Salam semua.
Aduh.... dah lama nak siapkan baju ni tapi mood menjahit manik merundum seketika. Tapi akhirnya dapat jugak uda siapkan. Nak tengok....nak tengok......... jom layan..........gambar ni.......
Baju ni sebenarnya adik uda yg punya. Dah lama dia suruh jahitkan batu-batu kristal yg dibeli kat Korea masa dia sambung belajar. Kat gambar ni tak le berkilau sebab amatur le katakan yg mengambil gambonya tapi kalau tengok kat baju memang berkilau-kilau nak-nak bila malam lip lap lip lap you....berpadan le dengan harga sebutir kristal tu..... Uda tambah dengan glass bead sebab kalau semua letak kristal woooo mahal tu.......
Ada lagi gambo-gambo uda jahit manik untuk dipakai masa hari raya ari tu......tapi baju uda tak de berjahit-jahit manik bagai ni.... sebabnya tak sempat...sob...sob...sob... sedihnya..... Jom...jom tengok ini gambo...
Gambo yg last tu uda jahit renda dengan manik kat tudung. Banyak lagi sebenarnya gambo2 yg uda dah jahit manik kat baju-baju. Ada baju yg orang tempah, ada tu baju2 kaum keluarga uda. nanti uda sharekan gambonya ya......
Monday, 8 October 2012
Sunday, 7 October 2012
Puding nenas
Ni ada lagi satu resepi yang uda buat pada petang minggu. Memang sedap makan bila cuaca panas macam ari ni. Sebenarnya uda ada buat inti nenas untuk tart, air tapisan nenas tu sayang nak buang jadi uda manafaatkan le menjadi puding.
bahan:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air (campuran air nenas)
11/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (uda guna full cream ducth lady)
sedikit garam
1 sudu tepung kastad campur 1/2 cawan air
cara:
masak serbuk agar2 bersama air dan gula hingga mendidih
masukkan susu pekat, susu cair dan santan
masak hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung kastad
kacau sebati hingga agak pekat
padamkan api kemudian masukkan dalam acuan
sejukkan kemudian boleh dimasukkan dalam peti ais
kuah:
1 tin nanas kiub
1 tin air
3-4 sudu besar gula
sedikit warna merah
cara:
masak semua hingga mendidih
kemudian sejukkan dalam peti ais
campurkan kuah bersama puding ketika dihidangkan
sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais
selamat mencuba.......
bahan:
10gm agar2 serbuk
6 cawan air (campuran air nenas)
11/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (uda guna full cream ducth lady)
sedikit garam
1 sudu tepung kastad campur 1/2 cawan air
cara:
masak serbuk agar2 bersama air dan gula hingga mendidih
masukkan susu pekat, susu cair dan santan
masak hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung kastad
kacau sebati hingga agak pekat
padamkan api kemudian masukkan dalam acuan
sejukkan kemudian boleh dimasukkan dalam peti ais
kuah:
1 tin nanas kiub
1 tin air
3-4 sudu besar gula
sedikit warna merah
cara:
masak semua hingga mendidih
kemudian sejukkan dalam peti ais
campurkan kuah bersama puding ketika dihidangkan
sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais
selamat mencuba.......
Tomyam siakap
Assalamualaikum...
Salam hujung minggu semua.
Malas la nak berceloteh hari ni. Jom intai apa yang ada kat dapur uda.
Ari ni uda nak kongsi resepi tomyam siakap dengan korang semua. Selalunya kalau kita masak tomyam, kiat masak campuran seafoood, ayam dan sayur-sayuran, tapi hari ni kita ubah selera dengan menggunakan ikan. Sedap tau bila dah siap dimasak. Jom tengok gambarnya
Salam hujung minggu semua.
Malas la nak berceloteh hari ni. Jom intai apa yang ada kat dapur uda.
