Monday, 15 April 2013

KARIKURMA AYAM

Assalamualaikum...

Korang nak cuba tak resepi uda masak nih. Korang tau kan rempah kurma tak pedas dan kari pulak pedas, nak2 kalo kari adabi ataupun babas, cuma kari keluaran Mak Siti je tak pedas. Jadinya uda cuba campurkan kedua2 rempah kari dan kurma adabi untuk rasa tak berapa pedas dan dalam masa yg sama dapat aroma kedua2 rempah tu bila kita makan.

Jom le semak resepi mudah nih.....



KARIKURMA AYAM

Bahan-bahan.


·                  500gm ayam potong kecil2
·                  2 sdb rempah kurma adabi
·                  2 sdb besar rempah kari adabi
·                  1  cwn santan segar pekat
·                  3 ulas bawang putih
·                  3 biji bawang merah kecil
·                  ½ inci halia
·                  3 sudu besar minyak utk menumis
·                  2 biji kentang potong 4
·                  1 btg lobak merah potong dadu
·                  sedikit garam
·                  5 tangki daun kari
·                  1 sdt serbuk magi cukup rasa
·                  Air utk empukkan ayam dan kentang
·                  Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
Cara-Cara.


1.                Basuh bersih ayam dan toskan
2.                Tumbuk lumat halia, bawang putih dan bawang merah
3.                Rempah kurma dan kari bancuh dgn sedikit air – jadikan pes
4.                Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan bahan tumis dan setangkai daun kari. Bila garing masukkan pes kurma dan kari dan kacau seketika hingga nampak garing
5.                Masukkan ayam dan kentang dan tambah air. Biar mendidih baru masukkan lobak merah.
6.                Bila semua sudah empuk masukkan santan, maggi cukup rasa, garam dan baki daun kari.
7.                Kacau supaya santan tak pecah dan rasa garamnya, kalau kurang boleh tambah.
8.                Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama roti jala, roti ataupun nasi.
  • Ni uda nak pesan, kalo guna kentang russet yg cepat empuk tuh jangan masukkan sekali dengan ayam, nanti hancur pulak. Agak2 ayam dah nak empuk baru masukkan kentang sekali dgn lobak merah tau.
  • Air pulak korang agak2 le nak kuah tu pekat camner. Kalo nak pekat tak yah letak air banyak sangat.
Selamat mencuba…………………..

Sunday, 14 April 2013

EGGLESS PLUM MOIST CAKE

Assalamualaikum semua..............

Hari minggu hari yg menyeronokkan untuk masak memasak..........
Hari nih uda dapat buat tart gulung, mazola coklat, mini pavlova dan kek plum yg sangat sedap (pada tekak ku le) he...he...he.....
Tapi uda post dulu resepi dan gambo kek plum ye....Yang lain nanti dulu tau bila berkesempatan uda post entrynya...

 BAHAGIAN BAWAH
 BAHAGIAN ATAS
KEK YG DAH DIPOTONG

Eggless Plum Cake  (Bakar)

Bahan A :
  • 160 g tepung gandum*
  • 200 g tepung red rose*
  • 2 sudu kecil baking powder *
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  • (Bahan *ayak 3 kali)
  • ½ cwn yakult (kalo tak de guna je jus oren)
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 400 g plum warna hitam kering
  • 380 ml susu pekat manis
  • 1cwn air – 250ml
Cara-cara :
  1. Rebus buah plum dengan air panas seketika. Toskan. Tujuan merebus plum supaya hilang masam dan warna putih yg ada kat plum kering tuh dan juga supaya plum kembang dan bash. Buang biji dan hiris halus
  2. Satukan semua bahan B ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api bila dah cair. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  3.  Keluarkan bahan B dari peti ais dan satukan dengan Bahan A yg telah diayak tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  4. Akhir sekali barulah dimasukkan yakult. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang 8” yang sudah disapukan dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.  
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Kek nih sangat moist dan sedap. Buah plum tuh bila dah masak ada rasa macam buah prune. Jadinya kalo korang malas nak guna plum boleh je ganti dengan prune….
Ha lagi satu , tepung tu kalo nak guna tpg gandum sepenuhnya pun boleh gak, tapi kalo guna tpg red rose lagi seap......................

