Salam hujung minggu semua.
Ari ni hari sabtu tentu ramai yang bercuti kan... Uda pun sabtu ni tak kerja, jadi banyak le masa nak lakukan berbagai akviti....kononnya le.....hi...hi...hi.....
Sarapan apa kekawan pagi ni. Ala uda buat sarapan ringkas aje ari ni...Sebenarnya jemput-jemput bilis ni kegemaran keluarga uda. Kalo dah berkumpul ramai-ramai tu dan dah jemu asyik makan beehoon goreng le, kuewteow le atau pun nasi lemak, ha..... ni le yang dimasak untuk sarapan. Masak je sebesen jejemput bilis dengan sekuali sambal tumis, kejap aje langsainya. bebudak pun suka....... Budak-budak kat umah kitaorang ni tak suka kuih lembik-lembik macam talam ke atau kuih yg manis-manis, kalo buat pun org tua2 je yg makan, tu yg agak malas sikit tu nak buat segala bagai kuih nih....
Kalo korang nak tau jejemput yang uda buat ni tersangat le lembut dan ranggup. Nak tau rahsianya..... tapi uda rasa ada juga yg dah tau kot... Serius cakap jejemput ni walaupun dah sejuk tapi tetap lembut jek.....
Jom-jom uda bagitau cara membuatnya.......
Bahan:
500gm/1/2 kilo tepung gandum (Ayak)
1 cawan ikan bilis putih (Basuh bersih)
(Kalo tak ada ikan bilis biasa pn boleh, siat kecil-kecil atau tumbuk kasar)
1 biji bawang besar potong dadu
1 sudu teh garam
Cara:
Masak air panas hingga mendidih
Semua baha kacau sebati dalam mangkuk besar
Bila air masak terus tuang dalam bancuhan tepung
(hati-hati tau sebab panas)
Bancuhan tepung jangan terlalu lembik nanti serap minyak bila digoreng
Aga-agak aje bancuhannya asalkan sebati
Biarkan seketika kerana panas
Panaskan minyak
Kemudian boleh le di cuil menggunakan hujung jari atau menggunakan 2 sudu
dan masak dalam minyak yang betul-betul panas.
Boleh lah dihidangkan bersama sambal tumis
kalo tak ada sos cili pun bole aja.......
Macamana senang tak.......Kalo senang boleh le kekawan mecubanya ya...
sebenarnya kalo nak lagi sedap boleh je tambah daun bawang ke, daun sup ke....macam2 lagilah mengikut kreativiti korang semua
Saturday, 13 October 2012
KARI IKAN
Assalamualaikum semua.
Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.
Ari ni uda nak kongsi ikan merah masak kari tau. Sebenarnya uda masak kari ni ari jumaat tapt bila nak post line internet tak de, mungkin disebabkan hujan lebat semalam agaknya.
So ari ni uda kongsikan resepinya ya. Uda masak ni tak pedas sangat tau sebabnya Myra tak makan pedas tapi dia tersangat le suka kalo lauk bersantan-santan ni. Kalo kekawan nak agak pedas boleh tambah sedikit cili giling tapi ada juga rempah kari yang dah pedas macam babas tu....
