Tuesday, 12 March 2013

KEK BATIK

Assalamualaikum semua....

Harap sihat sejahtera hendaknya ye....

Jom la kita buat kek batik yg sangat simple dan mudah ni.. Tak payah guna telur. Ala kek yg kacau2 dalam kuali tuh... lepas tu bekukan dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais. Ni uda buat yg paling senang tau....


Bahan :

Biskut marie 300gm (Uda guna Munchy)- patah 4
Susu pekat 1/2 tin
Coklat masakan 300gm (Kalo tak de guna milo atau serbuk coklat pn boleh)
3 sudu besat butter
Hazelnut tumbuk kasar pas tu sangai sekejap (Pilihan tak letak pon tak pe)
(Kekacang  lain pon tak pe kalo nak guna)

Cara2:
Satukan butter, susu pekat dan coklat masakan dalam periuk atau kuali
(Uda guna kuali non stick)
Cairkan kaedah double boiler. Dah cair tutup api
Angkat dan masukkan biskut marie. Gaul sebati
Masukkan adunan dalam loyang 8" yg telah diletak aluminium foil
(Ni untuk memudahkan kita keluarkan kek bila dah sejuk)
Tekan2 adunan tersebut hingga mampat dan tak tinggalkan ruang kosong
Tekan guna sudu je....
Akhir sekali tabur hazelnut (Ni tabur je tak yah tekan)
Pastu sejukkan dalam peti ais selama 4 jam atau pun semalaman
Bila dah keras keluarkan dari loyang dan potong guna pisau tajam

Selamat mencuba... Sedap tau kalo letak kekacang, terasa kat mulut bila kita gigit kek tuh......

Monday, 11 March 2013

KOCI KELEDEK

Assalamualaikum semua.....

Tak tau nak celoteh apa, jadinya kita terus ke resepi yg nak uda kongsikan bersama korang semua.
Uda suka kuih ni tapi tak tau le korang. Kalau suka boleh le cuba resepi yg uda buat untuk minum petang bersama keluarga..





KOCI KELEDEK

Bahan A :
1kg keledek (Uda guna keledek kuning)
Air utk rebus keledek
Sedikit garam
1 cawan tpg pulut (Ayak)
Daun pisang

Bahan B:
2 sudu besar tpg beras
1 cawan santan
1/2 cawan air
sedikit garam

Bahan Inti :
1 biji kelapa parut muda
1 ketul gula nira
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit garam
1 helai daun pandan yg telah dicuci

Cara A :
Bersihkan keledek kemudian rebus dengan air dan garam
Bila empuk buang air dan toskan
Lenyek keledek hingga lumat
Bila sejuk campurkan dengan tepung pulut
Bulat2kan ikut nak besar macamana
(Uda buat besar dapat 15 ketul sebab daun pisang tak cukup)
Daun pisang potong ikut nak buat besar mana tpg tu, kemudian lap bagi bersih daun tuh...
Letak sedikit minyak kat daun pisang tu supaya tpg tak melekat.

Cara Bahan B:
Masak tpg beras campur santan,garam dan air hingga pekat dengan api perlahan
Bila dah pekat tutup api, sejukkan

Cara Buat Inti:
Masak gula nira dengan air dlm periuk
Bila sebati tapis dalam periuk lain yg ada kelapa parut dan gula
Masak dengan api perlahan, masukkan daun pandan yg disimpul
Masak hingga kering. Rasa kalau nak manis boleh tambah gula
Ketepikan dan sejukkan bila masak

Cara Bungkus:
Panaskan pengukus
Ambil sehelai daun pisang. letak 1 tpg yg dah dibulatkan, leperkan dan letak inti ditengah sebanyak 2 sdt,
Kemudian tutup dan bulatkan tpg tuh kat tengah2 daun
Letakkan sesudu besar bahan B kat atas tpg tadi.
Bungkus elok daun pisang tu (buat cam kuih koci yg lain tuh)
Susun dalam pengukus dan kukus la selama 25 - 30 minit dengan api sederhana atau hingga masak.

kuih ni sangat lembut sebab tak letak banyak tpg pulut tuh. Kalau letak banyak nanti keras, hilang rasa keledek tuh...Kalo tak de keledek kuning guna keledek lain pon boleh gak..... Boleh gak guna  labu atau lain2 spt keladi atau kentang.

Selamat mencuba......

Friday, 8 March 2013

KEK MARBLE SANTAN

Assalamualakum semua.

Jom kita makan kek marble santan yg sedap dan lemak nih....Tapi kalo korang nak makan belajar lebuat sendiri ye, sebab ni cukup2 untuk kita org makan kat opis sempena brithday Nazrin. Nazrin minta buatkan pavlova, Uda ada buatkan utk dia, sambil2 tu buat kek ni semepna brithday dia. Kalo nak resepi pavlova nengok entry sebelum ni ye...cumanya kali ni uda tukar esen vanila ke esen pandan sebanyak 1/4 camca teh. Jom tengok gambo pavlova utk Nazrin nih.....

Happy brithday Nazrin......

