Wednesday, 11 February 2015

JELI KELAPA MUDA

Salam semua.

Bersiran kembali ari nih.

Cuaca sekarang nih panas sungguh kat tempat uda. Cuaca cam gini sedap sungguh makan benda2 yang sejukkan. Ari ni uda buat jeli kelapa untuk sejukkan anak tekak. Sebenarnya dulu2 dah pernak buat jeli nie....masih tak aktif berblog lagi, jadinya tak de le nak tayang2 dan share resepi.

Oleh kerana dah ada blog nih.... simpan le resepi kat sini untuk rujukkan keluarag dan juga sesiapa yang nak cuba. Uda tengok jeli kelapa nih popular sekarang ni kan orang jual sebagai menambah pendapatan. Banyak resepi2 kat semua bloger tapi uda punya resepi ada sikit kelainan sebabnya ada campur sikit gula batu dan garam. Mak uda ajar kalo nak tahan jeli tuhdan nampak berkilat  letak sikit gula batu. Garam tuh pulak untuk tambah rasa lemak2 sikit kat jeli tuh..

Kalo sesapa nak cuba, jom nengok resepi nih......




JELI KELAPA MUDA
By : UDAUDIT HOMEMADE BAKERY

Bahan :
1 paket agar2 serbuk (10gm)
*  Kalo tak ada guan je agar2 tali 10gm rendam sekejap
I biji kelapa muda ambil air dan isinya
14 sudu besar gula  pasir (nak manis tambah, kalo nak kurang manis kurangkan)
1 sudu besar gula batu
3-4  helai daun pandan
Air secukupnya
Secubit garam

Cara:
Air kelapa+ dengan air biasa jadikan 2500ml (Kalo nak lagi lembik boleh tambah  100-200ml air)
Isi kelapa muda hiris kecil-kecil
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula, gula batu, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api dan biarkan sejuk sedikit
Masukkan kedalam bekas pilihan
Sejukkan sebentar dan bila dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Sedap dimakan sejuk-sejuk
Selamat mencuba………………………….







Tuesday, 10 February 2015

KEK COKLAT BERYOURGHT

Salam semua.

Woa....... lama sungguh tak menghapdet blog nih.....sampai dah tahun 2015 kan....
Untuk tahun 2015 nih uda post resepi yang ni dulu untuk penggemar kek coklat. Memang sedap kek nih, moist betul. Uda amik resepi dari blog Puan Dokor yang memang rajin memasak. Sapa lagi kalau bukan Inahar's punya blog tuh.. Minta izin simpan resepi kat sini ya.......................


KEK COKLAT BERYOGURT
sumber - inahar's cooking time
dicuba oleh : udaudit homemade bakery

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)- Uda guan loyang bulat 8 inci
. 2 cawan tepung gandum*
2 cawan gula perang  (Uda leak 1 cawan gula perang + ½ cawan gula castor)
1 cawan cocoa powder
1 cawan susu pekat manis
2 tsp baking powder*
1 tsp baking soda*
3 biji telur 1 cawan yogurt
1 cawan corn oil  
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam
1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1sudu teh nescafe ngan 1 caw air panas)
·         Uda letak 1 cawan air panas + 1 sudu teh seruk nescafe


Cara Membuatnya:
Ayak bahan *
sekaligus Pukul sekejap semua bahan.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .
Hias ikut cara memasing yer..... Uda belah dua letak ganache kat tengah pas ttu tuang atas kek bakinya dan tabur cokla urai

Bahan Topping/Ganache:-
 300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
1 sudu teh esen vanila
150ml susu segar (Uda guna susu coklat gooday)
sedikit butter     
Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.



Tuesday, 28 January 2014

KERABU MANGGA RINGKAS

Assalamualaikum kekawan.....

Sekejap je kan dah nak penghujung bulan Januari 2014. Rasa baru lagi sambut tahun baru, tup2 dah nak abis bulan Januari. Aduhai cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.

Malas nak tulis pepanjang terus ke resepi senang dan mudah dibawah ini. Sebelum ni uda ada buat satu lagi jenis kerabu mangga nanti le uda kongsi resepi yang lagi satu yer......




KERABU MANGGA RINGKAS

Bahan

1 biji mangga muda (uda guna asam epal)
3 biji cili padi kampung(pedas ikut citarasa ye)
1 1/2 sdt gula pasir
1/2  sdt garam halus
1 biji bawang merah
1 sdt jus lemon

Cara
Bersihkan mangga dan hriris nipis2 memanjang.
Hiris halus cili padi dan bawang merah, campurkan dalam hirisan mangga
Gaul sebati dengan bahan yang lain
Sedia untuk dihidangkan.....Sedap makan ngan nasi panas berserta ikan goreng.....

