan bwang putih hingga lumat
Tambah kicap

Untuk tahu
3 keping tahu potong 3 melintang
gaul dengan bahan perapan & tabur sikit tpg beras masa nak goreng
Goreng hingga garing

Untuk tempe
4 kpg tempe (Uda guna tempe yg dibungkus dgn daun sebab rasanya lebih sedap)
Potong nipis kemudian perap dengan bahan perapan

& tabur sikit tpg beras masa nak goreng
Goreng hingga garing


Cara nak buat bahan perap untuk ayam, tempe, tahu dan seredak/kremes
Uda dah ada serbukk ketumbar, jintan manis & jintan putih, jadi uda guna yg ni ajelah
kalo tak de boleh buat sendiri

Bahan:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai
(Ni masak kat umah sendiri kalo kat umah mak x letak sbb mak x makan kalo letak serai)
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar (Uda guna yg sederhana)
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam (Uda guna kiub ayam maggi)

Cara:
Kisar atau tumbuk semua bahan
Letak kat mangkuk kemudian campur garam
 Ayam goreng rempah
Bahan:
1 ekor ayam potong 12 bersihkan
Cara:
perap dengan bahan perapan selama beberapa jam dlm peti sejuk
Bila nak goreng tabur dengan sedikit tpg beras
Goreng dlm minyak panas yg banyak
Bahan serdak/kremes
1 biji telur ayam
Sedikit air (Agak2)
2 sudu tpg beras
Sedikit rempah perapan ayam
Sedikit garam

Cara:
kacau sebati semua bahan, jgn pekat sangat, kalo agak pekat blh tambah air
Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
- cara uda bila minyak panas tuang semua menggunakan sebelah tgn dan tangan 1 lagi cepat2 kacau supaya serdak jadi halus.
Goreng hingga kuning dan garing
Angkat menggunakan tos
- cara uda tuang dlm tos yg dilapik periuk untuk sejatkan minyak

Ulam-ulaman
Timun, salad, tomato dan kacang botol

Sedia untuk dihidangkan......

Qameer kata sedap sangat...........Kiranya menjadik le kan......percubaan uda ni. Lain kali boleh buat lagi bila berkumpul ramai2. tak yah beli, puashati boleh mengulang makan dan yg pasti kebersihan terjamin.......
Kalo kat kg malas nak buat sebab abah uda tak makan ayam injet2 nih..
nanti uda nak cuba buat nasi daging pulak dengan resepi nih.....tukar je ayam ngan daging. kalo yg ni abah tentu makan le tapi dengan syarat guan beras biasa sebab abah uda ni tak suka beras wangi, tak kenyang katanya......

Friday, 19 October 2012

Macaroni Goreng

Assalamaualaikum semua.

apa khabar? harap2 semua sihat ye. Dah beberapa hari tak interframe sebab dok melayan gigi ku yg sakit. Sebelum tu pegi tampal gigi geraham atas, selang 3 ke 4 hari sakit le pulak, dah tak tahan tu pegi le balik kat klinik yg uda pegi tuh...bila doktor tengok rupa2nya dah kena kat akarnya, nak cabut sayang le pulak sebab elok lagi jadinya...... woa....... kena le buat rawatan root canal atau dlm bahasa kite matikan akar geraham tuh..... Nak jadikan cerita bila doktor kata geraham mesti ada 3 akar utama tapi bila x-ray tuh hanya nampak 1 je akar geraham tuh... yg 2 lagi entah mana menyoroknya, dah alang2 buat teruskan juga le, ni sekarang kena tunggu lagi 2 minggu untuk proses rawatan seterusnya, tapi gigi tak sakit le lagi tapi ada rasa sengal jugak kadangkala. Sabo aje le kan, nak buat cam ner......

Tu pasal gigi, sekarang nih.... nak interframe uda masak macaroni goreng. Ala masak yg simplle2 je, sonang jo....tapi sedap. Kalo nak cuba apa salahnya kan....kan....kan....Ni uda kongsi resepinya.



 Macaroni Goreng
Bahan :
250gm macaroni rebus hingga kembang/masak
 (uda campur 1/2 sudu planta dalam air rebusan)
1 sudu makan cili giling
(Nak pedas boleh tambah)
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (Sederhana)
1/2 inci halia
1 cawan daging cincang (Basuh, toskan airnya)
- Kalo tak de boleh ganti denga isi ayam
1/2 batang lobak merah potong memanjang
1 ikat sawi cuci bersih dan potong2
1 peket bebola ikan belah 2 basuh dan goreng seketika
1/2 kiub pati ayam (Uda guna kiub ayam maggi)
sedikit garam halus
- Kalo rasa nak letak seafood, cam udang ke sotong ke....boleh je.....