Ari ni uda nak kongsi resepi tomyam siakap dengan korang semua. Selalunya kalau kita masak tomyam, kiat masak campuran seafoood, ayam dan sayur-sayuran, tapi hari ni kita ubah selera dengan menggunakan ikan. Sedap tau bila dah siap dimasak. Jom tengok gambarnya
Jom intai resepinya
Bahan :
1 ekor ikan siakap cuci bersih
1/2 bawang holland
2 sudu besar pes tomyam (uda guna thai tom yam)
1 batang serai
1 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 bawang merah besar
3 mug air
Cara :
Ikan disapu kunyit dan garam kemudian goreng , toskan
bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit lengkuas ditumbuk lumat
panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk
tumis hingga naik bau kemudian masukkan pes tomyam
Masukkan serai yang diketuk, lengkuas diketuk dan hirisan bawang holland
jika nak pedas tambah hirisan cili padi (Uda tak letak sebab ada yg tak makan pedas)
kalau nak lagi masam masukkan perahan jus limau nipis
masukkan air, biar hingga mendidih
bila kuah telah mendidih masukkan ikan dan daun limau purut
balik-balikkan ikan supaya kuah meresap kedalam ikan
rasa kalau kurang masin boleh tambah garam
padam api bila kuah agak pekat
boleh ditambah dengan hirisan tomato bila dihidangkan
Senangkan masak tomyam siakap ni, kalau nak tau sedap ke tidak bolehlah mencubanya.
Wednesday, 3 October 2012
kek oren
Lagi satu yang dimasak ari ni adalah kek oren. Senang je nak buat tak payah guna mixer, guna blender je. Uda amik resepi kat my kitchen resepi. kek ni manis sikit la, tu pun uda dah kurangkan sukatan gulanya. Lain kai kalo buat lagi gula tu nak kena kurangkan lagi le gamaknya, tak suka le manis-manis sangat ni... nanti tak pasal-pasal datang penyakit. Tapi korang kek ni sedap tau, gebu je....bila dah masak, pas tu bau dia harum je sebab bau oren sunkist tu....
Ni uda kongsikan gambonya, nak kongsi kuih takut tak cukup le pulak......hi...hi..hi....
Ni uda kongsikan gambonya, nak kongsi kuih takut tak cukup le pulak......hi...hi..hi....
serunding kelapa
Salam semua.
Aduh hari ni penat betul. 2 kali kena gi maybank, pepagi pegi nak settle bayar duit sewa pejabat, pinjaman rumah kedai syarikat, tumpang sekali bayar loan rumah. Pas tu balik pejabat settlekan sebutharga nak tutup esok. selesai wat sebutharga kemaskini akaun syarikat. Tup-tup tengahari posmen bagi surat, bila bukak je ada satu cek tak dapat ditunaikan kat syarikat induk sebab signature bos tak betul, amount tu besar le jugak. Gelabah sekejap sebab dah isue cek kat supplier takut je duit tak cukup, terpaksalah gi balik kat maybank nak ganti cek baru. Kalo nak cerita macam-macam hal ada kat tempat uda keja tu......Tapi nak cari rezeki kena sabo bebanyak le......
Ah.....habis cerita pasal keja, ari ni nak kongsi apa yang uda masak untuk ari ni ye kekawan. Ari ni terajin le pulak nak buat serunding kelapa campur daging, sebab tengok kat peti ais ada lagi daging dengan kelapa parut. Apa lagi ini le hasilnya...... Sedap kalo makan dengan nasi panas-panas......
Aduh hari ni penat betul. 2 kali kena gi maybank, pepagi pegi nak settle bayar duit sewa pejabat, pinjaman rumah kedai syarikat, tumpang sekali bayar loan rumah. Pas tu balik pejabat settlekan sebutharga nak tutup esok. selesai wat sebutharga kemaskini akaun syarikat. Tup-tup tengahari posmen bagi surat, bila bukak je ada satu cek tak dapat ditunaikan kat syarikat induk sebab signature bos tak betul, amount tu besar le jugak. Gelabah sekejap sebab dah isue cek kat supplier takut je duit tak cukup, terpaksalah gi balik kat maybank nak ganti cek baru. Kalo nak cerita macam-macam hal ada kat tempat uda keja tu......Tapi nak cari rezeki kena sabo bebanyak le......
