Tuesday, 24 February 2015

LAYAN GAMBAR AJE.....

Salam.

Malas nakletak resepi kali nih....

Layan je lah beberapa gambo yang sempat diambil untuk tempahan minggu sudah.....
k
KEK COKLAT YOURGHT UNTUK WAN NOR BAWA BALIK  TERENGGANU


 KEK MINYAK  JUGA UNTUK WAN NOR
 NI PULAK KEK COKLAT BUTTERMILK MOIST UNTUK INA YANG JUAL NASI LEMAK. INA NIH SELALU MENEMPAH KEK COKLAT DENGAN UDA. BOLEH KATA REGULAR CUSTOMER NI..... 

 CARA BERLAUK UNTUK JAMUAN PERPISAHAN KAT LIBRARY UPM


BLUEBERRY CHEESE TART  JUGA UNTUK JAMUAN KAT LIBRARY UPM

Wednesday, 11 February 2015

MOIST BANANA BROWNIES

Salam semua.......................

Tahun baru nih tengah syok membuat brownie. Macam2 broenie yang uda dah buat. Ada brownie tanpa telur, chewy gooey  brownie, brownie mudah dan moist banana brownie yang akan dikongsi resepi kat bawah nih...

Resepi asal  moist banana brownie ni dari Kak Fida My Resepi tapi uda copies dari blog masam manis. Minta izin yer simpan kat blog uda. Apa2 pun terima kasihdengan resepi yang sedap nih.....

Dua kali dah uda buat brownie ni tau.... Sedap sangat.......... Kali pertama uda guna 50gm gula perang , manis le sangat tapi kali ke dua uda kurangkan lagi pada 25gm aje gula tuh sebab pisang dah masak ranum dan manis. Ngam2 jer manisnya....Lagipun uda guna coklat masakan tuh coklat susu yang sememangnya dah manis.

Jom layan resepi.................




MOIST BANANA BROWNIES
Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan :  Azlita Masam Manis
Dicuba oleh : Udaudit Homemade Bakery

BAHAN A
100 g coklat masakan  - uda guna milk coklat selbrone
75 g mentega

BAHAN B
200 g pisang lecek
60 g gula perang ~ kurangkan ( bergantung kemanisan pisang)
-  Uda guna 50gm/25gm gula perang (Kali ke2 buat)
1/4 sk garam
1 sk esen vanilla

BAHAN C
75 g tepung gandum
2 sb serbuk koko
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder

BAHAN TABURAN
choc. chips (Uda guna ½ cawan)
kacang walnut - cincang kasar  (Uda tak letak nih)



CARA-CARA

Masak bahan A hingga cair cara double-boiling hingga cair dan sejukkan
Campurkan dengan bahan B dan gaul rata.

Ayak bahan C dan masukkan ke dalam campuran A dan B dan gaul rata lagi.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yg beralas dan gris dan tabur bahan taburan jika suka.
Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20-25 min.
Sejukkan brownies,potong dan hidangkan.

JELI KELAPA MUDA

Salam semua.

Bersiran kembali ari nih.

Cuaca sekarang nih panas sungguh kat tempat uda. Cuaca cam gini sedap sungguh makan benda2 yang sejukkan. Ari ni uda buat jeli kelapa untuk sejukkan anak tekak. Sebenarnya dulu2 dah pernak buat jeli nie....masih tak aktif berblog lagi, jadinya tak de le nak tayang2 dan share resepi.

Oleh kerana dah ada blog nih.... simpan le resepi kat sini untuk rujukkan keluarag dan juga sesiapa yang nak cuba. Uda tengok jeli kelapa nih popular sekarang ni kan orang jual sebagai menambah pendapatan. Banyak resepi2 kat semua bloger tapi uda punya resepi ada sikit kelainan sebabnya ada campur sikit gula batu dan garam. Mak uda ajar kalo nak tahan jeli tuhdan nampak berkilat  letak sikit gula batu. Garam tuh pulak untuk tambah rasa lemak2 sikit kat jeli tuh..

