Tuesday, 19 February 2013

Spageti

Salam satu Malaysia semua. Harap2 semua ceria menjalani tugas2 harian yg tak pernah nak abis kan.....

Malas nak celoteh panjang, cuma nak kongsi resepi spageti ni aje. Ala kalo sebut spageti ni, tentu dah biasa sesangatkan...... uda cuma nak kongsi cara yg uda buat je... sebabnya uda tengok licin je bebudak opis ni makan, sedap le agaknya. 1 mangkuk besar tuh... uda bawak gi opis. Jom intai gambo & resepi uda buat ye.....Guna bahan yg ada kat umah je....







Bahan

1 peket (apa2 brand )spageti rebus dgn air mendidih + sikit minyak
(Uda guna san remo)
2 biji kentang rebus dan lenyek (Ni yg buat spageti ni rasa sedap)
1 sdb cli giling (Nak pedas leh tambah)
1 cawan sos cili
1 cawan sos tomato
2 cawan daging kisar
(Uda buat sendiri rebus daging spi empuk, carik2/potong kecil2)
1 batang lobak merah potong dadu
1 biji bawang holang potong dadu
(Uda guna setengah sebab besar sangat)
4 ulas bawang putih cincang halus/tumbuk
1 biji tomato potong dadu
2 biji limau kasturi (Amik jus)
1sdt tepung jagung + 1 cawan air
1 sdb serbuk maggi secukup rasa (Kalo tak de guna je kiub)
1 sdb herba campuran (Macomix)
1 mug air (boleh tambah)
Cara

Toskan spageti bila masak, basuh dgn air
Panaskan 1 senduk minyak
Tumis bawang putih dgn bawang holland hingga naik bau
Masukkkan cili biarkan hingga garing
Masukkan daging cincang & lobak merah
Bila daging garing tambah sos tomato, sos cili & air
Masukkan tomota, jus limau, serbuk maggi
Biar hingga kuah mendidih
Kalo pekat boleh tambah air
Masukkan kentang lenyek dan bancuhan tpg jagung
Akhir sekali masukkan spageti gaul rata

Boleh le dihidangkan bila dah masak.....
Selamat mencuba....



No comments:

Post a Comment