Sunday, 15 July 2012


SAMUDERA KASIH 2

“Hai! rajinnya adik abang ni. Balik lambat ke hari ni,” Sapa satu suara ketika Ila sedang mencari buku di rak. Ila berpaling lantas tersenyum bila mengenali orang yang menyapanya. Razi pelajar tingkatan enam atas merupakan jiran sekampungnya dan sekaligus orang yang paling rapat dengan keluargaa Nabila.
“Ila ada kelas tambahan pukul 2.30 nanti lepas tu ada latihan bola jaring. Abang Razi balik lewat juga ke?” Soal Ila pula.
“Hari ni ada latihan bola. Abang malaslah nak balik. Cuaca panas nanti kalau abang balik takut tak dapat datang pulak,”
“Kenapa?”.
“Ila faham-faham ajelah kalau dah balik, nampak pulak bantal ah! tidurlah jawapnya,” Kata Razi sambil tersenyum. Ila juga turut tersenyum mendengar jawapan Razi itu.
Selepas mendapat buku yang dicari Ila meminta diri dan menuju ke kaunter  untuk mendaftar. Razi menghantar melalui pandangannya hingga Nabila keluar dari perpustakaan.
“Ila, kau tak makan ke,” Sapa Mimi ketika Ila melabuhkan punggungnya di Bilik Sumber tempat mereka mengadakan kelas tambahan.
“Aku kenyanglah Mimi,”
“Kau tu selalu tak makan, nanti sakit kan susah,” Tegur Mimi.
“Ala, balik rumah nanti aku makanlah,”. Perbualan mereka terhenti bila Cikgu Ismadi datang.
Perbincangan soalan tahun-tahun lepas begitu menarik perhatian pelajar-pelajar. Cikgu Ismadi tersenyum melihat kesungguhan pelajar-pelajarnya. Seorang demi seorang pelajar yang sedang rancak berbincang diperhatikannya, antara ramai pelajar-pelajarnya entah mengapa dia begitu tertarik dengan Nabila. Padanya gadis itu begitu menarik dengan sifat semulajadinya. Pada hematnya Nabila seorang gadis yang cukup bersopan dari segi tutur kata dan gerak-gerinya walaupun dia kelihatan tegas bila menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas sekolah. Disitulah hatinya tertarik  tetapi hasratnya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Nabila tidak kesampaian kerana Nabila sukar didekati. Selepas sahaja waktu sekolah Nabila terus pulang ke rumah dan dia hanya balik lewat jika ada kelas tambahan ataupun latihan sukan.
Cikgu Ismadi dapat merasakan sejak dia ditukarkan mengajar di sekolah itu dua bulan yang lalu dan mengajar Nabila, seakan ada satu perasaan yang aneh bila berhadapan dengan gadis itu biarpun dirinya sendiri sering menjadi perhatian pelajar-pelajar perempuan yang lain terutama pelajar tingkatan enam atas dan enam rendah tapi entah mengapa dia lebih tertarik untuk mendekati Nabila.
“Cikgu lambat lagi ke kelas ni?,” Sapa Mimi lantas mengejutkan Cikgu Ismadi yang sedang melayani  lamunannya. Cikgu Ismadi menelek jam ditangannya pukul 4.30 petang, patutlah sibuk sangat mereka nak balik, getusnya.
“Baiklah sampai sini dulu, jangan lupa buat ulangkaji kalau ada yang tak faham boleh tanya saya,”
Selepas mengucapkan terima kasih masing-masing sibuk mengemas tempat mereka dan mula keluar meninggalkan Bilik Sumber yang digunakan.
“Terus balik ke Ila?” Sapa Amir sambil mengayingi Nabila dan Mimi.
“Taklah ada latihan bola jaring. Kau pulak?” Soal Nabila pula.
“Aku pun ada latihan bola tampar. Nak ikutkan malas nak berlatih tapi kau tahulah aku ni kan harapan pasukan, tak ada aku nanti lingkup pulak pasukan bola tampar sekolah kita,” Ujur Amir seraya melawak.
