Monday 23 July 2012


SAMUDERA KASIH 4

“Mak... mak kenapa ni? “ Raung Nabila tetapi tiada jawapan dari ibunya. Nabila merasa denyut nadi ibunya sambil menjerit memanggil Nazril. Nazril yang terpingga-pingga dikejutkan pagi-pagi begitu terus meluru mendapatkan Nabila bila mendengar esakan Nabila.
“Aril! pergi panggil Pak Mail cepat, mak pengsan.,” Arah Nabila sambil menangis. Nazril yang turut menangis terus mencapai basikal dan meluru ke rumah Pak Mail. Sepuluh minit kemudian Pak Mail dan Mak cik Milah tiba .
“Kenapa Ila, macamana boleh jadi macam ni? Soal Pak Mail dan Mak Milah hampir serentak.
“Tak tahulah Pakcik, makcik,  saya bangun tadi emak dah pengsan, agaknya mak terjatuh, Jawab Nabila sayu.
“Mari bawak mak kamu ke hospital,” Arah Pak Mail. Nabila dan Nazril mengangkat ibu mereka ke kereta.
“Aril tak payah pergilah. Biar kakak aje pergi. Aril jaga rumah. Hantar kuih dekat warung Mak Temah. Cakap pada Mak Temah, mak sakit,” Ucap Nabila. Nazril agak keberatan tetapi memandangkan itu punca rezeki keluarganya, dia menggangukkan kepala sahaja.
“Lepas tu Aril pergi ya kak,” Ucapnya. Nabila hanya mampu mengganguk kepala sahaja.
Di dalam kereta Nabila menangis teresak-esak sambil memangku ibunya dan mengurut-ngurut kaki ibunya.
“Sabarlah Ila. Moga tak ada apa-apa yang berlaku,” Pujuk Makcik Milah. Pakcik Mail memandu agak laju kerana mahu cepat sampai ke hospital. Dia hanya mampu berdoa agar tiada apa-apa yang terjadi ke atas ibu Nabila.
Setibanya di hospital ibu Nabila terus di bawa berjumpa doktor.
“Macamana keadaan mak saya doktor,” Soal Nabila pantas setelah doktor selesai membuat pemeriksaan.
“Mak awak pengsan sebab terlalu letih dan kekurangan air,” Jawab doktor yang bertugas itu dengan lembut.
“Bila mak saya akan sedar?,” Tanya Nabila perlahan.
“Tak pasti lagi dik. Tapi jangan risau, saya akan cuba sedaya upaya merawat mak adik,” Terang doktor yang bertugas itu selanjutnay.
“Ila, Pakcik balik dulu sebab nak kerja. Biar Makcik Milah temankan kamu di sini,”.
“Tak apalah makcik, menyusahkan makcik aje. Biar Ila aje yang jaga mak,”
“Tak mengapa Ila makcik temankan kamu, bukannya ada sapa kat rumah tu,” Balas Makcik Milah lembut.
“Terima kasih pakcik, makcik menyusahkan pakcik dan makcik aje,” Ucap Nabila terharu.
“Kitakan sekampung Ila, dah macam saudara. Hari ni Ila susah pakcik dan makcik tolong, esok lusa kalau pakcik susah orang akan tolong pulak,” Balas Pak Mail lembut.
Selepas Pak Mail pulang Nabila mengajak Makcik Milah bersarapan walaupun dia tidak berselera tetapi mengenangkan budi baik Makcik  Milah, dia tidak sampai hati lagipun tentu Makcik Milah belum bersarapan kerana terpaksa ke hospital waktu pagi.
“Kesian Abang Razi makcik, tentu dia terkejut bangun tengok-tengok pakcik dan makcik tak ada,”
“Masa makcik dan pakcik ke rumah kamu, dia dah bangun. Dahlah jangan risau tentang dia. Makcik dah sediakan sarapan,” Ucap Mak Milah.
Selepas bersarapan mereka kembali semula ke wad tempat ibu Nabila berada. Mak Jah masih belum sedar. Seorang juruwarat memanggil Nabila untuk bertemu doktor.
“Saya harap adik tabah menerima berita yang akan saya katakan ini,” Ujur Doktor Akmal iaitu doktor yang merawat ibu Nabila. Perasaan Nabila sudah tidak tentu hala mendengar ucapan itu tetapi dia cuba berwajah tenang.
“Kenapa doktor?. Kenapa dengan ibu saya?” Tanyanya.
“Kemungkinan besar ibu adik akan lumpuh,” Dum.. bagaikan ada batu besar mengempap kepala Nabila bila mendengar keterangan Doktor Akmal. Air mata tidak dapat dibendung lagi, teresak-esak Nabila menangis dihadapan Doktor Akmal.
“Sabarlah dik. Ini adalah ujian dariNya untuk melihat ketabahan umatNya,” Pujuk Doktor Akmal menyabarkan Nabila.
“Tapi doktor, hanya pada ibulah tempat kami bergantung hidup selama ini,” Ujur Nabila sayu.
“Ayah adik mana?” Soal Doktor Akmal ingin tahu.
“Ayah meninggal masa saya umur 10 tahun doktor. Sejak itulah emak berkerja keras untuk membersarkan saya tiga beradik,” Terang Nabila.
“Berbual-bual ni, lupa pulak nak tanya siapa nama adik ni?”
“Saya Nur Nabila tapi panggil Ila aje,”
“Saya bersimpati di atas apa yang terjadi ke atas Ila dan keluarga. Sabarlah, sebagai seorang doktor saya telah lakukan apa yang termampu, tapi semua ini telah ditakdirkan oleh Allah,” Ucap Doktor Akmal tenang memandang Nabila.
Nabila hanya mengganguk dan mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari bilik doktor. Nabila menuju ke katil ibunya. Makcik Milah yang menunggu di situ tidak sabar hendak mengetahui perbualan Nabila dengan doktor yang merawat ibunya.
“Apa kata doktor Ila?” Soal Makcik Milah tidak sabar bila melihat kesungulan wajah Nabila.
“Doktor kata emak akan lumpuh makcik,”Terang Nabila dengan mata berkaca. Terkejut Makcik Milah mendengar jawapan Nabila.
“Sabarlah nak,” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Makcik Milah sambil menangis sayu mengenangkan nasib yang menimpa Nabila sekeluarga.
Nazril tiba dihospital pada tengah hari itu dengan wajah yang murung lantas mendapatkan Nabila dan Makcik Milah.
“Kak macamana mak,” Tanyanya sayu sambil memerhati ibunya yang masih belum sedar.
Serba salah Ila untuk berterus terang dengan adik bongsunya mengenai keadaan ibu mereka.
“Mak belum sedar lagi dik. Emak terlalu penat kerja sebab tulah jadi macam ni,” Terang Ila lembut pada adiknya.
“Tadi Aril dah telefon sekolah bagi tahu Kak Ila dan Aril tak sekolah sebab mak sakit,” Terang Nazril tanpa dipinta. Nabila cuma mengganguk saja.
“Aril, kakak nak hantar Makcik Milah balik, Aril jaga mak tau, petang nanti kakak datang lagi,” Ucap Nabila.
Nabila dan makcik Milah meninggalkan perkarangan hospital menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Nabila kelihatan tidak bermaya dan tidak banyak bercakap,  perlakuannya  diperhatikan oleh Makcik Milah penuh simpati.

No comments:

Post a Comment