Wednesday, 18 July 2012


SAMUDERA KASIH 3

Setibanya di rumah Ila terus mendapatkan ibunya yang terbongkok-bongkok di dapur kayu mengukus kuih koci. Memang menjadi kebiasaannya bila balik dari sekolah ataupun kemana-mana, ibunyalah orang pertama yang akan dicarinya bila balik ke rumah.
“Mana Aril,  Ila?” Sapa ibunya ketika melihat kelibat Nabila.
“Aril pergi mandi mak. Katanya nak cepat ke surau, nanti boleh mengaji awal,” Balas Nabila.
Mak Jah tersenyum mendengar jawapan Nabila. Dia rasa bersyukur kerana anak-anaknya mendengar kata. Tak payah terjerit-jerit memarahi Nazril kerana dia sudah tahu kewajipannya.
“Mak! Aril pergi surau dulu ya. Mak masak apa hari ni?” Soalnya.
“Mak masak gulai labu dengan ikan bakar,” Jawan Mak Jah.
“Huh bestlah,” Sorak Nazril gembira kerana ibunya memasak lauk kesukaannya.
“Lepas ngaji belik cepat, jangan main-main, nanti boleh makan sama,” Ucap Mak Jah bila dilihatnya Nazril sudah mencapai basikal. Nazril cuma menggangukkan kepala.
Selepas menunaikan solat Maghrib Nabila mula menguli tepung untuk membuat kuih.
“Rehatlah dulu Ila. Kamu tentu penat, biar mak aje yang buat,”
“Tak apalah mak, mak lagi penat buat kerja dari pagi hingga ke malam. Tidur pun kejap aje,” Balas Nabila lembut.
“Mak dah biasa Ila,”.
“Mak.. lupa pulak Ila nak bagitahu, Pakcik Karim nak kuih hari Khamis ni,”
“Banyak ke?” Soal Mak Jah.
“Dia nak karipap lima puluh, keria lima puluh,”Jawab Nabila.
“Kesian mak tengok kamu ni Ila. Dahlah penat belajar kena pulak buat kerja-kerja ni semua. Mak takut kamu tak lulus periksa aje Ila,” Ucap Mak Jah dengan terharu.
“Mak... Ilakan dah biasa, janganlah risau. Ila dah bahagi-bahagikan masa untuk buat ulangkaji, kerja sekolah dan tolong mak,” Jawap Nabila sambil merenung ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Mak.. bukannya apa Ila, mak takut kamu sakit. Periksa pun dah tak lama lagi. Kamu tu kerja teruk-teruk dah tu belajar sampai jauh malam pulak,”.
“Buat masa ni tak ada masalah yang Ila hadapi mak cuma Ila risaukan mak aje,”
“Kenapa pulak?” Soal Mak Jah sambil merenung anak gadisnya.
“Yalah, mak selalu tak sihat tapi buat jugak kerja-kerja ni semua,”
“Kerja ni ajelah yang mak tahu buat Ila. Sebab tulah mak suruh kamu dan adik-adik belajar rajin-rajin supaya jangan jadi macam mak ni,”. Balas Mak Jah perlahan. Terharu Nabila mendengar ucapan dari ibunya. Memang Nabila bertekad untuk mengubah nasib keluarganya. Kalau dia dan adik-adiknya tidak
mengubah kehidupan keluarga, tiada siapa yang akan mengubahnya.
“Mak, Ila akan cuba penuhi harapan mak tu. Mak doakanlah semoga impian mak, Ila dan juga adik-adik akan tercapai,” Ucap Nabila .
“Mak sentiasa mendoakan kamu semua Ila malah mak bersyukur kerana Ila dan adik-adik tahu kesusahan hidup kita,” Balas Mak Jah.
“Dahlah mak jangan cakap macam tu lagi. Kami tak kisah, asalkan kita sekeluarga sihat dan gembira itukan sudah memadai,”.
“Assalamualaikum..,” Terdengar suara Nazril memberi salam.
“Walaikumsallam,” Jawap Nabila sambil membuka pintu.
Selepas itu mereka menikmati makan malam bersama-sama dengan penuh selera.Lepas makan Nabila kembali menyambung kerjanya, manakala Nazri pula sibuk menolong Mak Jah mengoreng ayam.
 Setelah semua kerja selesai Nabila mula mengulangkaji pelajarannya dan membuat latihan-latihan yang diberi oleh gurunya sambil itu mengajar Nazril  mengenai pelajaran yang tidak difahaminya.
Pagi itu Nabila bangun agak lewat. Nabila terus menuju ke dapur untuk mandi dan melihat ibunya tetapi tidak kelihatan ibunya di dapur. Nasi lemak pun belum di masak. Nabila termangu seketika sambil memanggil ibunya tetapi tiada jawapan. Nabila ke pintu dan alangkah terkejutnya bila mendapati ibunya tertiarap di tanah. Nabila panik dan terus menerkam ibunnya.

No comments:

Post a Comment