Friday, 19 October 2012

Macaroni Goreng

Assalamaualaikum semua.

apa khabar? harap2 semua sihat ye. Dah beberapa hari tak interframe sebab dok melayan gigi ku yg sakit. Sebelum tu pegi tampal gigi geraham atas, selang 3 ke 4 hari sakit le pulak, dah tak tahan tu pegi le balik kat klinik yg uda pegi tuh...bila doktor tengok rupa2nya dah kena kat akarnya, nak cabut sayang le pulak sebab elok lagi jadinya...... woa....... kena le buat rawatan root canal atau dlm bahasa kite matikan akar geraham tuh..... Nak jadikan cerita bila doktor kata geraham mesti ada 3 akar utama tapi bila x-ray tuh hanya nampak 1 je akar geraham tuh... yg 2 lagi entah mana menyoroknya, dah alang2 buat teruskan juga le, ni sekarang kena tunggu lagi 2 minggu untuk proses rawatan seterusnya, tapi gigi tak sakit le lagi tapi ada rasa sengal jugak kadangkala. Sabo aje le kan, nak buat cam ner......

Tu pasal gigi, sekarang nih.... nak interframe uda masak macaroni goreng. Ala masak yg simplle2 je, sonang jo....tapi sedap. Kalo nak cuba apa salahnya kan....kan....kan....Ni uda kongsi resepinya.



 Macaroni Goreng
Bahan :
250gm macaroni rebus hingga kembang/masak
 (uda campur 1/2 sudu planta dalam air rebusan)
1 sudu makan cili giling
(Nak pedas boleh tambah)
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (Sederhana)
1/2 inci halia
1 cawan daging cincang (Basuh, toskan airnya)
- Kalo tak de boleh ganti denga isi ayam
1/2 batang lobak merah potong memanjang
1 ikat sawi cuci bersih dan potong2
1 peket bebola ikan belah 2 basuh dan goreng seketika
1/2 kiub pati ayam (Uda guna kiub ayam maggi)
sedikit garam halus
- Kalo rasa nak letak seafood, cam udang ke sotong ke....boleh je.....

Cara :
Toskan macaroni yg telah direbus
Tumbuk/blender lumat halia, bawang putih dan bawang merah
Panaskan sedikit minyak
Tumis bahan kisar, masukkan cili kacau2 hingga garing
Masukkan daging dan lobak merah
Masukkan sos tiram dan sos tomato serta kiub ayam
Biarkan daging masak seketika lalu masukkan batang sawi
Bila batang sawi agak layu masukkan macaroni, daun sawi dan bebola ikan
kacau sebati dan masukkan sedikit garam
rasa kalo tak masin tambah garam

Padam api........
Sedia untuk dihidang. Kalo rajin boleh tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
kalo rajin lah ya, tapi uda ni malas sebabnya dia org tak suka kalau ada bena2 cam tuh.....


Monday, 15 October 2012

Tart Gulung Nenas


Salam satu Malaysia rakan2 sekelian.

Hari Sabtu lepas 13/10/12 sempat le uda membuat tart gulung nenas.
Kat sini cuaca tak berapa elok jadi malas nak ke mana2.
Tak sempat nak pose Sabtu lepas, jadi uda share le hari ni.
Gula nenas tu dah lama uda buat so hari Sabtu tu uda menguli tepungnya aje le….

Jom intai-intai resepinya

Resepi asalnya uda amik dari Chef Azli Razali dan ditokoh tambah sikit.
Sori ye Chef sebab  menderhaka resepi ni dan minta kebenaran
kongsikan kat sini. Uda lebihkan mentega sebab adunan agak keras kemungkinan timbang uda tak betul kot masa timbang tpg tu.....ataupun sebab uda tak guna tpg cap sauh 


Bahan :
500gm tpg gandum
260gm mentega (Chef Azli guna 240gm)
1 sudu besar minyak sapi (uda tambah)
11/2 sudu makan tpg kastard
1 biji kuning telur rebus
1 sudu makan tpg jagung
1/3 cawan air dari peti ais (uda tambah) uda guna cawan sukatan metrik

Bahan sapuan
1 biji kuning telur campur sedikit putih telur yg diasing
Kacau sebati

Cara:
Lenyek kuning telur sampai hancur
Ramas kuning telur dengan tepung hingga sekata
Kemudian ramas pula mentega dan minyak sapi
hingga menjadi doh yg lembut
Kalau tpg masih  berderai campurkan air sedikit-sedikit
hingga menjadi doh yg lembut
Gunakan acaun tart gulung untuk membentuk doh
Letakkan inti tart yg telah dibulat2kan mengikut saiz tart yg dikehendaki
Gulung kulit tart dan susun dlm dulang
Sapukan dengan bahan sapun dan bakar selama 20-25 minit
dengan kepanasan 170 darjah celcius atau mengikut kepanasan oven masing2.