Thursday, 9 January 2014

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT

Assalamualaikum semua....
Salam siaran di alam maya yer kekawan. Masak apa ari nih untuk dijamu pada keluarga tersayang.
Tentunya masak yang enak dan berkhasiat kan.....Uda masak biasa2 jer untuk makan kat umah nie ari nih iaitu sambal udang, ikan tenggiri masak kicap dan sayur campur. Oleh kerana masak tuh biasa2 jer jadi tak de rsepi untuk menu tuh tau kekaawan. Ari nih uda nak kongsi resepi yang sedap nih dengan korang semua. Idea nie timbul sebab nak menghabiskan roti gardenia butterscotch yang nak lupus tarikh. Kalo tak de roti tuh roti putih biasa pun boleh jer. Disebabkan cuaca agak panas dua tiga ari nih maka tercipta le resepi puding nih..
Kalo nak cuba, try, test boleh ler salin resepi seperti kat bawah.



PUDING ROTI BUTTERSCOTCH COKLAT
Bahan
10g agar2 tali
125gm gula pasir
4 keping roti butterscotch
900ml air
200ml susu ducth lady perisa coklat
100ml susu cair
100gm coklat masakan
½ cawan air (untuk campur dengan coklat)
Secubit garam
1 sudu besar tepung kastard cairkan bersama 100ml air

Cara
Rendam sekejap agar2 tali supaya kembang kemudian cuci dan toskan
Carik kecil2 roti, rendam bersama susu kemudian blender hingga lumat
Cairkan coklat masakan secara double boiler, bila dah cair tambah dengan ½ cawan air, kacau sebati kemudian ketepikan seketika
Masak agar2 bersama 700 ml air hingga hancur
Masukkan gula dan garam biarkan  larut. Kacau sekali sekala supaya agar2 tak berketul-ketul
Masukkan coklat yg telah dicairkan, kemudian masukkan bahan2 yg telah diblender
Bersihkan blender dengan lebihan air 200ml tadi kemudian masukkan dalam periuk agar2.
Kacau sebati dan tambah bancuhan tepung kastard. Bila dan sebati angkat dan tuang dalam acuan pilihan. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Potong dan hidangkan.
 Sedap makan ketika cuaca panas2 macam sekarang nih.

Sunday, 5 January 2014

LEMPENG KELAPA DI TAHUN BARU

Assalamualaikum wbr.....

Apa kabar semua?. Hai la kejap je kan dah berganti tahun baru 2014. Rasa macam baru  je tahun 2013 menjelang, pejam celik dah berganti tahun 2014. Apa azam kekawan di tahun baru?. Moga azam korang dah tertunai la ye untuk tahun lepas.
Azam uda??????? ntah le tak terfikir pun sebabnya takut tak tertunai....Apa yang pasti hari2 uda berdoa moga hari-hari yang dilalui sentiasa dalam rahmat dan hidayah NYA

Ok la ari ni nak kongsi dengan kekawan makan lempeng kelapa, tapi korang nengok gambo je la ye...lempeng tu dah abis pun dimakan....Dulu masa kecik2 mak selalu masakkkan lempeng kelapa nih kalo dah jemu makan lempeng biasa yg kosong tuh. Biasanya lempeng nih dimakan dengan gula kelapa ataupun sambal tumis, kadangkala dengan gula pasir tu jer....Makan panas2 memang  terbaikkkk.... Cara nak buat pun senang. Kalo ada sapa2 nak cuba buat tapi tak tau..... boleh cuba resepi mudah kat bawah nih........






LEMPENG KELAPA

Bahan

3/4 cawan kelapa parut
2 cawan tpg gandum - ayak
1/4 sdt garam
1 - 2 cawan air (bergantung nak pekat atau cair)

Cara

1. Gaul sebati kelapa parut, tpg dan garam.Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yg dikehendaki. 
2. Panaskan kuali letak sikit minyak atau oleskan sikit dengan majerin (Uda guna kuali non stick) 
3. Sendukkan sedikit  adunan ke dalam kuali dan ratakan. Balik2kan lempeng hingga garing, kemudian angkat.

Sedap makan panas2 dengan sambal tumis. Uda dapat 3 lempeng kelapa untuk adunan nih dengan menggunakan kuali non stick size 22cm.


Wednesday, 27 November 2013

CHEESE TART



Assalamualaikum wbr.

Ha.... ari kita mengetat le pulak yer.......Uda buat tart ni guna resepi dari Azita Aziz yg memang terkenal dengan kecantikannya mengukir bunga kat atas cheese tart tuh....Tapi uda ni buat lintang pukang bunganya sebab baru fist time buat. selalunya wat kosong jer tak hias2 kat atas tuh....Apa2 pun memang sedap tart nih sekejap jer abis......Mintak izin yer Azita letak resepi kat blog uda nih untuk rujukan dan pada sesiapa yg teringin nak buat....