Kalo sesapa nak cuba, jom nengok resepi nih......




JELI KELAPA MUDA
By : UDAUDIT HOMEMADE BAKERY

Bahan :
1 paket agar2 serbuk (10gm)
*  Kalo tak ada guan je agar2 tali 10gm rendam sekejap
I biji kelapa muda ambil air dan isinya
14 sudu besar gula  pasir (nak manis tambah, kalo nak kurang manis kurangkan)
1 sudu besar gula batu
3-4  helai daun pandan
Air secukupnya
Secubit garam

Cara:
Air kelapa+ dengan air biasa jadikan 2500ml (Kalo nak lagi lembik boleh tambah  100-200ml air)
Isi kelapa muda hiris kecil-kecil
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula, gula batu, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit
Masukkan kedalam bekas pilihan
Sejukkan sebentar dan bila dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Sedap dimakan sejuk-sejuk
Selamat mencuba………………………….







Tuesday, 10 February 2015

KEK COKLAT BERYOURGHT

Salam semua.

Woa....... lama sungguh tak menghapdet blog nih.....sampai dah tahun 2015 kan....
Untuk tahun 2015 nih uda post resepi yang ni dulu untuk penggemar kek coklat. Memang sedap kek nih, moist betul. Uda amik resepi dari blog Puan Dokor yang memang rajin memasak. Sapa lagi kalau bukan Inahar's punya blog tuh.. Minta izin simpan resepi kat sini ya.......................


KEK COKLAT BERYOGURT
sumber - inahar's cooking time
dicuba oleh : udaudit homemade bakery

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)- Uda guan loyang bulat 8 inci
. 2 cawan tepung gandum*
2 cawan gula perang  (Uda leak 1 cawan gula perang + ½ cawan gula castor)
1 cawan cocoa powder
1 cawan susu pekat manis
2 tsp baking powder*
1 tsp baking soda*
3 biji telur 1 cawan yogurt
1 cawan corn oil  
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam
1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1sudu teh nescafe ngan 1 caw air panas)
·         Uda letak 1 cawan air panas + 1 sudu teh seruk nescafe


Cara Membuatnya:
Ayak bahan *
sekaligus Pukul sekejap semua bahan.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .
Hias ikut cara memasing yer..... Uda belah dua letak ganache kat tengah pas ttu tuang atas kek bakinya dan tabur cokla urai

Bahan Topping/Ganache:-
 300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
1 sudu teh esen vanila
150ml susu segar (Uda guna susu coklat gooday)
sedikit butter     
Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.



Tuesday, 28 January 2014

KERABU MANGGA RINGKAS

Assalamualaikum kekawan.....

Sekejap je kan dah nak penghujung bulan Januari 2014. Rasa baru lagi sambut tahun baru, tup2 dah nak abis bulan Januari. Aduhai cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.

Malas nak tulis pepanjang terus ke resepi senang dan mudah dibawah ini. Sebelum ni uda ada buat satu lagi jenis kerabu mangga nanti le uda kongsi resepi yang lagi satu yer......




KERABU MANGGA RINGKAS

Bahan

1 biji mangga muda (uda guna asam epal)
3 biji cili padi kampung(pedas ikut citarasa ye)
1 1/2 sdt gula pasir
1/2  sdt garam halus
1 biji bawang merah
1 sdt jus lemon

Cara
Bersihkan mangga dan hriris nipis2 memanjang.
Hiris halus cili padi dan bawang merah, campurkan dalam hirisan mangga
Gaul sebati dengan bahan yang lain
Sedia untuk dihidangkan.....Sedap makan ngan nasi panas berserta ikan goreng.....