Cara membuat inti/Cara uda
1 biji nenas masak,  parut atau mesin (uda parut)
Tapis airnya supaya tidak terlalu berair
2 cawan gula pasir
Sedikit garam
Campurkan semua bahan dan dan masak hingga pekat
Sejukkan sebelum guna

Chef Azli ada letak kulit kayu manis kat dalam inti tart tapi uda tak letak sebab tak suka bau dia
Sebenarnya kalo ada resepi kuih yg ada letak rempah2 ni, uda tak masukkan kedalam resepi yg uda buat sebab semua keluarga uda tak suka,,,,,,,,
Selamat mencuba ye kekawan sebab tau.......tart nilembut jek.......

Puding Koktail Strawbery


Resepi puding ke 2 pulak ye kekawan yg uda buat
sama masa dengan buat puding kramel oren tuh…..


Bahan :
1/2 agar2 strip yg besar (yg rega RM3.00)
3 cawan air (900 ml)
2 sudu besar tpg kastard bancuh dengan 1 cawan air (300 ml)
4 sudu besar gula (kalo nak manis tambah)
1 sudu besar pes strawberry (uda guna nona)
1 cawan santan pekat segar (300ml)
- kalo tak de boleh je guna santan kotak
1/2 cawan susu cair (150ml)
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam (secubit)

Cara :
Masak agar2 bersama 3 cawan air dan gula serta garam
Masak hingga larut kemudian masukkan pes strawbery
Kacau sebati kemudian masukkan santan dan susu cair
Masukkan bancuhan tepung kastard
Masukkan pewarna merah kerana kalo tak nampak macam kekuningan sebab tpg kastard
Kacau sebati hingga agak pekat
Padamkan api kemudian tuang kedalam acuan
Sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais

Boleh dimakan dengan koktail buah2an.
Uda buat sendiri je koktail buah2an ni

Cara buat koktail buah2an

3 senduk kecil gula pasir (senduk sayur)
2 cawan air (600ml)
Secubit garam
1 biji epal hijau buang kulit potong dadu
1 biji buah lai buang kulit potong dadu
2 nenas gelang dlm tin potong kecil
5 biji ceri hijau potong 4

Masukkan semua bahan ke dalam periuk masak dengan api kecil hingga mendidih
Sejukkan dan masukkan dalam peti ais
Tuang dekat puding bila nak makan

Selamat berpuding ya kekawan……

PUDING KRAMEL OREN


ASSALAMUALAIKUM.

 TAK TAU LE KENAPA ENTRI POST ARI ISNIN TU DIA KELUAR TARIKH PADA ARI AHAD. KENPA YA?

Alahai puding lagi ke?.
Sebenarnya puding ni uda buat untuk jamuan dekat pejabat kakak uda.
Katanya hendak meraikan majlis perpisahan staff yg nak berhenti kerja.
Sebenarnya asas buat puding ni sama je, cuma kita boleh pelbagaikan citarasanya kan.
Ni uda nak kongsi resepi puding kramel oren. Baunya alahai……sungguh segar sebab ada bau oren, rasanya…….kalo nak tau sedap ke tak boleh le mencubanya.



Bahan :
1 ½ sudu besar serbuk agar2
3 cawan air (1200 ml)
2 sudu besar tpg kastard bancuh dengan 1 cawan air (300 ml)
3 sudu besar gula (kalo nak manis tambah)
1 sudu besar oren sanquick
½ cawan jus oren kisar
-        cara ambil sebiji oren basuh bersih, buang putih kat tgh dan potong kecil2
blender ngan ½ cawan air
(tapis kalo tak nak masuk hampas dia) –Uda masukkan sebab masa makan terasa dia punya serat
1 cawan susu cair (300 ml)/
(bole je guna susu segar)
Sedikit garam (secubit)