Ah.....habis cerita pasal keja, ari ni nak kongsi apa yang uda masak untuk ari ni ye kekawan. Ari ni terajin le pulak nak buat serunding kelapa campur daging, sebab tengok kat peti ais ada lagi daging dengan kelapa parut. Apa lagi ini le hasilnya...... Sedap kalo makan dengan nasi panas-panas......
Tuesday, 2 October 2012
coklat pisang cupcake
Salam satu malaysia semua..
Aduh dah lama tak update blog ni. Sibuk memanjang....... Ntah apa yang disibukkan pun tak tau le. Tapi tu le kan sekarang ni rasa cepat tul mas berlalu. Bangun je pepagi siap-siap nak gi keja, kat tempat keja pulak bila dah sibuk sangat, tau-tau dah pukul satu, kekadang tu nak makan pun tak sempat, nak-nak lagi bila ada tender yang masuk, tekejar-kejar le nak buat semua benda.
Tapi lupakan jap pasal keja ni bila dah balik umah. Uda ni senang je kalau nak hilangkan tension tentang keja. Balik umah tengok kat dapur apa yang ada untuk digodek buat benda untuk dimakan, kalau tak pun baca je novel-novel terbaru dipasaran, ha....... hilang le segala masalah kat temapt keja tu.....
Ari ni masa kat tempat keja tadi teringat ada pisang yang dah masak kat umah, terus teringat resepi coklat pisang cupcake. Balik je umah terus tengok bahan semua ada, apa lagi inilah hasilnya, tada...........
Aduh dah lama tak update blog ni. Sibuk memanjang....... Ntah apa yang disibukkan pun tak tau le. Tapi tu le kan sekarang ni rasa cepat tul mas berlalu. Bangun je pepagi siap-siap nak gi keja, kat tempat keja pulak bila dah sibuk sangat, tau-tau dah pukul satu, kekadang tu nak makan pun tak sempat, nak-nak lagi bila ada tender yang masuk, tekejar-kejar le nak buat semua benda.
Tapi lupakan jap pasal keja ni bila dah balik umah. Uda ni senang je kalau nak hilangkan tension tentang keja. Balik umah tengok kat dapur apa yang ada untuk digodek buat benda untuk dimakan, kalau tak pun baca je novel-novel terbaru dipasaran, ha....... hilang le segala masalah kat temapt keja tu.....
Ari ni masa kat tempat keja tadi teringat ada pisang yang dah masak kat umah, terus teringat resepi coklat pisang cupcake. Balik je umah terus tengok bahan semua ada, apa lagi inilah hasilnya, tada...........
Sungguh lembut dan sedap... yummy.....yummy..............
Wednesday, 12 September 2012
SAMUDERA KASIH 6
Pada hari kedua Mak Jah di hospital dia telah
sedar dari pengsan. Nabila dan Nazril mengucap syukur yang tak terhingga pada
Allah kerana ibu mereka telah sedar. Pada waktu melawat tengahari itu mereka
telah dikunjungi Pak Akob, Mak Temah,mak Milah dan beberapa jiran mereka.
Nabila merasa terharu dengan keadaan itu. Betapa dia merasakan masih ada orang
yang bersimpati dengan kesusahan keluarganya.
“Dah beritahu Nabil, Ila?,” Tanya Mak Milah.
“Belum Makcik. Kesian pulak nak bagitahu sebab
Nabil tengah periksa sekarang ni, takut dia tak dapat jawab pulak bila tahu mak
sakit.,” Terang Nabila.
“Razi bagitahu makcik pagi tadi, petang ni
kawan-kawan dan cikgu Ila nak datang melawat,”Beritahu Mak Milah pada Nabila.