Cara :
Toskan macaroni yg telah direbus
Tumbuk/blender lumat halia, bawang putih dan bawang merah
Panaskan sedikit minyak
Tumis bahan kisar, masukkan cili kacau2 hingga garing
Masukkan daging dan lobak merah
Masukkan sos tiram dan sos tomato serta kiub ayam
Biarkan daging masak seketika lalu masukkan batang sawi
Bila batang sawi agak layu masukkan macaroni, daun sawi dan bebola ikan
kacau sebati dan masukkan sedikit garam
rasa kalo tak masin tambah garam

Padam api........
Sedia untuk dihidang. Kalo rajin boleh tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
kalo rajin lah ya, tapi uda ni malas sebabnya dia org tak suka kalau ada bena2 cam tuh.....


Monday, 15 October 2012

Tart Gulung Nenas


Salam satu Malaysia rakan2 sekelian.

Hari Sabtu lepas 13/10/12 sempat le uda membuat tart gulung nenas.
Kat sini cuaca tak berapa elok jadi malas nak ke mana2.
Tak sempat nak pose Sabtu lepas, jadi uda share le hari ni.
Gula nenas tu dah lama uda buat so hari Sabtu tu uda menguli tepungnya aje le….

Jom intai-intai resepinya

Resepi asalnya uda amik dari Chef Azli Razali dan ditokoh tambah sikit.
Sori ye Chef sebab  menderhaka resepi ni dan minta kebenaran
kongsikan kat sini. Uda lebihkan mentega sebab adunan agak keras kemungkinan timbang uda tak betul kot masa timbang tpg tu.....ataupun sebab uda tak guna tpg cap sauh 


Bahan :
500gm tpg gandum
260gm mentega (Chef Azli guna 240gm)
1 sudu besar minyak sapi (uda tambah)
11/2 sudu makan tpg kastard
1 biji kuning telur rebus
1 sudu makan tpg jagung
1/3 cawan air dari peti ais (uda tambah) uda guna cawan sukatan metrik

Bahan sapuan
1 biji kuning telur campur sedikit putih telur yg diasing
Kacau sebati

Cara:
Lenyek kuning telur sampai hancur
Ramas kuning telur dengan tepung hingga sekata
Kemudian ramas pula mentega dan minyak sapi
hingga menjadi doh yg lembut
Kalau tpg masih  berderai campurkan air sedikit-sedikit
hingga menjadi doh yg lembut
Gunakan acaun tart gulung untuk membentuk doh
Letakkan inti tart yg telah dibulat2kan mengikut saiz tart yg dikehendaki
Gulung kulit tart dan susun dlm dulang
Sapukan dengan bahan sapun dan bakar selama 20-25 minit
dengan kepanasan 170 darjah celcius atau mengikut kepanasan oven masing2.

Cara membuat inti/Cara uda
1 biji nenas masak,  parut atau mesin (uda parut)
Tapis airnya supaya tidak terlalu berair
2 cawan gula pasir
Sedikit garam
Campurkan semua bahan dan dan masak hingga pekat
Sejukkan sebelum guna

Chef Azli ada letak kulit kayu manis kat dalam inti tart tapi uda tak letak sebab tak suka bau dia
Sebenarnya kalo ada resepi kuih yg ada letak rempah2 ni, uda tak masukkan kedalam resepi yg uda buat sebab semua keluarga uda tak suka,,,,,,,,
Selamat mencuba ye kekawan sebab tau.......tart nilembut jek.......

Puding Koktail Strawbery


Resepi puding ke 2 pulak ye kekawan yg uda buat
sama masa dengan buat puding kramel oren tuh…..


Bahan :
1/2 agar2 strip yg besar (yg rega RM3.00)
3 cawan air (900 ml)
2 sudu besar tpg kastard bancuh dengan 1 cawan air (300 ml)
4 sudu besar gula (kalo nak manis tambah)
1 sudu besar pes strawberry (uda guna nona)
1 cawan santan pekat segar (300ml)
- kalo tak de boleh je guna santan kotak
1/2 cawan susu cair (150ml)
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam (secubit)

Cara :
Masak agar2 bersama 3 cawan air dan gula serta garam
Masak hingga larut kemudian masukkan pes strawbery
Kacau sebati kemudian masukkan santan dan susu cair
Masukkan bancuhan tepung kastard
Masukkan pewarna merah kerana kalo tak nampak macam kekuningan sebab tpg kastard
Kacau sebati hingga agak pekat
Padamkan api kemudian tuang kedalam acuan
Sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais

Boleh dimakan dengan koktail buah2an.
Uda buat sendiri je koktail buah2an ni

Cara buat koktail buah2an

3 senduk kecil gula pasir (senduk sayur)
2 cawan air (600ml)
Secubit garam
1 biji epal hijau buang kulit potong dadu
1 biji buah lai buang kulit potong dadu
2 nenas gelang dlm tin potong kecil
5 biji ceri hijau potong 4

Masukkan semua bahan ke dalam periuk masak dengan api kecil hingga mendidih
Sejukkan dan masukkan dalam peti ais
Tuang dekat puding bila nak makan

Selamat berpuding ya kekawan……

PUDING KRAMEL OREN


ASSALAMUALAIKUM.

