Salam.....
Dah lama sangat teringin nak makan pie epal. Tapi asyik bertangguh jer nak membuatnya, padahal bukanlah susah sangat pun kan nak buat pie nih....Banyak orang yang dah membuatnya kan....Lain orang lain caranya buat pie nie..Uda google sana sini nengok resepi, last-last tak salin resepi. Balik rumah lepas kerja nak buat ingat-ingat lupa pulak resepi, tapi dah nak makan sangat dan bahan pun dah ada uda bantai jer ler buat. Nak buka internet mana ada kat umah, rasa malas dah nak guna internet kat umah nih, senuanya macam siput....Sebelum ni dah guna maxis, celcom, alahai line ternet dia pinya ler slow, kalo nak jelas kena keluar rumah duduk depan pagar baru line dia clear sikit tapi kalo nak guna malam takkan nak tertenggek kat luar umah tuh...Kang jiran kata apa pulak.....Lepas tuh tukar pulak streamix, lagi le hampeh..... bayo je bulan2 line langsung tak dapat. Sakit hati punya pasal potong terus line tuh ganti pulak dengan yes. Yang broadband yes ni pulak mencekik darah, kalo kita tak guna pun kena to up tiap bulan kalo tak baki duit yang ada ditelannya. Padahal guna sesekali jer dalam sebulan, sebabnya uda nih bukan rajin sangat nak bukak internet kalo kat rumah, bukan macam blogger lain yang memang boleh dikatakan hari2 ada post kat blog. Last sekali malas nak guna yes tuh....Buat sakit hati jer.....
Dah puas sesi luah perasaan, kita balik pada resepi yer...Resepi nih uda agak2 jer tapi ahlamdulillah menjadi dan sedap (pada Uda ler....). Kalo nak cuba boleh ikut resepi seperti kat bawah yer.................
Ada orang letak serbuk kayu manis dan serbuk buah pala dalan inti pie tapi uda tak letak, uda ganti dengan esen vanila jer, kang tak ada sapa nak makan kalo letak rempah bagai dalam inti tuh....
PIE EPAL
Sumber : Pakcik Google
Bahan Pastri:
200gm majerin sejuk (Sejukkan sekejap dlam p/ais)
31/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula aising
2 sudu besar air sejuk dari peti ais
Bahan Inti:
5 biji epal hijau
100gm gula perang (Uda tambah 1 sdb gula pasir sebab epal hijau tuh masan sangat)
1/2sdt garam halus
1 sdt esen vanila
2 sdb tepung jagung bancuh dengan sedikit air
Cara Buat Inti Pie :
Kupas epal, buang biji dan empulur lalu didadu kecil
Basuh dan toskan
Masak gula perang bersama epal dan garam biar epal lembut
(Masa ni uda rasa epal tuh dan rasanya masih masam, jadi uda tambah gula pasir 1 sdb)
Maukkan esen vanila dan tepung jagung
Kacau hingga pekat, angkat dan sejukkan
Cara Buat Pastri:
Sejukkan sekejap majerin dalam peti ais lebih kurang 10 minit
Ayak tepung bersama gula aising
Campurkan majerin, tepung dan gula aising ramas hingga jadi seperi serbuk roti
Campurkan ais sikit-sikit dan uli hingga jadi doh
Perap doh seketika dalam peti ais lebih kurang 30 minit
Keluarkan doh dari peti ais, ambil 2/3 dari adunan asal, canai nipis
Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 180C
Dengan perlahan-lahan masukkan dalam acuan pie. Uda guna acuan pie ukuran 8 inci
Potong lebihan kulit pie kat tepi2 acuan guna belakang pisau, kalo ada yang terkoyak pastri tuh kat dasarnya, tampal jangan sampai bocor, kang tekeluar pulak inti bila kita isi dan bakar.
Isi inti pie sampai penuh. Tutup bahagian atas dengan lebihan pastri. Sapu dengan air bahagian tepi2 pastri supaya melekat bila kita tutup dengan lebihan pastri tuh...
Sapu dengan susu segar supaya berkilat bila pie tuh masak..
Bakar lebih kurang 50minit dengan suhu 180C
Sejukkan dan boleh le dingap......
Resepi nih langsung2 tak guna telur, so sapa2 tak makan telur boleh le cuba resepi ni yer.....
Sekian selamat mencuba......
Wednesday, 11 March 2015
COKLAT CHIP BROWNIES
Salam semua......
Ari ni nak tepek resepi brownies yang dibuat beberapa hari lepas. Amik resepi kat blog Hana memories. Tima kasih yer Hana atas perkongsian resepi yang mudah dan sedap nih. Minta izin simpan resepi kat blog uda yer.......