Nabila cuma mengganguk kerana dia telah mengetahui dari Razi semalam.
Mak Jah menitiskan air mata bila melihat
jiran-jirannya datang. Dia merasa begitu terharu dengan perhatian mereka.
“Dahlah Jah jangan menangis, rehat
betul-betul. Jangan susahkan hati. Insyallah kami akan membantu apa-apa yang
patut,” Pesan Mak Milah sebelum meninggalkan Mak Jah.
“Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang
tengok saya dan menolong keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas
kebaikan kamu semua,” Luah Mak Jah sayu.
“Hari ni hari kamu Jah, masa kami tak tahu lagi. Dahlah tu tak usah diingat-ingat.
Jaga kesihatan kamu,” Mak Temah pula memberi ingatan.
Mak Jah memerhati dengan pandangan sayu pada
jiran-jirannya yang melangkah meninggalkannya selepas waktu melawat.
“Bila mak boleh keluar dari sini Ila?,” Soal
Mak Jah merenung anak perempuan tunggalnya.
“Tak tahu lagi mak, mak kena banyak berehat,”
Jawab Nabila perlahan.
“Mak risaukan kamu dan adik-adik kamu. Lepas
ni tentu mak tak dapat buat kerja lagi. Macam manalah kamu nak sekolah,” Luah
Mak Jah risau.
“Mak, jangan fikirkan sangat fasal tu. Ila dan
Nabilkan dapat bisiswa, lagipun Ila boleh buat kuih dan masak nasi lemak
sebelum pergi sekolah,” Usul Nabila.
“Kamu tu dah nak periksa Ila. Bila pulak nak
baca buku.,”Risau hati Mak Jah mengenangkan Nabila.
“Mak tak usah bimbanglah. Insyallah Ila masih
boleh bagi masa,” Terang Nabila. Mak Jah cukup terharu dengan pengorbanan anak
sulungnya itu. Walaupun masih mentah tentang kehidupan tetapi Nabila cepat
matang dari usianya. Selalunya remaja seperti Nabila akan menikmati kehidupan
yang mengembirakan tetapi tidak dengan Nabila. Dalam usia yang baru menjangkau
17 tahun Nabila terpaksa menanggung kehidupan keluarga yang serba kekurangan.
Petang itu Mak Jah dikunjungi oleh wakil guru
dan rakan-rakan sekolah Nabila dan Nazril. Masing-masing sibuk bertanyakan
tentang kesihatan Mak Jah. Nabila sungguh terharu dengan perhatian teman-teman
dan guru-gurunya. Terasa ada air mata yang mengalir dipipinya lantas dengan
cepat dia mengesatnya. Perbuatannya disedari oleh Cikgu Ismadi lalu
merapatinya.
“Sabarlah Nabila. Kami semua mendoakan ibu Ila
cepat sembuh,” Pujuk Cikgu Ismadi lembut.
“Ya, Ila sabarlah. Aku akan cuba bantu kau apa
yang aku mampu,” Ucap Mimi dan Amir sayu.
“Terima
kasih, selama ini pun kalian banyak membantu
Ila. Tak tahu nak balas macamana,” Terang Nabila jujur.
“Kami menolong bukannya nak balasan Ila. Kami
ikhlas kerana kau salah seorang sahabat baik kami,” Kata Aida mewakili
teman-temannya. Yang lain mengganguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh
Aida. Sementara yang lain berbual-bual dengan Mak Jah, Mimi membisikkan sesuatu
pada Nabila.
“Ila, Abang Razi tak datang ke?,” Bisik Mimi
yang tahu perhubungan istemewa antara Nabila dengan Razi.