Bahan2:
1 ekor ikan merah sederhana potong dan bersihkan
10 biji kacang bendi
1 biji kentang potong 4
1/2 batang lobak merah potong dadu
5 tangkai daun kari
1 peket rempah kari ikan (uda guna rempah kari mak siti)
1 biji bawang besr
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur
santan kelapa segar (uda guna santan RM1.00/plastik)
1 biji buah tomato
garam
Bahan tumis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Cara2:
Tumbuk/kisar lumat bawang putih, halia dan bawang besar
Panaskan sesenduk minyak
tumis bahan kisar hingga naik bau
Masukkan bahan tumis dan 2 tangkai daun kari
(Abah uda ajar jangan masukkan bahan tumis dulu nanti cepat hangus. Abah uda ni sebenarnya tukang masak kenduri kendara orang khawin)
Rempah kari bancuh dengan sedikit air
Bila bahan tumis agak garing dan naik bau masukkan rempah kari kacau hingga agak garing
masukkan kentang dan 2 cawan air
Biar kentang agak empuk masukkan lobak merah, jika kurang air tambah 1 cawan lagi
Bila kuah mendidih boleh masukkan ikan diikuti dengan kacang bendi
Masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tak pecah
kalo kuah agak pekat boleh tambah 1/2 cawan air
Masukkan garam dan asam gelugur dan baki daun kari, biar mendidih
Rasa kalo tak masin tambah garam
Bila ikan dah masak padam api dan masukkan tomato yg dipotong 4
Ha...... dah siap boleh lah dihidangkan.
Ni uda nak kongsi macamana kalo takut kentang lambat empuk. Kita boleh rebus kentang dulu dekat periuk berasingan, pas tu boleh le dicampur dalam kari tu.
Lagi satu kalo guna rempah kari yang pedas boleh la letak sikit gula masa menumis rempah kari tu...
Selamat mencuba ya kawan2 menu yang ringkas ni. Kalo kita dah masak gulai ni kita tak payah le sesusah nak masuk sayur lain sebab dah ada segala sayur dalm tuh.....

Wednesday, 10 October 2012
Puding Laici
Assalamualaikum.
Apa kabar semua. Harap sihat-sihat semuanya.
Petang semalam balik kerja sempat le buat puding laici. Dah malam tu sejukkan dalam peti dan dibawa ke pejabat ari ni. Uda gunakan sikit tepung hoe kwee ntuk pekatkan puding ni. Kalo tak de guna tpg kastard pn bole, tapi sebab uda nakkan nampak warna putih biar nampak macam suci gitu jadi letak le tepung hoe kwee.
Jom kongsi cara membuatnya.
Bahan:
2 sudu besar agar2 serbuk
1 cawan jus laici (uda guna jalen)
3 cawan air
1 sudu besar gula
sedikit garam
200 liter santan (tambah air jadikan 2 cawan)- uda guna santan kotak kara
1 sudu besar tepung hoe kwee
(kalo tak ada boleh je guna tepung kastard tapi warna dia kuning le sikit)
Cara:
Masak serbuk agar2 dengan air dan jus laici hingga larut
masukkan gula dan garam
masukkan santan biar sedikit mendidih
pas tu masukkan tepung hoe kwee/kastard yg dibancuh denga 1/4 cawan air
biar mendidih dan sedikit pekat
padam api dan tuang ke acuan digemari
sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais
Boleh dimakan bersama koktail laici
Tapi disebabkan kat umah tak de laici dalam tin tu
jadi uda ganti dengan koktail nenas kiub. ok jugak rasanya
Monday, 8 October 2012
Akhirnya
Salam semua.
Aduh.... dah lama nak siapkan baju ni tapi mood menjahit manik merundum seketika. Tapi akhirnya dapat jugak uda siapkan. Nak tengok....nak tengok......... jom layan..........gambar ni.......
Baju ni sebenarnya adik uda yg punya. Dah lama dia suruh jahitkan batu-batu kristal yg dibeli kat Korea masa dia sambung belajar. Kat gambar ni tak le berkilau sebab amatur le katakan yg mengambil gambonya tapi kalau tengok kat baju memang berkilau-kilau nak-nak bila malam lip lap lip lap you....berpadan le dengan harga sebutir kristal tu..... Uda tambah dengan glass bead sebab kalau semua letak kristal woooo mahal tu.......
Ada lagi gambo-gambo uda jahit manik untuk dipakai masa hari raya ari tu......tapi baju uda tak de berjahit-jahit manik bagai ni.... sebabnya tak sempat...sob...sob...sob... sedihnya..... Jom...jom tengok ini gambo...
