Thursday, 28 February 2013

KEK MARBLE

Asalamialaikum semua...
Harap2 semua sihat sejahtera ye....

Tekak ni terasa nak makan kek marble la.... Banyak juga resepi kak marble yg uda dah kumpul dalam fail.
Tapi kali ni uda cuba buat kek marble guna resepi Puan Umi dari Kuantan tuh...
Sedap kek ni dan senang nak buat. Jom le kita cuba, try, test sama2.......Maaf ye Umi uda copy past resepi untuk simpanan dan rujukan akan datang.....


Ni uda dah potong, tak cantik le marble yg uda buat ni, jeles tengok bloger2 masakan buat kek ni cantik2 belaka kejadiannya, tapi ku x kan putus asa, akan ku coba lagi lain kali, keh...keh....keh....keh......

KEK MARBEL - Sumber : UMI KUANTAN

Bahan-bahannya:
200 gm tepung naik sendiri.
230 gm butter.
220 gm gula halus.
4 biji telur grade B.
1 tsp essen vanilla.
1 tsp baking powder.
2 tbsp susu segar.
2 tbsp serbuk koko
1 tbsp coklat emulco.
Cara-caranya.
Panaskan oven 170 darjah celcius.
Sapukan loyang berbentuk bulat ukuran 8"x3" dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak.
Ayak tepung dengan serbuk penaik.
Pukul better dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu hingga habis.Pukul lagi.
Kemudian masukkan esen vanilla,susu segar  dan tepung .Pukul hingga gebu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi dicampur dengan serbuk koko.
Sendukkan satu sudu besar adunan plain kemudian sendukkan satu sudu besar adunan coklat keatasnya...berselang seli..
Lakukan proses yang sama hingga siap.Last sekali hentakkan sikit loyang agar adunan padat dan sekata.
Bakar hingga masak lebuh kurang 50-60 minit.


COKLAT PISANG CUPCAKE

Salam semua....

Nak makan cupcake tak?.....
Jom kita buat sama2.. Sedap tau, dulu uda dah pernah masukkan gambo tap tak ada resepi. Kali ni uda buat lagi  dan uda letak resepi sebab unuk rujukan masa akan datang. Bukannya apa takut kertas resepi ni lunyai le pulak asyik duk usung sana sini...

CUPCAKE PISANG COKLAT


BAHAN A - DIAYAK ( disatukan )
130gm tepung gandum
150gm gula perang 
3sdt unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder

BAHAN B :

1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
60 ml minyak sayur
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur size A
60 ml susu full cream dlm kotak
120 ml air suam

CARA :
- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .
- Ayak serta gaul mesra semua bahan A dan di ketepikan . Lenyek pisang emas .
- Dalam bekas yang sesuai pukul telur sehingga telur putih dan merah bercampur mesra - tak perlu pukul lama sangat dalam 2-3 minit saja
-  kemudian masukkan pula esen vanilla , susu , minyak, pisang yg dilenyek dan kacau smeua bahan sehingga cukup mesra - jangan dipukul ya hanya gaul guna spatula .
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan masukkan juga semua air .
-  Dengan mengguna spatula atau senduk kacau semua bahan sehingga cukup mesra dan sebati . Adunan kek ni memang seperti bancuhan pancake yang agak cair . 
- Susun paper cup dalam loyang pembakar . Kemudian boleh la dimasukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . 
- Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

Selamat mencuba......

Sunday, 24 February 2013

KEK KUKUS COKLAT BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum semua....

Tetiba je rasa rajin nak mencuba kek kukus yang mengambil masa 90 minit je mengukusnya.
Resepi ni dari Shuairi yg dicubanya dari buku Aleh Goh, tapi uda tambah sedikit coklat. untuk menambah perisanya.

Jom tengok resepinya.



NI YG DAH DITERBALIKKAN. SEDAP KEK NI TAPI TAK BERAPA LEMBAB  MACAM KEK BUAH YG LETAK GULA HANGUS TUH.....