“Ada-ada aje kau ni Am,”. Balas Mimi dan mereka sama-sama tertawa.
Tanpa mereka sedari segala gerak geri mereka bertiga diperhatikan oleh Cikgu Ismadi dengan penuh minat. Cikgu Ismadi berjalan tidak berapa jauh dari mereka bertiga. Seakan ada perasaan cemburu bila melihat kemesaraan Nabila sewaktu bersama  Amir.
Mereka berpecah untuk menyalin pakaian sukan dan menunaikan solat Asar.
“Mimi, aku rasa nak tarik dirilah dari menyertai pasukan bola jaring sekolah kita,” Ucap Nabila ketika mereka selesai menjalani latihan petang itu.
“Kenapa pulak?” Soal Mimi pantas.
“Sekarang ni latihan akan diadakan tiap-tiap hari. Aku kesian kat mak aku, kau tahulah keluarga aku tak macam kau orang. Mak aku terpaksa membanting tulang untuk membesarkan aku dan adik-adik. Kalau hari-hari ada latihan tentu aku tak dapat tolong emak aku,”.
“Tapi Ila tak bestlah kalau kau tak ada, lagipun Cikgu Rahimah tentu tak benarkan kau tarik diri sebab setakat ni hanya kau aje harapan dia,”. Memang selama ini Cikgu Rahimah begitu berpuas hati terhadap permainan Nabila kerana Nabila boleh menjaringkan gol walaupun dari jarak jauh. Sebab itulah ramai yang mengkagumi corak permainannya.
“Entahlah Mimi, Kadang-kadang aku buntu bila memikirkannya,” Keluh Nabila.
“Jangan cepat berputus asa Ila. Tentu ada rahmat disebalik ujian ini. Hari ini mungkin kehidupan kau susah tapi tak semestinya selama-lama hidup kau akan susah,” Nasihat Mimi.
“Hei Ila, Mimi kenapa monyok aje ni?” Tegur Amir seraya duduk di sebelah Nabila.
“Ila ni Am, nak tarik diri dari pasukan bola jaring,” Jawab Mimi.
“Kenapa pulak?” Soal Amir lagi.
“Banyak kerja nak buatlah Am, tak terlarat rasanya,”Balas Nabila pula.
“Sejak bila pulak kau jadi manusia yang putus asa ni Ila. Selama ni kau tak mengeluh pun?” Soal Amir dengan serius.
“Mimi, Am sekarang ni mak aku sering tak sihat tapi dia tetap bekerja mencari rezeki untuk aku dan adik-adik. Mak aku sembunyikan kesakitannya demi kami tapi sebagai anak aku dapat merasakannya. Kalau hari-hari ada latihan macamana aku nak tolong mak aku. Kau bayangkanlah balik dah masuk maghrib, dahlah penat nak buat kerja sekolah pulak,  nak baca buku lagi, macamana aku nak buat kuih,” Jawab Nabila panjang lebar. Terdiam Amir dan Mimi seketika mendengar jawapan itu.
“Kau bincanglah baik-baik dengan Cikgu Rahimah, tentu dia akan fikirkan masalah ni,” Cadang Amir lembut.
“Nantilah aku fikirkan,” Jawab Nabila perlahan.
“Bas dah sampai tu, jomlah kita naik dulu, nanti taklah berebut dengan budak-budak petang,” Ajak Mimi.
Masing-masing bangun dan menuju ke bas sekolah yang tersedia.
“Balik lambat Ila,” Tegur Pakcik Karim pemandu bas sekolah yang dinaiki Nabila.
“Ya pakcik, ada latihan sukan,” Jawab Nabila.
“Ila Pakcik nak tempah kuih hari Khamis ni,” Ucap Pakcik Karim setelah Ila duduk.
Nabila yang sudah sedia maklum dengan permintaan Pakcik Karim mengganguk kepala. Memang Pakcik Karim sering menempah kuih dengannya untuk dibawa ke surau setiap tiba gilirannya membawa makanan. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya yang  sering semput.
“Pakcik nak kuih apa?” Tanya Nabila.
“Ila buatlah kuih karipap lima puluh dan kuih keria lima puluh ya,” Jawab Pakcik Karim.
“Yalah Pakcik,”. Perbualan mereka terhenti apabila murid-murid sebelah petang mula menaiki bas.

No comments:

Post a Comment