Tetiba je rasa rajin nak mencuba kek kukus yang mengambil masa 90 minit je mengukusnya.
Resepi ni dari Shuairi yg dicubanya dari buku Aleh Goh, tapi uda tambah sedikit coklat. untuk menambah perisanya.
Jom tengok resepinya.
NI YG DAH DITERBALIKKAN. SEDAP KEK NI TAPI TAK BERAPA LEMBAB MACAM KEK BUAH YG LETAK GULA HANGUS TUH.....
KEK BUAH
KUKUS
BAHAN BAHAN
150 gm air
100 gm butter
100 gm gula peran4 sudu besar madu (Uda tambah)
350 gm mix fruits ( buah kering campur )- resepi asal 500gm
3 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sudu kecil double action b. powder*
1/2 sudu kecil soda bikabonate*
2 sudu teh serbuk coklat
1/2 sudu kecil kulit kayu manis ( tak letak )
80 gm walnut (Uda ganti hazzelnut tumbuk kasar & sangai sekejap)
80 gm badam cincang ( tak letak )
CARA2
1. Ayak tepung bertanda *
2. Panaskan periuk kukusan hingge gelegak
3. Masak air, butter, madu dan gula perang hingge kesemua bahan hancur
dan sebati
4.Masukkan mix fruits dan biarkan sejuk seketika.
5. Kocokkan telur dan masukkan kedalam aduanan tadi.
6.Masukkan tepung & serbuk koko sedikit demi sedikit dan gaul rata
7.Masukkan hazelnut
8. Masukkan kedalam loyang yang telah dilenser gris dan lapik
loyang dengan kertas & tutup denga aluminium foil supaya air x masuk dalan bancuhn kek
9.Kukus selame 90 minit dengan api yang BESAR.
No comments:
Post a Comment