KEK BUAH KUKUS


BAHAN BAHAN

150 gm air
100 gm butter
100 gm gula peran4 sudu besar madu (Uda tambah)
350 gm mix fruits ( buah kering campur )- resepi asal 500gm
3 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sudu kecil double action b. powder*
1/2 sudu kecil soda bikabonate*
2 sudu teh serbuk coklat
1/2 sudu kecil kulit kayu manis ( tak letak )
80 gm walnut (Uda ganti hazzelnut tumbuk kasar & sangai sekejap)
80 gm badam cincang ( tak letak )

CARA2

1. Ayak tepung bertanda *
2. Panaskan periuk kukusan hingge gelegak
3. Masak air, butter, madu dan gula perang hingge kesemua bahan hancur dan sebati
4.Masukkan mix fruits dan biarkan sejuk seketika.
5. Kocokkan telur dan masukkan kedalam aduanan tadi.
6.Masukkan tepung & serbuk koko sedikit demi sedikit dan gaul rata
7.Masukkan hazelnut
8. Masukkan kedalam loyang yang telah dilenser gris dan lapik loyang dengan kertas  & tutup denga aluminium foil supaya air x masuk dalan bancuhn kek
9.Kukus selame 90 minit dengan api yang BESAR.


Tuesday, 19 February 2013

Spageti

Salam satu Malaysia semua. Harap2 semua ceria menjalani tugas2 harian yg tak pernah nak abis kan.....

Malas nak celoteh panjang, cuma nak kongsi resepi spageti ni aje. Ala kalo sebut spageti ni, tentu dah biasa sesangatkan...... uda cuma nak kongsi cara yg uda buat je... sebabnya uda tengok licin je bebudak opis ni makan, sedap le agaknya. 1 mangkuk besar tuh... uda bawak gi opis. Jom intai gambo & resepi uda buat ye.....Guna bahan yg ada kat umah je....







Bahan

1 peket (apa2 brand )spageti rebus dgn air mendidih + sikit minyak
(Uda guna san remo)
2 biji kentang rebus dan lenyek (Ni yg buat spageti ni rasa sedap)
1 sdb cli giling (Nak pedas leh tambah)
1 cawan sos cili
1 cawan sos tomato
2 cawan daging kisar
(Uda buat sendiri rebus daging spi empuk, carik2/potong kecil2)
1 batang lobak merah potong dadu
1 biji bawang holang potong dadu
(Uda guna setengah sebab besar sangat)
4 ulas bawang putih cincang halus/tumbuk
1 biji tomato potong dadu
2 biji limau kasturi (Amik jus)
1sdt tepung jagung + 1 cawan air
1 sdb serbuk maggi secukup rasa (Kalo tak de guna je kiub)
1 sdb herba campuran (Macomix)
1 mug air (boleh tambah)
Cara

Toskan spageti bila masak, basuh dgn air
Panaskan 1 senduk minyak
Tumis bawang putih dgn bawang holland hingga naik bau
Masukkkan cili biarkan hingga garing
Masukkan daging cincang & lobak merah
Bila daging garing tambah sos tomato, sos cili & air
Masukkan tomota, jus limau, serbuk maggi
Biar hingga kuah mendidih
Kalo pekat boleh tambah air
Masukkan kentang lenyek dan bancuhan tpg jagung
Akhir sekali masukkan spageti gaul rata

Boleh le dihidangkan bila dah masak.....
Selamat mencuba....



Friday, 15 February 2013

TEMPAHAN COOKIES

Assalamualaikum semua.......

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan oleh ALLAH SWT.  Orang dah mula beri kepercayaan pada uda dan membuat tempahan cookies walaupun musim raya kita masih lama lagi... Ini yang dinamakan rezeki ye tak.....

Jom tengok apa yg dipesan oleh satff kat upm tu kekawan.......



Ada coklat chip cookies, biskut mazola, biskut coklat aneka kacang.

Nak resepi nanti uda kongsikan ye.... ni tengok gambonya dulu......

Kalo ada sape2 nak order boleh je...... Hubungi  atau sms Uda/Norsiah kat no. ni 0122745887

JAHITAN MANIK CRUMBLE

Salam semua.

Harap sihat semuanya ye..... Sekejap je kan dah muncul bulan Febuari 2013. Pejam celik dah lebih sebulan kita di tahun 2013. Aduhai blog ku ni dah bersawang gamaknya. Tinggal tunggu labah-labah bertelur je sebab dah buat sawang kat blog ni.

Tak sempat...... tak sempat... nak edit dan tulis kat blog ni....

Apa pun uda nak tepek gambo tempahanjahitan manik yg baru disiapkan untuk dipakai ke majlis perkahwinan saudara puan ni...

Uda sebenarnya tak kenal langsung tuan empunya baju mengandung nih... tapi di keja kat upm kot, sebab kakak uda yg bawa balik baju ni suruh bling2kan kat bahagian tangan dan dada.  Apa2 pun meh... tengok hasil jahitan uda ni.... Moga tuan empunya baju berpuas hati ye..... Terima kasih sebab beri kepercayaan pada uda untuk memperindahkan busana puan ye.....