 TAK TAU LE KENAPA ENTRI POST ARI ISNIN TU DIA KELUAR TARIKH PADA ARI AHAD. KENPA YA?

Alahai puding lagi ke?.
Sebenarnya puding ni uda buat untuk jamuan dekat pejabat kakak uda.
Katanya hendak meraikan majlis perpisahan staff yg nak berhenti kerja.
Sebenarnya asas buat puding ni sama je, cuma kita boleh pelbagaikan citarasanya kan.
Ni uda nak kongsi resepi puding kramel oren. Baunya alahai……sungguh segar sebab ada bau oren, rasanya…….kalo nak tau sedap ke tak boleh le mencubanya.



Bahan :
1 ½ sudu besar serbuk agar2
3 cawan air (1200 ml)
2 sudu besar tpg kastard bancuh dengan 1 cawan air (300 ml)
3 sudu besar gula (kalo nak manis tambah)
1 sudu besar oren sanquick
½ cawan jus oren kisar
-        cara ambil sebiji oren basuh bersih, buang putih kat tgh dan potong kecil2
blender ngan ½ cawan air
(tapis kalo tak nak masuk hampas dia) –Uda masukkan sebab masa makan terasa dia punya serat
1 cawan susu cair (300 ml)/
(bole je guna susu segar)
Sedikit garam (secubit)

Kramel
Cara : panaskan 2 senduk (guna senduk nasi) gula sampai perang
Bila dah kekuningan letak sdikit air lalu tuang ke acauan dikehendaki
Ketepikan

Cara masak puding :
Masak serbuk agar2 bersama 3 cawan air dan gula serta garam
Masak hingga larut kemudian masukkan jus oren dan sanquick
Masukkan susu biar mendidih seketika lalu masukkan bancuhan tepung kastard
Kacau sebati hingga agak pekat
Padamkan api kemudian tuang kedalam acuan yg ada gula perang
Sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais
Bila dah sejuk telangkupkan acaun ke dalam bekas yg dikehendaki

Sedia untuk dihidang dan nyam…nyam…..nyam….apa lagi makanla……..

Sunday, 14 October 2012

Ayam masak merah

Assalamualaikum

Apa kabo semua. Salam pagi isnin. Ada dikalangan kita ni kalo ari isnin memang malas nak keja kan, maklumlah dah cuti 2 hari. Apa2 pun kerja tetap kerja ya kekawan, jangan malas2 sebab kalo tak keja boleh miss soru kita.

Oklah ari ni uda nak kongsi resepi ayam masak merah dengan korang semua. Uda tau ramai yg reti masak merah nikan, tapi lain orang lain caranya kan....

Sebenarnya ari ni kakak uda ada meeting ngan staf2 dia, tu yg suruh masakkan nasi lemak pagi ni, sebenarnya anak dia yg request nak ayam masak merah ni tu yg uda buatkan.
Ayam masak merah uda ni guna gula kelapa atau pn gula kabung ya kekawan, tu yg lain sikit tu. dah tu pulak tambah ngan sikit jintan manis, ni semua resepi asal dari mak uda, tapi mak uda tak guna serai sebab dia tak tahan kalo makan ada serai ni boleh buat dia semput katanya.....
Mari2....... kongsi nengok gambo ya kekawan, nak kongsi makanan ni tak cukup le pulak he....he...he.....




Ala nasi lemak ngam sambal tumis tu tentu korang biasa masak kan...kan....kan.... jadi tak yah le resepinya ya.....

AYAM MASAK MERAH

Bahan:
1 1/2 ekor ayam (lebih kurang 20 ketul)
1 senduk cili giling (senduk gulai yg kecil)
kalo nak pedas tambah cili ya
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai diketuk (uda tambah)
1/2 gula kelapa atau gula kabung
(masak dengan 1 cawan air kemudian tapis)
 - uda tak terus masukkan gula ni sebab selalunya ada sampah kat gula tu
1 kiub stok ayam knoor/maggi
1 asam keping
1 sudu  jintan manis di tumbuk
garam

 Bahan tumis:
1 batanh kulit kayu manis (sederhana)
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji buuah pelaga

Cara:

Bersihkan ayam kemudian perap dengan kunyit dan garam
Goreng sedikit garing
Tumbuk/blender lumat bawang merah, halia dan bawang putih
Panaskan 2 senduk kecil minyak
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan rempah tumis dan serai
Bila agak garing masukkan cili giling dan serbuk jintan manis
Masak lagi hingga cili masak dan garing masukkan air gula merah
Masukkan asam keping, kiub ayam, sos tomato dan sos cili
Kalo kurang kuah boleh tambah 1 cawan air
Masukkan ayam dan garam
Gaul sebati dan rasa kalo tak masin boleh tambah garam

Selamat mencuba ya kekawan......