Saturday 13 October 2012

KARI IKAN

Assalamualaikum semua.

Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.

Ari ni uda nak kongsi ikan merah masak kari tau. Sebenarnya uda masak kari ni ari jumaat tapt bila nak post line internet tak de, mungkin disebabkan hujan lebat semalam agaknya.
So ari ni uda kongsikan resepinya ya. Uda masak ni tak pedas sangat tau sebabnya Myra tak makan pedas tapi dia tersangat le suka kalo lauk bersantan-santan ni. Kalo kekawan nak agak pedas boleh tambah sedikit cili giling tapi ada juga rempah kari yang dah pedas macam babas tu....

Bahan2:

1 ekor ikan merah sederhana potong dan bersihkan
10 biji kacang bendi
1 biji kentang potong 4
1/2 batang lobak merah potong dadu
5 tangkai daun kari
1 peket rempah kari ikan (uda guna rempah kari mak siti)
1 biji bawang besr
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur
santan kelapa segar  (uda guna santan RM1.00/plastik)
1 biji buah tomato
garam

Bahan tumis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara2:
Tumbuk/kisar  lumat bawang putih, halia dan bawang besar
Panaskan sesenduk minyak
tumis bahan kisar hingga naik bau
Masukkan bahan tumis dan 2 tangkai daun kari
(Abah uda ajar jangan masukkan bahan tumis dulu nanti cepat hangus. Abah uda ni sebenarnya tukang masak kenduri kendara orang khawin)
Rempah kari bancuh dengan sedikit air
Bila bahan tumis agak garing dan naik bau masukkan rempah kari kacau hingga agak garing
masukkan kentang dan 2 cawan air
Biar kentang agak empuk masukkan lobak merah, jika kurang air tambah 1 cawan lagi
Bila kuah mendidih boleh masukkan ikan diikuti dengan kacang bendi
Masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tak pecah
kalo kuah agak pekat boleh tambah 1/2 cawan air
Masukkan garam dan asam gelugur dan baki daun kari, biar mendidih
Rasa kalo tak masin tambah garam
Bila ikan dah masak padam api dan masukkan tomato yg dipotong 4

Ha...... dah siap boleh lah dihidangkan.
Ni uda nak kongsi macamana kalo takut kentang lambat empuk. Kita boleh rebus kentang dulu dekat periuk berasingan, pas tu boleh le dicampur dalam kari tu.
Lagi satu kalo guna rempah kari yang pedas boleh la letak sikit gula masa menumis rempah kari tu...

Selamat mencuba ya kawan2 menu yang ringkas ni. Kalo kita dah masak gulai ni kita tak payah le sesusah nak masuk sayur lain sebab dah ada segala sayur dalm tuh.....

No comments:

Post a Comment