Sunday, 9 June 2013

KEK LOBAK MERAH

Assalamualaikum.....

Lamanya tak menjengah ke blog uda nie. Bersawang dah rasanya....Minggu2 cuti sekolah nie keluarga bertandang ke rumah, banyak masa untuk mereka. Yela sekali sekala berkumpul macam2 yg nak dibuatnya. Komputer & laptop dan di monopoli anak2 sedara buat main game dan nengok cartoon kat youtube, makanya maak uda diorang nih mengalah jela.....

Sebenarnya aktiviti memasak tetap berjalan lancar cumanya tak sempat nak update kat blog nih...lagi2 permintaan anak2 sedara yg nak makan macam2 tuh....sayang anak buah punya pasal layankan je la apa yg dia org nak makan.....

Ari tuh sempat le uda buat kek lobak merah nih untuk kawan uda menghadiri majlis pertunangan sepupunya, juga buat cup cake untuk makan2 keluarga.

Uda buat 3 adunan kek carrot ni.  Adunan bakar guna loyang 8” dan satu adunan buat cup cake untuk makan2 dengan keluarga.
Kek 8” inci uda tak hias sebab kawan uda nak bawa ke majlis pertunangan sepupu dia takut pula forsting cair. Cup cake pulak sebahagianya uda hias dengan cream cheese dan sebahagiannya kosong sebab mak ngan abah uda bukannya suka ada cream2 nih…

Jom intai resepi nih yg uda goggle dari myresepi tapi banyak dah uda skip iaitu uda tak letak rempah dan serbuk pala. kalo uda letrak alamatnya tak de sapa yg sudi maakan....Apa2 pun mari2 layan gambo nih ye kekawan.....


 Dah siap packing utk hantar kat kawan uda
 Hias dengan cheese cream, so yummy.......
 Ni pulak bakar guna cup cake kecil
Yang nie guna cawan kertas keras

RESEPI KEK LOBAK MERAH
Sumber : Myresepi

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1  cawan gula pasir halus (resepi asal 1 1/2 cawan)
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan badam yang dicincang dan sangai sekejap

Cara-cara
Panaskan oven 160 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kekdan alas dengan baking paper.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder,  garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

Selamat mencuba.......

No comments:

Post a Comment