Thursday 9 January 2014

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT

Assalamualaikum semua....
Salam siaran di alam maya yer kekawan. Masak apa ari nih untuk dijamu pada keluarga tersayang.
Tentunya masak yang enak dan berkhasiat kan.....Uda masak biasa2 jer untuk makan kat umah nie ari nih iaitu sambal udang, ikan tenggiri masak kicap dan sayur campur. Oleh kerana masak tuh biasa2 jer jadi tak de rsepi untuk menu tuh tau kekaawan. Ari nih uda nak kongsi resepi yang sedap nih dengan korang semua. Idea nie timbul sebab nak menghabiskan roti gardenia butterscotch yang nak lupus tarikh. Kalo tak de roti tuh roti putih biasa pun boleh jer. Disebabkan cuaca agak panas dua tiga ari nih maka tercipta le resepi puding nih..
Kalo nak cuba, try, test boleh ler salin resepi seperti kat bawah.



PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT
Bahan
10g agar2 tali
125gm gula pasir
4 keping roti butterscotch
900ml air
200ml susu ducth lady perisa coklat
100ml susu cair
100gm coklat masakan
½ cawan air (untuk campur dengan coklat)
Secubit garam
1 sudu besar tepung kastard cairkan bersama 100ml air

Cara
Rendam sekejap agar2 tali supaya kembang kemudian cuci dan toskan
Carik kecil2 roti, rendam bersama susu kemudian blender hingga lumat
Cairkan coklat masakan secara double boiler, bila dah cair tambah dengan ½ cawan air, kacau sebati kemudian ketepikan seketika
Masak agar2 bersama 700 ml air hingga hancur
Masukkan gula dan garam biarkan  larut. Kacau sekali sekala supaya agar2 tak berketul-ketul
Masukkan coklat yg telah dicairkan, kemudian masukkan bahan2 yg telah diblender
Bersihkan blender dengan lebihan air 200ml tadi kemudian masukkan dalam periuk agar2.
Kacau sebati dan tambah bancuhan tepung kastard. Bila dan sebati angkat dan tuang dalam acuan pilihan. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Potong dan hidangkan.
 Sedap makan ketika cuaca panas2 macam sekarang nih.

No comments:

Post a Comment