Kedinginan pagi terasa hingga ke tulang sum-sum tetapi Mak Jah tidak menghiraukan suasana dingin itu terus menguliti mimpinya. Mak Jah lantas bangun dan menuju ke perigi membersihkan diri. Sudah menjadi rutin hariannya bangun pada pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan makanan yang akan dijual di warung Pak Akob. Setelah menanak nasi lemak, pantas tangannya mengoreng karipap yang telah dibuat oleh Nabila pada malam tadi. Tak sampai hati Mak Jah hendak mengejutkan Nabila di waktu subuh begini kerana kasihan. Sudahlah menolong membuat beberapa jenis kuih, terpaksa pula mengulangkaji pelajaran hingga larut malam. Bila diingat-ingat mengalir air mata Mak Jah kerana anak gadisnya tidak pernah merungut malah begitu mengambil berat akan penderitaan kehidupan mereka. Kembar Nabila, Mohamed Nabil pula bersekolah di asrama dan hanya akan balik pada waktu cuti sekolah sementara anak bongsu Mak Jah Nazril masih kecil tetapi sudah mengerti erti kesusahan kehidupan keluarganya.
“Mak, kenapa tak kejut Ila. Kan boleh Ila tolong goreng kuih ni”,dakap Ila mesra di belakang ibunya.
“Tak apalah Ila, emak kasihan tengok kamu, semalam tidur lewat nanti mengantuk pula di sekolah,” Balas Mak Jah lembut.
“Pergi mandi dulu , dah nak Subuh ni nanti boleh ganti emak pulak nak sembahyang ,”.
“Ialah mak,”.Lantas Nabila menuju ke bilik air untuk membersih diri dan berwuduk.
Setelah menolong emaknya mengemas di dapur, Nabila terus ke sekolah tetapi berpatah balik semula.
“Mak , hari ni Ila balik lewat sebab ada kelas tambahan dan latihan sukan,”
“Ialah, hati-hati ya,” Balas Mak Jah sambil memerhati kelibat Ila hilang dari pandangan.
Seperti biasa hampir pukul 6.30 pagi Mak Jah bersama Nazril akan menghantar kuih dan nasi lemak ke warung Mak Temah. Mak Jah yang mengambil upah di warung itu akan sibuk melayan orang-orang yang datang ke warung untuk bersarapan. Tangan nya pantas membuat itu dan ini, sebab itulah Mak Temah suka Mak Jah membantunya.
“Hei Ila kenapa termenung ni?,” Sapa Amir pengawas yang sama-sama bertugas menjaga pintu utama sekolah.
“Tak ada apa-apalah,” Balas Ila lembut.
“Kau jangan nak tipu akulah. Kita kawan dah lama, aku tahu bila kau sedih, bila kau gembira dan bila kau ada masalah,”.
“Bila masa pulak aku lantik kau perhatikan segala gerak geri aku ni,” Tutur Ila sambil tersenyum.
“Kau ni, bila aku tanya ada je jawapan. Tapikan lagi tadi aku dok perhatikan kau termenung sorang-sorang, macam ada masalah aje. Kalau ada masalah jangan pendam Ila, periksa dah tak lama lagi ni,”.
“Aku tengah fikir pasal periksalah ni. Am, aku takutlah tak lulus nanti, tentu emak aku kecewa. Kau tahulah betapa susahnya mak aku cari duit untuk menyekolahkan aku dan adik-adik,” Ucap Ila perlahan.
“Aku gerenti kau lulus dengan cemerlang punya. Kaukan antara pelajar terbaik di sekolah ni, apa yang kau nak risau,” Kata Amir sambil memberi persangsang.
“Tak mestinya tak boleh gagalkan,”
“Itu terpulanglah pada diri kau sendiri untuk menentukannya. Pada aku kalau kita dah berusaha dengan sungguh-sungguh dan tawakal pada Allah, insyallah kejayaan itu menjadi milik kita,”.
“Oklah bakal peguam, terima kasih atas nasihat dan perangsang kau tu. Moga-moga atas usaha aku dan doa dari kau dan keluarga aku, aku akan berjaya dengan cemerlang,” Tutur Ila.
“Kau ni ada-ada ajelah,” Balas Amir sambil tertawa kerana Ila mengusiknya bakal menjadi seorang peguam tetapi itulah yang diimpikannya selama ini.
Setelah memastikan tiada lagi pelajar yang datang lewat ke sekolah mereka menuju ke kelas untuk memulakan pelajaran pagi itu. Ila begitu tekun mendengar segala penerangan yang disampaikan oleh Cikgu Ismadi. Bagi Ila semasa menghadapi pelajaran dia perlu melupakan segala masalah yang dihadapi kerana tidak mahu pelajarannya terganggu.
“Oklah kita sambung pelajaran ni masa kelas tambahan nanti. Jangan ada yang ponteng, nanti kamu yang rugi sebab saya rasa topik ni akan keluar tahun ini,” Ucap Cikgu Ismadi sebelum meninggalkan kelas.
Sementera menunggu kelas tambahan bermula Ila ke perpustakaan terlebih dulu kerana hendak meminjam buku-buku rujukan.
cpt2 update,,he
ReplyDelete