Kramel
Cara : panaskan 2 senduk (guna senduk nasi) gula sampai perang
Bila dah kekuningan letak sdikit air lalu tuang ke acauan dikehendaki
Ketepikan

Cara masak puding :
Masak serbuk agar2 bersama 3 cawan air dan gula serta garam
Masak hingga larut kemudian masukkan jus oren dan sanquick
Masukkan susu biar mendidih seketika lalu masukkan bancuhan tepung kastard
Kacau sebati hingga agak pekat
Padamkan api kemudian tuang kedalam acuan yg ada gula perang
Sejukkan kemudian masukkan dalam peti ais
Bila dah sejuk telangkupkan acaun ke dalam bekas yg dikehendaki

Sedia untuk dihidang dan nyam…nyam…..nyam….apa lagi makanla……..

Sunday, 14 October 2012

Ayam masak merah

Assalamualaikum

Apa kabo semua. Salam pagi isnin. Ada dikalangan kita ni kalo ari isnin memang malas nak keja kan, maklumlah dah cuti 2 hari. Apa2 pun kerja tetap kerja ya kekawan, jangan malas2 sebab kalo tak keja boleh miss soru kita.

Oklah ari ni uda nak kongsi resepi ayam masak merah dengan korang semua. Uda tau ramai yg reti masak merah nikan, tapi lain orang lain caranya kan....

Sebenarnya ari ni kakak uda ada meeting ngan staf2 dia, tu yg suruh masakkan nasi lemak pagi ni, sebenarnya anak dia yg request nak ayam masak merah ni tu yg uda buatkan.
Ayam masak merah uda ni guna gula kelapa atau pn gula kabung ya kekawan, tu yg lain sikit tu. dah tu pulak tambah ngan sikit jintan manis, ni semua resepi asal dari mak uda, tapi mak uda tak guna serai sebab dia tak tahan kalo makan ada serai ni boleh buat dia semput katanya.....
Mari2....... kongsi nengok gambo ya kekawan, nak kongsi makanan ni tak cukup le pulak he....he...he.....




Ala nasi lemak ngam sambal tumis tu tentu korang biasa masak kan...kan....kan.... jadi tak yah le resepinya ya.....

AYAM MASAK MERAH

Bahan:
1 1/2 ekor ayam (lebih kurang 20 ketul)
1 senduk cili giling (senduk gulai yg kecil)
kalo nak pedas tambah cili ya
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai diketuk (uda tambah)
1/2 gula kelapa atau gula kabung
(masak dengan 1 cawan air kemudian tapis)
 - uda tak terus masukkan gula ni sebab selalunya ada sampah kat gula tu
1 kiub stok ayam knoor/maggi
1 asam keping
1 sudu  jintan manis di tumbuk
garam

 Bahan tumis:
1 batanh kulit kayu manis (sederhana)
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji buuah pelaga

Cara:

Bersihkan ayam kemudian perap dengan kunyit dan garam
Goreng sedikit garing
Tumbuk/blender lumat bawang merah, halia dan bawang putih
Panaskan 2 senduk kecil minyak
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan rempah tumis dan serai
Bila agak garing masukkan cili giling dan serbuk jintan manis
Masak lagi hingga cili masak dan garing masukkan air gula merah
Masukkan asam keping, kiub ayam, sos tomato dan sos cili
Kalo kurang kuah boleh tambah 1 cawan air
Masukkan ayam dan garam
Gaul sebati dan rasa kalo tak masin boleh tambah garam

Selamat mencuba ya kekawan......

Saturday, 13 October 2012

Jemput-jemput bilis

Salam hujung minggu semua.
Ari ni hari sabtu tentu ramai yang bercuti kan... Uda pun sabtu ni tak kerja, jadi banyak le masa nak lakukan berbagai akviti....kononnya le.....hi...hi...hi.....

Sarapan apa kekawan pagi ni. Ala uda buat sarapan ringkas aje ari ni...Sebenarnya jemput-jemput bilis ni kegemaran keluarga uda. Kalo dah berkumpul ramai-ramai tu dan dah jemu asyik makan beehoon goreng le, kuewteow le atau pun nasi lemak, ha..... ni le yang dimasak untuk sarapan. Masak je sebesen jejemput bilis dengan sekuali sambal tumis, kejap aje langsainya. bebudak pun suka....... Budak-budak kat umah kitaorang ni tak suka kuih lembik-lembik macam talam ke atau kuih yg manis-manis, kalo buat pun org tua2 je yg makan, tu yg agak malas sikit tu nak buat segala bagai kuih nih....