‘Tak, hari ni dia ada latihan. Semalam dia dah
datang,” Jawab Nabila berbisik juga takut didengar teman yang lain. Selain Mimi
dan Amir tiada yang tahu perhubungan antara Nabila dengan Razi kerana
Nabila mahupun Razi, masing-masing
pandai menyimpan rahsia perhubungan mereka dari diketahui oleh teman-teman
sekolah mereka. Di sekolah mereka hanya bertegur sapa apabila menjalankan tugas
atau bercakap yang perlu sahaja. Disebabkan itu ramai yang menyangka Nabila
mempunyai hubungan dengan Amir kerana
mereka mesra, malah kumpulan mereka amat dikenali disekolahnya. Keadaan itu
juga sering menimbulkan cemburu Razi tetapi Nabila pandai meneutralkan keadaan.
Pukul 5.00 petang teman-teman dan guru Nabila
dan Nazril meminta diri. Nabila menghantar mereka hingga ke pintu. Sambil itu
sempat Amir bertanya Nabila.
“Bila kau nak ke sekolah semula Ila?. Kami dah
rindu sangat pada kau,” Tanya Amir seraya mengusik.
“Entahlah Am aku pun tak tahu. Tengoklah
sehari dua ni,” Luah Nabila.
“Aku tahu perasaan kau Ila, tapi periksa dah
dekat,” Kata Amir risau.
“Kalau kau risau, sebenarnya aku lagi risau,”
Luah Nabila.
Lima hari Mak Jah di hospital, dia dibenarkan
balik. Pak Mail dan Mak Milah datang menjemput Mak Jah walaupun dihalang oleh
Nabila pada awalnya kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
Petang itu Nabila dikunjungi oleh Cikgu Ismadi
bersama rakan-rakannya. Nabila terkejut bercampur malu menerima kedatangan
Cikgu Ismadi ke rumahnya. Setelah menjawab salam Nabila mempersilakan mereka
naik kerumah.
“Macamana tahu mak Ila balik hari ni?,” Soalan
pertama keluar dari mulut Nabila.
“Jumpa Nazril kat sekolah tadi. Dia yang
bagitahu kat aku. Aku ajaklah Amir dan yang lain datang. Kebetulan Cikgu Ismadi
pun nak ikut sebab nak sampaikan sumbangan pihak sekolah,” Terang Mimi.
Mereka mendapatkan Mak Jah yang terbaring di
antar ruang tamu dan dapur rumah Nabila.
“Macamana keadaan makcik sekarang,” Tanya
Cikgu Ismadi simpati. Amir, Mimi, Aida dan Hanif hanya memerhati dan mendengar
perbualan antara Cikgu Ismadi dan Mak
Jah dan sesekali mereka menyampuk perbualan tersebut. Aida dan Mimi memint diri
ke dapur menjenguk Nabila.
“Ila apa yang kau buat ni, tak payah
susah-susahlah. Kita orang datang nak tengok mak kau bukan nak menyusahkan
kau,” Ujur Mimi bila dilihatnya Nabila sibuk mengoreng keropok.
“Tengok mak aku je, aku kau orang tak nak
tengok ke?,” Balas Nabila berseloroh walaupun sebenarnya dia merasa terharu di
atas kunjungan teman-teman baiknya dan juga Cikgu Ismadi.
“Yalah, nak tengok dua-dua sekali, rindu tau
kat kau dah dekat seminggu tak datang sekolah,” Jawab Aida sambil mengisi
keropok ke dalam pinggan.
“Mimi, kenapa kau bawa Cikgu Ismadi tu ke
sini?. Malu aku,” Luah Nabila.
“Aku dengan group study memang nak datang
rumah kau bila Aril kata kau dengan makcik dah balik. Kebetulan Cikgu Ismadi
nak ikut, takkan aku tak bagi pulak,”Balas Mimi.
“Mimi, tolong bawa dulang air ni,” Ujur Nabila
sambila menghulur dulang berisi cawan pada Mimi sementara Aida membawa teko
berisi air dan Nabila membawa dulang berisi kuih dan keropok.
“Menyusahkan Ila aje,” Ucap Cikgu Ismadi dan
Amir serentak.