Gambo yg last tu uda jahit renda dengan manik kat tudung. Banyak lagi sebenarnya gambo2 yg uda dah jahit manik kat baju-baju. Ada baju yg orang tempah, ada tu baju2 kaum keluarga uda. nanti uda sharekan gambonya ya......

Sunday, 7 October 2012
Puding nenas
Ni ada lagi satu resepi yang uda buat pada petang minggu. Memang sedap makan bila cuaca panas macam ari ni. Sebenarnya uda ada buat inti nenas untuk tart, air tapisan nenas tu sayang nak buang jadi uda manafaatkan le menjadi puding.
bahan:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air (campuran air nenas)
11/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (uda guna full cream ducth lady)
sedikit garam
1 sudu tepung kastad campur 1/2 cawan air
cara:
masak serbuk agar2 bersama air dan gula hingga mendidih
masukkan susu pekat, susu cair dan santan
masak hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung kastad
kacau sebati hingga agak pekat
padamkan api kemudian masukkan dalam acuan
sejukkan kemudian boleh dimasukkan dalam peti ais
kuah:
1 tin nanas kiub
1 tin air
3-4 sudu besar gula
sedikit warna merah
cara:
masak semua hingga mendidih
kemudian sejukkan dalam peti ais
campurkan kuah bersama puding ketika dihidangkan
sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais
selamat mencuba.......

Tomyam siakap
Assalamualaikum...
Salam hujung minggu semua.
Malas la nak berceloteh hari ni. Jom intai apa yang ada kat dapur uda.
Ari ni uda nak kongsi resepi tomyam siakap dengan korang semua. Selalunya kalau kita masak tomyam, kiat masak campuran seafoood, ayam dan sayur-sayuran, tapi hari ni kita ubah selera dengan menggunakan ikan. Sedap tau bila dah siap dimasak. Jom tengok gambarnya

Jom intai resepinya
Bahan :
1 ekor ikan siakap cuci bersih
1/2 bawang holland
2 sudu besar pes tomyam (uda guna thai tom yam)
1 batang serai
1 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 bawang merah besar
3 mug air
Cara :
Ikan disapu kunyit dan garam kemudian goreng , toskan
bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit lengkuas ditumbuk lumat
panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk
tumis hingga naik bau kemudian masukkan pes tomyam
Masukkan serai yang diketuk, lengkuas diketuk dan hirisan bawang holland
jika nak pedas tambah hirisan cili padi (Uda tak letak sebab ada yg tak makan pedas)
kalau nak lagi masam masukkan perahan jus limau nipis
masukkan air, biar hingga mendidih
bila kuah telah mendidih masukkan ikan dan daun limau purut
balik-balikkan ikan supaya kuah meresap kedalam ikan
rasa kalau kurang masin boleh tambah garam
padam api bila kuah agak pekat
boleh ditambah dengan hirisan tomato bila dihidangkan
Senangkan masak tomyam siakap ni, kalau nak tau sedap ke tidak bolehlah mencubanya.
Wednesday, 3 October 2012
kek oren
Lagi satu yang dimasak ari ni adalah kek oren. Senang je nak buat tak payah guna mixer, guna blender je. Uda amik resepi kat my kitchen resepi. kek ni manis sikit la, tu pun uda dah kurangkan sukatan gulanya. Lain kai kalo buat lagi gula tu nak kena kurangkan lagi le gamaknya, tak suka le manis-manis sangat ni... nanti tak pasal-pasal datang penyakit. Tapi korang kek ni sedap tau, gebu je....bila dah masak, pas tu bau dia harum je sebab bau oren sunkist tu....
Ni uda kongsikan gambonya, nak kongsi kuih takut tak cukup le pulak......hi...hi..hi....
Ni uda kongsikan gambonya, nak kongsi kuih takut tak cukup le pulak......hi...hi..hi....
Subscribe to:
Posts (Atom)