Tutup kisah pavlova sebabnya ari ni nak kongsi resepi kek marble santan, yg uda amik resepi dari azalita masam manis.

Jom layan gambo dulu........

Ni uda letak ganche coklat kat atasnya untuk menambah kesedapannya.........
Ni pulak kek marble santan yg telah dipotong........

KEK MARBLE SANTAN
Sumber : Azalita masam manis

Bahan :
4 biji telur (Uda guns gred A)
320gm gula kastor (Ita letak 360gm)
400ml sanatan
400gm tpg gandum - di ayak
4 sdt baking powder - ayak dgn tpg
Pewarna pilihan (Uda buat 2 kaler je merah & hijau)
Uda letak pes pandan dan strawbery (Ita letak pes pandan dn vanila)

Cara :
Panaskan oven 170c
Sediakan loyang 8", gris ngan mentega letak baking paper pada dasar loyang
Pukul gula dengan telur hingga kembang dan putih
Masukkan tpg dan santan selang seli
Mulakan dgn tpg akhiri ngan tpg
Gaul sebati
Bagikan adunan ikut suka nak letak berapa warna
Uda letak1/4 ssdt pes pandan & warna hijau 1 bahagian
1 bahagian 1/2 sdt pes strawbery emulco & wan merah
Tuang dalam loyang selang seli
Bakar dlm oven (uda guna 160c dan bakar selama 1 jam)
Tunggu kek sejuk sebelum dihidanglan
Bila dah sejuk nak hias pn boleh atau makan cam tu pn boleh....
Ikut suka korang la......

Wednesday, 6 March 2013

CHEESE CAKE MUDAH

Assalamualaikum wbr.

Tentu ramai yg suka makan cheese cake kan.... Uda pun suka gak, tapi keluarga kita org bukan lah penggemar tegar segala jenis cake nih, cumanya Uda suka mencuba buat segala jenis cake sebab nampak kat bloger tuh cantik2 belaka cake yg depa tayang.....Bila dah masak kita org makan sikit jek...
Untuk mengelakkan pembaziran, selalunya Uda bawak gi opis, boleh ler kawan2 tolong menghabiskannya.

Ari ni, uda buat cheese cake yg senang dibuat. Uda dah cuba 3 jenis cheese cake yg berlainan caranya, nanti le Uda kongsi, tapi ni uda nak tunjuk resepi cheese cake ni dulu.....


Jom kite tengok resepi nya

JAPANESS COTTON CHEESE CAKE SIMPLE

Bahan-bahan ( loyang size 8inci )

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter yg ada garam
100g gula castor
100 ml susu segar (fresh milk)
1/3 cwn tepung superfine
1/3 cwn tepung jagung 
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (Uda ganti 1 sdu makan cuka)
1/4 sdk garam (Uda tak letak)

caranya :
• pukul cream cheese dan butter sampai gebu dan creamy.
• masukkan kuning telur diikuti gula dan susu segar.
• masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
• masukkan cuka dlm adunan... kacau sebati dan ketepikan.

Bahan B :
40g gula castor
6 biji putih telur
1 st krim tar tar
• pukul sampai soft peak (sampai bertanduk, bila terbalikkan tak jatuh)

•satukan bhn A dan bahan B kaedah kaup balik. Kacau satu arah sahaja.

•letak baking paper sekeliling dan dasar kek.

• bakar secara bain marie selama 1 jam dengan suhu 160c

Sejukkan dlm oven dengan pintu direnggankan sedikit bila dah masak lebih kurang sejam.
Tpi ni yg sedih nih......Uda nak gitau, masa sejukkan kek tuh, uda tertido sebab buat dah malam.
Tersedar jam 5 pagi, apa lagi tengok le gambo kat atas tuh...naik mengerutu atas & keliling kek tuh, sebab lama sangat dlm oven ngan dlm air, tapi rasa stil maintain sedap.
Kalo belek2 macam comei gak kek tu kan... ada corak...hii...hii....hii...
Nak sedap lagi Uda letak filing bluebery kat atasnya...memang yumeh......
Kek ni Uda buat sempena brithday anak big bos, kira dia pn boss gak kat opis nih....
Tapi kesiannya, dia tak sempat potong pun kek tuh.... seba dia pergi melawat saudara dia meninggal dunia.
Takziah diucapkan pada keluarga mereka..




Tuesday, 5 March 2013

SAMPERIT PANDAN

Assalamualaikum wbr.

walaupun raya lambat lagi tapi teringin le pulak nak buat samperit pandan nih. Tengok kat blog Naz cute oven tu...alhai cantiknya gambo samperit dia, apatah lagi kaler hijau tuh... memang favorite Uda. Selalunya buat kaler kuning atau pun pelangi, tapi kali nih buat hijau lak lah... Tengok le gambo samperit yg Uda buat, tak cantik cam Naz punya sampereit la......

Ni, Uda letak resepi amik dari blog Naz, tapi ada yg Uda dah ubah sikit ikut cara Uda.