Kalo korang nak tau jejemput yang uda buat ni tersangat le lembut dan ranggup. Nak tau rahsianya..... tapi uda rasa ada juga yg dah tau kot... Serius cakap jejemput ni walaupun dah sejuk tapi tetap lembut jek.....
Jom-jom uda bagitau cara membuatnya.......

Bahan:
500gm/1/2 kilo tepung gandum (Ayak)
1 cawan ikan bilis putih (Basuh bersih)
(Kalo tak ada ikan bilis biasa pn boleh, siat kecil-kecil atau tumbuk kasar)
1 biji bawang besar potong dadu
1 sudu teh garam 

Cara:
Masak air panas hingga mendidih
Semua baha kacau sebati dalam mangkuk besar
Bila air masak terus tuang dalam bancuhan tepung
(hati-hati tau sebab panas)
Bancuhan tepung jangan terlalu lembik nanti serap minyak bila digoreng
Aga-agak aje bancuhannya asalkan sebati
Biarkan seketika kerana panas
Panaskan minyak
Kemudian boleh le di cuil menggunakan hujung jari atau menggunakan 2 sudu
dan masak dalam minyak yang betul-betul panas.

Boleh lah dihidangkan bersama sambal tumis
kalo tak ada sos cili pun bole aja.......

Macamana senang tak.......Kalo senang boleh le kekawan mecubanya ya...
sebenarnya kalo nak lagi sedap boleh je tambah daun bawang ke, daun sup ke....macam2 lagilah mengikut kreativiti korang semua

KARI IKAN

Assalamualaikum semua.

Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.

Ari ni uda nak kongsi ikan merah masak kari tau. Sebenarnya uda masak kari ni ari jumaat tapt bila nak post line internet tak de, mungkin disebabkan hujan lebat semalam agaknya.
So ari ni uda kongsikan resepinya ya. Uda masak ni tak pedas sangat tau sebabnya Myra tak makan pedas tapi dia tersangat le suka kalo lauk bersantan-santan ni. Kalo kekawan nak agak pedas boleh tambah sedikit cili giling tapi ada juga rempah kari yang dah pedas macam babas tu....

Bahan2:

1 ekor ikan merah sederhana potong dan bersihkan
10 biji kacang bendi
1 biji kentang potong 4
1/2 batang lobak merah potong dadu
5 tangkai daun kari
1 peket rempah kari ikan (uda guna rempah kari mak siti)
1 biji bawang besr
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur
santan kelapa segar  (uda guna santan RM1.00/plastik)
1 biji buah tomato
garam

Bahan tumis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih

Cara2:
Tumbuk/kisar  lumat bawang putih, halia dan bawang besar
Panaskan sesenduk minyak
tumis bahan kisar hingga naik bau
Masukkan bahan tumis dan 2 tangkai daun kari
(Abah uda ajar jangan masukkan bahan tumis dulu nanti cepat hangus. Abah uda ni sebenarnya tukang masak kenduri kendara orang khawin)
Rempah kari bancuh dengan sedikit air
Bila bahan tumis agak garing dan naik bau masukkan rempah kari kacau hingga agak garing
masukkan kentang dan 2 cawan air
Biar kentang agak empuk masukkan lobak merah, jika kurang air tambah 1 cawan lagi
Bila kuah mendidih boleh masukkan ikan diikuti dengan kacang bendi
Masukkan santan dan kacau perlahan supaya santan tak pecah
kalo kuah agak pekat boleh tambah 1/2 cawan air
Masukkan garam dan asam gelugur dan baki daun kari, biar mendidih
Rasa kalo tak masin tambah garam
Bila ikan dah masak padam api dan masukkan tomato yg dipotong 4

Ha...... dah siap boleh lah dihidangkan.
Ni uda nak kongsi macamana kalo takut kentang lambat empuk. Kita boleh rebus kentang dulu dekat periuk berasingan, pas tu boleh le dicampur dalam kari tu.
Lagi satu kalo guna rempah kari yang pedas boleh la letak sikit gula masa menumis rempah kari tu...

Selamat mencuba ya kawan2 menu yang ringkas ni. Kalo kita dah masak gulai ni kita tak payah le sesusah nak masuk sayur lain sebab dah ada segala sayur dalm tuh.....