Thursday, 9 January 2014

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT

Assalamualaikum semua....
Salam siaran di alam maya yer kekawan. Masak apa ari nih untuk dijamu pada keluarga tersayang.
Tentunya masak yang enak dan berkhasiat kan.....Uda masak biasa2 jer untuk makan kat umah nie ari nih iaitu sambal udang, ikan tenggiri masak kicap dan sayur campur. Oleh kerana masak tuh biasa2 jer jadi tak de rsepi untuk menu tuh tau kekaawan. Ari nih uda nak kongsi resepi yang sedap nih dengan korang semua. Idea nie timbul sebab nak menghabiskan roti gardenia butterscotch yang nak lupus tarikh. Kalo tak de roti tuh roti putih biasa pun boleh jer. Disebabkan cuaca agak panas dua tiga ari nih maka tercipta le resepi puding nih..
Kalo nak cuba, try, test boleh ler salin resepi seperti kat bawah.



PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT
Bahan
10g agar2 tali
125gm gula pasir
4 keping roti butterscotch
900ml air
200ml susu ducth lady perisa coklat
100ml susu cair
100gm coklat masakan
½ cawan air (untuk campur dengan coklat)
Secubit garam
1 sudu besar tepung kastard cairkan bersama 100ml air

Cara
Rendam sekejap agar2 tali supaya kembang kemudian cuci dan toskan
Carik kecil2 roti, rendam bersama susu kemudian blender hingga lumat
Cairkan coklat masakan secara double boiler, bila dah cair tambah dengan ½ cawan air, kacau sebati kemudian ketepikan seketika
Masak agar2 bersama 700 ml air hingga hancur
Masukkan gula dan garam biarkan  larut. Kacau sekali sekala supaya agar2 tak berketul-ketul
Masukkan coklat yg telah dicairkan, kemudian masukkan bahan2 yg telah diblender
Bersihkan blender dengan lebihan air 200ml tadi kemudian masukkan dalam periuk agar2.
Kacau sebati dan tambah bancuhan tepung kastard. Bila dan sebati angkat dan tuang dalam acuan pilihan. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Potong dan hidangkan.
 Sedap makan ketika cuaca panas2 macam sekarang nih.

Sunday, 5 January 2014

LEMPENG KELAPA DI TAHUN BARU

Assalamualaikum wbr.....

Apa kabar semua?. Hai la kejap je kan dah berganti tahun baru 2014. Rasa macam baru  je tahun 2013 menjelang, pejam celik dah berganti tahun 2014. Apa azam kekawan di tahun baru?. Moga azam korang dah tertunai la ye untuk tahun lepas.
Azam uda??????? ntah le tak terfikir pun sebabnya takut tak tertunai....Apa yang pasti hari2 uda berdoa moga hari-hari yang dilalui sentiasa dalam rahmat dan hidayah NYA

Ok la ari ni nak kongsi dengan kekawan makan lempeng kelapa, tapi korang nengok gambo je la ye...lempeng tu dah abis pun dimakan....Dulu masa kecik2 mak selalu masakkkan lempeng kelapa nih kalo dah jemu makan lempeng biasa yg kosong tuh. Biasanya lempeng nih dimakan dengan gula kelapa ataupun sambal tumis, kadangkala dengan gula pasir tu jer....Makan panas2 memang  terbaikkkk.... Cara nak buat pun senang. Kalo ada sapa2 nak cuba buat tapi tak tau..... boleh cuba resepi mudah kat bawah nih........






LEMPENG KELAPA

Bahan

3/4 cawan kelapa parut
2 cawan tpg gandum - ayak
1/4 sdt garam
1 - 2 cawan air (bergantung nak pekat atau cair)

Cara

1. Gaul sebati kelapa parut, tpg dan garam.Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg dikehendaki. 
2. Panaskan kuali letak sikit minyak atau oleskan sikit dengan majerin (Uda guna kuali non stick) 
3. Sendukkan sedikit  adunan ke dalam kuali dan ratakan. Balik2kan lempeng hingga garing, kemudian angkat.

Sedap makan panas2 dengan sambal tumis. Uda dapat 3 lempeng kelapa untuk adunan nih dengan menggunakan kuali non stick size 22cm.