“Tak adalah menyusahkan, jemputlah minum
cikgu, Am, Han, Ida, Mimi,” Ajak Nabila sambil menghulur cawan berisi air pada
tetamu-tetamunya.
“Nabil tak balik ke Ila?,” Soal Amir tentang kembar Nabila.
“Mungkin petang ni dia sampai Am. Dia tengah
periksa sekarang,” Terang Nabila.
Cikgu Ismadi yang tidak tahu menahu tentang
kembar Nabila agak terpingga-pingga lalu bertanya pada Nabila, “Ila ada adik
lain ke selain Nazril?,”.
Pertanyaan Cikgu Ismadi dijawab ibu Nabila
“Ila ni kembar cikgu. Kembarnya belajar di sekolah asrama penuh dekat Selangor.
Jarang dia balik melainkan cuti panjang. Tak mahu membazir katanya bila ditanya
kenapa jarang balik tapi selalu dia tulis surat pada kami dan kirim nota-nota
pada Ila. Apa Ila tak cakap ke pada cikgu yang
Ila ada saudara kembar?,” Tanya Mak Jah pada Nabila. Nabila hanya
menggeleng kepala.
“Ila ni pendiam makcik, mana dia nak cakap tak
tentu pada orang kalalu orang tak tanya,” Balas Amir mempertahankan Nabila
sambil tersenyum.
“Aaaa,
berbual-berbual jugak minum airnya,” Ajak Mak Jah pada rakan-rakan Nabila.
Cikgu Ismadi begitu asyik melihat Nabila
melayani ibunya. Begitu sopan sekali. Ah....Nabila segala-gala yang kau miliki
mempunyai ciri-ciri wanita idaman hati, bisik hati kecil Cikgu Ismadi.
Sedang mereka berbual-bual terdengar bunyi
enjin motor dihalaman dan suara orang
yang memberi salam. Nabila yang dapat mengagak siapa yang datang lantas bangun
menuju ke pintu.
Makcik, abang Razi naiklah,” Ajak Nabila pada
tetamunya.
“Ada sapa Ila?,” Tanya Makcik Milah bila
dilihat ada kereta dan kasut yang banyak di rumah Nabila.
Razi hanya tersenyum kerana tahu siapa yang
datang ke rumah Nabila.
“Cikgu dan kawan-kawan sekolah Ila makcik,
marilah mereka tengah berbual dengan mak,”.
Selepas mereka berbual-bual Cikgu Ismadi dan
rakan-rakan Nabila meminta diri untuk pulang kerana hari sudaj lewat petang.
Nabila menghantar sehingga ke pintu dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhataian mereka.
SAMUDERA KASIH 7
Ismadi termenung di meja guru mengenangkan
nasib Nabila. Dia dapat merasakan kesusahan yang mengimpit Nabila sekeluarga.
Masih jelas terbayang diruanng matanya keadaan rumah Nabila yang serba
kekurangan. Tiada kelengkapan perkakas rumah yang ada di rumah Nabila melainkan
meja untuk belajar. Ismadi kagum dengan ibu Nabila kerana dia mengutamakan
pelajaran anak-anaknya dari keselesaan hidupnya. Rumah sederhana besar itu
cukup kemas dan mendamaikan jiwa bila berada di situ. Tidak hairanlah Nabila
dan adik-adiknya dapat belajar dengan tekun kerana mereka tidak dipengaruhi
dengan perkara-perkara yang melekakan. Patutlah teman-teman Nabila suka
berkunjung ke rumahnya untuk mengulangkaji pelajaran. Suasana tenang memudahkan
mereka mentelaah pelajaran. Secara tiba-tiba Ismadi mengucap syukur pada Allah
kerana walaupun dia sudah tiada ibubapa tapi hidupnya sentiasa dilimpahi
kesenangan di bawah jagaan datuk dan neneknya. Terbetik dihatinya untuk
membantu mengurangkan beban Nabila sekeluarga.
“Hai Is, termenung panjang nampak?. Ingat mak
we ke?,” Sapa Cikgu Ramli seraya melenyapkan lamunan Ismadi.