SAMPERIT PANDAN
Sumber : Naz cute oven

Bahan A :
200gm mentega
(uda letak 100gm mentega campur 100gm krimwell)
70gm gula halus (Naz guna 100gm gula icing)
1 biji kuning telur
4 sudu besar susu pekat manis (Uda tambah)
1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1tsp pandan emulco)
1/2 tsp pewarna hijau

Bahan B:
250gm tpg gandum - (Uda letak tpg red rose)
50gm tpg jagung
30gm tpg kastard
4 sudu besar tpg ubi

Hiasan :
Taburan gula manik

Cara:
Sebatikan bahan A
Masukkan bahan B, uli rata
Guna acuan samperit dan potong ikut suka (Naz potong 1.5 inci)
Tabur gula manik sebelum bakar supaya gula tu lekat pada biskut
Bakar selama 15-20 miit dengan suhu 160C atau ikut oven memasing
Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

yee..yee...dah boleh makan, sedap sekut nih.....


Monday, 4 March 2013

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum wbr

Apa kabo semua? Moga sihat semuanya.

Ari ni uda nak kongsi kek yg sempat dibuat untuk makan2 kat opis sempena brithday sorang technician.
Uda buat simple je kek coklat ni, guna resepi DJ tapi hasilnya sungguh la... memuaskan. Sedap.....
Yang bestnya kek ni tak yah guna telur, jadinya korang tak payah susah2 nak pi beli telur atau pun duk tunggu ayam bertelur kat reban tuh...
MAAF.... ye DJ, uda copy resepi ni sebagai simpanan. Lain kali senang bila nak buat lagi.......




Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • (Uda letak 1cwn gula perang + 1/2 cwn gula halus)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • (Uda letak chocolate emulco)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek 8". Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) 
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran
Bila dah sejuk Uda terbalikkan kek pas tuh, Uda masukkan dalam mangkuk plastik yg selalu org isi kuih bahulu tuh... supaya senang nak curah ganche coklat sebab kat umah tak ada papan lapis kek, tapi pastikan kek tu muat kat dalam mangkuk ye.... kekawan.....

Uda curahkan choclate ganche pas tu tabur dengan choclate rice.

Uda amik resepi CMG buat ganche ni sebab mudah dan senang je bahannya.

COKLA GANCHE
 - 200gm coklat masakan
- 100ml sus cair (Uda guna susu full cream dutch lady)
- 1 sdt butter

Cairkan susu dan coklat secara double boiler, bila dah sebati, angkat & masukkan butter.
Biarkan sejuk seketika sebelum dicurahkan atas kek.
Simpan dalam peti ais supaya ganche keras.

Selamat mencuba ye kekawan buat kek yg sangat moist & sedap nih......

PAVLOVA

Assalamualaikum wbr.
Moga sihat semunya yer.....

Dah lama sebenarnya nak buat pavlova ni, tapi asyik tertangguh je...... Sebenarnya zat M (malas).... tuh yg menebal kat jiwa raga sebenarnya..hi...hi...hi....

Oleh kerana da tempahan kukis coklat pada ari minggu nih....... maka uda merajinkan diri membuat pavlova ni... sebab banyak telur putih yg tak digunakan bila buat kukis.

uda amik resepi ni dari Puan Azalita masam manis. Maaf ye.....Ita uda copy resepi Ita buat simpanan sebagai rujukan akan datang......Family Uda tak berapa suka pavlova nih... sebab manis sangat, jadinya Uda bawak le ke opis, ahlamdulillah bebudak kat opis ni suka, ada tu siap suruh buat lagi....

Jom intai resepiny kat sini

PAVLOVA
Sumber : Azalita masam manis

Bahan
4 biji putuh telur
3/4 cawan gula halus
1 sdt esen vanila
1 sdt cuka putih
1 sdb teping jagung

Cara :

Sediakan loyang
Alas loyang dgn baking paper
Lorek atas baking paper. Uda guna bulatan loyang 8"
Terbalikkan kertas
Panaskan ovem pada 170C nanti bila dah masukkan pavlovaturunkan suhu pada 12-100c

Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit, sedikit dan putar lagi
sampai kental, bila terbalikkan tak jatuh
Kemudian satukan vanila, cuka dan tpg jagung
Gaul sebati kemudian masukkan dlm adunan telur dan gaul rata guna spatula dengan kaedah kaup balik
Letakkan adunan atas baking paper yg telah dibuat bulatn tadi
Ratakan ikut lorekan jangan tebat auat nipis sangat
Bakar pada suhu 120-100c selama 1 jam 15 minit atau hingga permukaan pavlova kering & keras
(Uda bakar 1 jam 30 minit)
Tutup oven dan biarkan pavlova dlm oven dengan pintu dibuka sedikit
Biarkan hingga sejuk dan kering sepenuhnya.
Bila sudah sejuk boleh dihiaskan.

Bahan hiasan
Wipping cream pukul hingga kental
Buah-buahan - apa2 buah yg agak masam
(Uda guna kiwi, strawbery, mangga)
Letakkan wipping cream atas pavlove dan hias dengan buah2an segar.
Sedap dimakan bila dah letak dalam peti ais.