Jom layan............


 Alahai buruk ko uda punya bunga first time buat nie.....



Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (uda tambah)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak lebih kurang 20 - 25 minit.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.(uda bakar 10 minit)

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll. (Uda guna strawbery)


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Azita Aziz...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Selamat mencuba........




Monday, 25 November 2013

KEK ASAM EPAL SOS KRAMEL

Assalamualaikum semua.

Dekat depan umah uda ada pokok asam epal yg jiran uda tanam. Banyak buahnya dan bila jiran tu petik dia bagi sikit kat umah uda. Punya le kreatif idea ku ini maka terhasil la kek yang sedap ini. Ha..ha...ha..ha.... pada uda le sedap, tapi kawan uda yg dah rasa pun kata sedap. Uda bagi kat jiran yg bagi buah asam epal ni pun dia kata sedap. katanya yg buatkan kek nie sedap adalah sos kramel yg dituang kat atas kek tuh...
Kalo tak caya cuba le buat...Kek ni lembut dan gebu tau sedap je masuk ke tekak ditambah pulak dengan limpahan sos kramel asam epal lagi la marvelous......dah banyak kali uda buat kek ni kramel nya pun ada uda ubah sikit. Kat bawah nih uda sertakan resepi kek dan dua kramel yg uda buat. Dua-dua kramel nih sedap cuma pertama kali buat cair sikit sebab guna 2 sudu besar planta. Kali ke dua dan seterusnya uda kurangkan planta pada 1sudu besar je, jadi kramelnya pekat sikit. Suka ati korang ye nak guna yg mana satu kalo nak mencuba buat kek nih....


kali pertama buat sos kramel nya cair
Siap2 potong untuk dihidang.....


Ni pulak sos kramelnya pekat...Nyum...nyum......yummy......

KEK ASAM EPAL

Bahan :

2 cawan tepung gandum*
1 sdt baking powder*
1 ssdt soda bikarbonat*
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula kastor
1 sdt ovellate
1 cawan asam epal yg masak didadu kecil2
(Kalo yg muda boleh gak guna cuma masak seketika atas api kecil dengan 2 sdb gula hingga layu)
1 sdb jus asam epal (ambil dari asam yg diblend utk buat sos)
3/4 cawan minyak masak/minyak jagung
1/4 sdt garam halus
1 sdt esen vanila

Cara:
ayak bahan bertanda *
pukul telur dan gula hingga kembang
masukkan ovellete dan pukul lagi
masukkan asam epal, jus asam dan minyak, garam,esen vanila - gaul sebati
masukkan tepung sikit2 dan putar perlahan hingga sebati
masukkan dalam loyang yg telah disapu butter atau minyak dan alas dengan baking paper pada dasar loyang
bakar selama 45minit - 1jam atau hingga kek masak pada suhu 160 darjah celcius (ikut oven memasing)
terbalikkkan atas redai bila keluar dari oven dan biarkan sejuk sebelum dituang kramelnya

Sos Kramel asam epal - 1

Bahan
1/2 cawan gula perang
1 biji asam epal cincang dadu
1 biji asam epal setengah masak diblend dengan 1/2 cawan air
1 sdb susu tpg (uda guna susu tepung coklat ducthlady, guna yg biasa pn boleh)
- kalo tak nak letak pn tak pe tapi dah de le rasa lemak2 gitu....
2 sdb planta/butter

Cara
masak gula perang dengan asam epal cincang denga api kecil
masukkan jus asam yg diblend
masukkan susu tepung 
kacau sebati kemudian masukkan planta
tutup api dan biarkan sejuk sebentar barulah diuang ke atas kek


Sos Kramel asam epal - 2

Bahan
1/2 cawan gula kastor
1 biji asam epal cincang dadu
1 biji asam epal setengah masak diblend dengan 1/2 cawan air
1 sdb susu tpg (uda guna susu tepung coklat ducthlady, guna yg biasa pn boleh)
- kalo tak nak letak pn tak pe tapi dah de le rasa lemak2 gitu....
1 sdb planta/butter

Cara
masak gula perang dengan asam epal cincang denga api kecil
masukkan jus asam yg diblend
masukkan susu tepung 
kacau sebati kemudian masukkan planta
tutup api dan biarkan sejuk sebentar barulah dituang ke atas kek

Selamat mencuba...Kalo tak cukup asam epal untuk buat kramel boleh campur dengan epal. Uda cadangkan cam gitu sebab uda dah try buat.Sama aje sedapnya........