Tinggal 11 ketul masa nak amik gambo ni, sebab seketoi dah dingap.......
·
1 cawan tepung gandum
·
1 cawan gula perang -
kisar dahulu (uda letak 1/2 cawan + 1 sb gula perang & tak kisar pun)
·
1/4 cawan serbuk koko
·
1 biji telur
·
1 cawan susu segar
·
1 sk baking powder
·
1/2 sk garam
·
1 sk esen vanilla
·
1/3 cwn minyak
masak@butter cair
·
1/2 cawan chocolate
chips
Cara-cara
·
Panaskan oven 180.
Griskan loyang dengan butter. Ketepikan. (Uda guna cawan kertas saiz
medium dapat 12 pcs)
·
Satukan semua bahan
kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga
sebati.
·
Bila dah sebati
masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang/cawan kertas dan
tabur baki choc
chips tadi.
·
Bakar 25-30min
sehingga masak. Hias jika suka.. Uda sudukan coklat masakan yang dicairkan.
Wednesday, 4 March 2015
KEK MINYAK
Assalamualaikum semua.
Sebenarnya dah lama sungguh nak tepek resepi kek yang sedap dan amat senang nak membuatnya nih, malahan dah banyak buat untuk customer. Tapi tula........ zat MMMMMM amatlah berlemak kat badan nih sebab tu le asyik tertangguh jek....
Uda suka tengok Lina Teratak Mutiara Kasih tu buat kek nih....Ya ampun cantik sangat......
Uda buat kat bahagian atasnya mesti ada retak, kalo tak banyak sikit tuh mesti ada. Tak tau le kenapa, nak kata oven panas sangat guna 160"C je. Oven tuh pulak tak de le lama mane baru 2 tahun lebih je uda guna. Tapi ahlamdulillah masih ada juga permintaan dari customer.
Ok la... apa2 pun minta izin kat penyumbang resepi asal ni yer untuk uda tepek kat blog uda supaya senang sedara mara, atau kekawan nak cuba. Uda amik dari blog LinaPG. Tima kasih juga untuk Lina yer......

Ni uda guna 3 warna (Kek tempahan)
Ni pulak 2 warna jer juga untuk tempahan
NI pulak kaler aiskrim paddle pop untuk makan2 kat umah
5 biji telur gred A
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kaster) -uda
ikut LiNa Pg
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4 cawan) -uda
ikut LiNa Pg
1 sudu besar ovellate
1 cawan minyak masak
Perasa nenas, pisang atau apa-apa perasa ikut suka dan
pewarna (uda bubuh pewarna je)
1 sudu teh essen vanila
Cara-caranya :
Panaskan oven 170"C.
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking
paper.
Pukul telur bersama gula dan ovellate hingga kembang.
Masukkan susu pekat bersama essen vanila. Pukul lagi
sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil di pukul lagi tapi
hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu
bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuang kedalam loyang.....marble ikut kreativiti.
Bakar hingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
(LiNa bakar pada suhu 165"C selama 50 minit pada api atas bawah) (Uda
masak dengan suhu 160"C selama 50
minit pada api atas bawah)
Biarkan kek sejuk barulah di potong dan hidangkan.
Tuesday, 24 February 2015
LAYAN GAMBAR AJE.....
Salam.
Malas nakletak resepi kali nih....
Layan je lah beberapa gambo yang sempat diambil untuk tempahan minggu sudah.....
Malas nakletak resepi kali nih....
Layan je lah beberapa gambo yang sempat diambil untuk tempahan minggu sudah.....
k
KEK COKLAT YOURGHT UNTUK WAN NOR BAWA BALIK TERENGGANU
KEK MINYAK JUGA UNTUK WAN NOR
NI PULAK KEK COKLAT BUTTERMILK MOIST UNTUK INA YANG JUAL NASI LEMAK. INA NIH SELALU MENEMPAH KEK COKLAT DENGAN UDA. BOLEH KATA REGULAR CUSTOMER NI.....
CARA BERLAUK UNTUK JAMUAN PERPISAHAN KAT LIBRARY UPM
BLUEBERRY CHEESE TART JUGA UNTUK JAMUAN KAT LIBRARY UPM
Wednesday, 11 February 2015
MOIST BANANA BROWNIES
Salam semua.......................
Tahun baru nih tengah syok membuat brownie. Macam2 broenie yang uda dah buat. Ada brownie tanpa telur, chewy gooey brownie, brownie mudah dan moist banana brownie yang akan dikongsi resepi kat bawah nih...
Resepi asal moist banana brownie ni dari Kak Fida My Resepi tapi uda copies dari blog masam manis. Minta izin yer simpan kat blog uda. Apa2 pun terima kasihdengan resepi yang sedap nih.....
Dua kali dah uda buat brownie ni tau.... Sedap sangat.......... Kali pertama uda guna 50gm gula perang , manis le sangat tapi kali ke dua uda kurangkan lagi pada 25gm aje gula tuh sebab pisang dah masak ranum dan manis. Ngam2 jer manisnya....Lagipun uda guna coklat masakan tuh coklat susu yang sememangnya dah manis.
Jom layan resepi.................
BAHAN A
100 g coklat masakan - uda guna milk coklat selbrone
75 g mentega
BAHAN B
200 g pisang lecek
60 g gula perang ~ kurangkan ( bergantung kemanisan pisang)

Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : Azlita Masam Manis
Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : Azlita Masam Manis
Dicuba oleh : Udaudit
Homemade Bakery
BAHAN A
100 g coklat masakan - uda guna milk coklat selbrone
75 g mentega
BAHAN B
200 g pisang lecek
60 g gula perang ~ kurangkan ( bergantung kemanisan pisang)
- Uda guna 50gm/25gm gula perang (Kali ke2
buat)
1/4 sk garam
1 sk esen vanilla
BAHAN C
75 g tepung gandum
2 sb serbuk koko
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
BAHAN TABURAN
choc. chips (Uda guna ½ cawan)
kacang walnut - cincang kasar (Uda tak letak nih)

CARA-CARA
Masak bahan A hingga cair
cara double-boiling hingga cair dan sejukkan
Campurkan dengan bahan B
dan gaul rata.
Ayak bahan C dan masukkan
ke dalam campuran A dan B dan gaul rata lagi.
Tuang adunan ke dalam
loyang 8 inci yg beralas dan gris dan tabur bahan taburan jika suka.
Bakar hingga masak pd suhu
160C selama 20-25 min.
Sejukkan brownies,potong
dan hidangkan.
JELI KELAPA MUDA
Salam semua.
Bersiran kembali ari nih.
Cuaca sekarang nih panas sungguh kat tempat uda. Cuaca cam gini sedap sungguh makan benda2 yang sejukkan. Ari ni uda buat jeli kelapa untuk sejukkan anak tekak. Sebenarnya dulu2 dah pernak buat jeli nie....masih tak aktif berblog lagi, jadinya tak de le nak tayang2 dan share resepi.
Oleh kerana dah ada blog nih.... simpan le resepi kat sini untuk rujukkan keluarag dan juga sesiapa yang nak cuba. Uda tengok jeli kelapa nih popular sekarang ni kan orang jual sebagai menambah pendapatan. Banyak resepi2 kat semua bloger tapi uda punya resepi ada sikit kelainan sebabnya ada campur sikit gula batu dan garam. Mak uda ajar kalo nak tahan jeli tuhdan nampak berkilat letak sikit gula batu. Garam tuh pulak untuk tambah rasa lemak2 sikit kat jeli tuh..
Kalo sesapa nak cuba, jom nengok resepi nih......

By : UDAUDIT HOMEMADE
BAKERY
Bahan :
1 paket agar2 serbuk (10gm)
1 paket agar2 serbuk (10gm)
* Kalo tak ada guan
je agar2 tali 10gm rendam sekejap
I biji kelapa muda ambil
air dan isinya
14 sudu besar gula
pasir (nak manis tambah, kalo nak kurang manis kurangkan)
1 sudu besar gula batu
3-4 helai daun pandan
Air secukupnya
Secubit garam
Cara:
Air kelapa+ dengan air
biasa jadikan 2500ml (Kalo nak lagi lembik boleh tambah 100-200ml air)
Isi kelapa muda hiris
kecil-kecil
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula, gula batu, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula, gula batu, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih
dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api dan biarkan
sejuk sedikit
Masukkan kedalam bekas
pilihan
Sejukkan sebentar dan bila
dah sejuk masukkan dlm peti ais.
Sedap dimakan sejuk-sejuk
Selamat mencuba………………………….
Tuesday, 10 February 2015
KEK COKLAT BERYOURGHT
Salam semua.
Woa....... lama sungguh tak menghapdet blog nih.....sampai dah tahun 2015 kan....
Untuk tahun 2015 nih uda post resepi yang ni dulu untuk penggemar kek coklat. Memang sedap kek nih, moist betul. Uda amik resepi dari blog Puan Dokor yang memang rajin memasak. Sapa lagi kalau bukan Inahar's punya blog tuh.. Minta izin simpan resepi kat sini ya.......................

KEK COKLAT BERYOGURT
sumber - inahar's cooking
time
dicuba oleh : udaudit
homemade bakery
BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8
x 8 in)- Uda guan loyang bulat 8 inci
. 2 cawan tepung gandum*
2 cawan gula perang (Uda
leak 1 cawan gula perang + ½ cawan gula castor)
1 cawan cocoa powder
1 cawan susu pekat manis
2 tsp baking powder*
1 tsp baking soda*
3 biji telur 1 cawan
yogurt
1 cawan corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam
1 cawan air biasa (boleh
juga dicampur 1sudu teh nescafe ngan 1 caw air panas)
·
Uda letak 1 cawan
air panas + 1 sudu teh seruk nescafe
Cara Membuatnya:
Ayak bahan *
sekaligus Pukul sekejap
semua bahan.
Bakar dgn preheat oven 170
selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .
Hias ikut cara memasing yer..... Uda belah dua letak ganache kat tengah pas ttu tuang atas kek bakinya dan tabur cokla urai
Hias ikut cara memasing yer..... Uda belah dua letak ganache kat tengah pas ttu tuang atas kek bakinya dan tabur cokla urai
Bahan Topping/Ganache:-
300 gm dark chocolate compaund (guna jenama
beryl's)
1 sudu teh esen vanila
150ml susu segar (Uda guna
susu coklat gooday)
sedikit butter
Semua bahan diatas dimasak
atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit
sebelum dihias atas kek.
Subscribe to:
Posts (Atom)