“Tak adalah, biasa aje,” Cepat Ismadi menjawab
supaya tidak ditanya lebih lanjut, tapi ternyata sangkaannya meleset bila Cikgu
Ramli mengambil tempat disebelahnya.
‘Kau dah sampaikan sumbangan pihak sekolah
pada emak Nabila Is?. Bila Nabila nak sekolah semula?. Kesian dia banyak
pelajaran dah tertinggal,” Soal Cikgu Ramli.
“Dah hari Jumaat hari tu aku pergi dengan
budak kelas Nabila. Mak dia masih macam yang kita tengok dekat hospital dulu,”
Terang Ismadi lalu menyambung cakapnya.
“Aku tak sangkalah Li, Nabila tu mempunyai
tanggungjawab yang besar pada keluarganya. Dekat sekolah aku tengok dia
sentiasa gembira seolah-olah tiada masalah,” Luah Ismadi.
“Is, tak semestinya orang yang sentiasa ceria
tu tak ada masalah. Aku dah lama tahu kesusahan Nabila tu.
Dia memang seorang pelajar yang pandai
menyimpan rahsia. Ramai cikgu dekat sini kagum dengan dia Is. Dia tidak pernah
mencampurkan soal peribadi dengan pelajaran. Sebab itulah dia sentiasa mencapai
markah yang baik dalam pelajaran,”
“Aku kagum dengan dialah Li. Dialah pelajar
yang patut dicontohi oleh pelajar yang lain,”.
“Kagum aje, tak terpikat ke?,” Usik Cikgu
Ramli pada Ismadi yang masih bujang dan sentiasa menjadi perhatian pelajar
perempuan di sekolah. Ismadi hanya mampu tersenyum mendengar usikan itu. Rahsia
hatiku takkan aku bocorkan, bisik hati Ismadi.
“Tapi Is kalau kau berminat dekat dia kena
risik-risik dulu,” Giat Cikgu Ramli.
“Kenapa pulak?,” Soal Ismadi berminat ingin
tahu.
“Kau taulah Nabila tu dahlah cantik, pandai
pulak tu. Tentu ramai peminatnya,” Tambah Cikgu Ramli bagai tahu ada sesuatu
yang terpendam di hati temanya itu.
“Tak adalah Li, aku simpati dengan nasib dia,”
Balas Ismadi cuba menyembunyikan perasaannya.
Masing-masing bergegas ke kelas apabila loceng
berbunyi menandakan pertukaran pengajaran mata pelajaran. Cikgu Ismadi
melangkah ke kelas 5 Sains 1untuk mengajar pelajaran Matematik Tambahan.
Pertama-tama yang dilakukannya bila memasuki
kelas itu ialah menjeling di tempat duduk Nabila. Masih kosong menandakan
Nabila masih belum hadir ke sekolah. Risau hatinya mengenangkan banyak
pelajaran yang tidak dapat diikuti oleh Nabila.
Ah Nabila di mana-mana aku berada wajah kau
juga yang menjelma di ingatan, luah hati Cikgu Ismadi.
Selesai
mengajar dan memberi kerja rumah untuk pelajar-pelajarnya, Cikgu Ismadi
meninggalkan kelas 5 Sains 1 dengan lemah.
“Kau perasaan tak Cikgu Ismadi tu macam tak
ada mood aje hari ni”, Ucap Ira pada Mimi.
“Macamana nak ada mood, murid kesayangan dia
dah seminggu tak datang”, Jawab Amir yang duduk berhampiran .
“Kesian Ila. Aku nak ke ruamah dialah lepas
sekolah, nak bagi nota dan terangkan pelajaran yang baru”, Tutur Mimi.
“Ala, aku ada latihan bola tamparlah hari ni,
kalau tak nak juga aku ikut kau Mimi”, Balas Amir.
Perbualan mereka terhenti bila guru kimia
masuk ke kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)