Selamat mencuba.............


Saturday, 13 April 2013

Myra skirt

Salam semua....

Lepas siapkan tempahan kuih. Uda siapkan pulak skirt Myra. Sebenarnya skirt ni uda ubahsuai je bagi panjangkan sikit. kebetulan mummy Myra dapat kain corak yg sama macam warna asal, so dia minta tolong modified skirt tuh......

Tengok le hasil ubahsuai ku ini................
Agak sussh jugak tau sebab kat bahagian dalam pun ada tambahan kain lain, pas tu dia beropol2 le pulak......


2 helai skirt yg telah dipanjangkan...Uda sambungkat bahagian bawah tuh utk kedua-dua skirt nih....

TEMPAHAN APAM POLKADOT DAN BAHULU CAWAN

Assalamualaikum kekawan bloger...
Harap ceria selalu ye.........

Ni nak tunjuk tempahan yg kekawan uda buat......

Terima kasih ye kak Ida dan Sue. Harap berpuas hati dengan hasil air tangan uda.......


Kuih bahulu cawan untuk Kak Ida


100 biji Apam polkadot untuk Sue


Thursday, 11 April 2013

EGGLESS CHOCOLATE GAETAU

Assalamualaikum semua....................

Ari ni nak kongsi kek yg senang nak dibuat. Uda amik resepi nih dari blog Rahel. Uda buat simple aje tak letak ganache makan cam tu je.............. Minta kebenaran ye Rahel uda copy resepi nih....utk rujukan masa depan.


Eggless Chocolate Gateau
Sumber:Fabulous Cake Business/rahel
Bahan Cake:
(A):150g minyak - Uda guna minyak sunflower
       200g brown sugar- uda guna gula caster
       1/4 sudu teh garam
       1/2 sudu teh coffee paste- uda guna mocha paste 1sdt
       280g sweet soya milk
(B):200g tepung biasa (guna tepung gandum)
       30g serbuk koko
       1 1/2 sudu teh baking powder
       3/4 sudu teh baking soda

Cara membuat kek:
1.Campur bahan (A) kacau hingga rata.Tambahkan bahan (B) dan kacau hingga sebati.
2.Tuang adunan kek ke dalam loyang 8'' yang sudah digris baking paper.
   Bakar pada suhu 170'C selama 60 minit.Setelah masak biarkan kek sejuk.
3.Hias kek sesuai dengan kreativiti anda.Uda makan cam tu je.................

Catatan:
*Ayakkan bahan (B) sebelum dituang ke dalam bancuhan bahan (A).
*Minyak boleh diganti dengan melt butter.
*Sweet soya milk bole diganti dengan susu segar.

Monday, 8 April 2013

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN JUS OREN

Assalamualaikum semua...............

Malas nak tulis tapi nak post satu lagi resepi yg uda cuba buat. kalo teringain nak cuba boleh je tengok resepi kat bawah nih..........




 Ni dah kena potong separuh sebab bagi kat along uda bawa balik umah dia.



KEK KUKUS BUAH-BUAHAN JUS OREN

BAHAN :
350gm buah2an campuran
3sdb tpg gandum (utk salut buah2an)
1 sdb parutan kulit oren
1sdb jus oren
250gm mentega
300gm tpg gandum*
1cmt sodium bicarbonate*
1cmt cream of tartar* (bertanda *ayak bersama)
4 biji telur gred B (3 biji kalo guna gred A)
150gm gula kastor (nak guna gula perang pn boleh)
150gm gula pasir utk gula hangus

CARA :

Didih air dlm kukusan. Guna loyang 8” x 8”atau loyang bulat 8”. Sapu butter dan alas dasar dgn kertas minyak. Sapu juga butter pada kertas.
Ayak tepung bersama soda bicarbonate dan cream of tartar
Campur 3 sdb tpg dgn buah2an campuran
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkkan telur sebiji-sebiji dan masukkan jus oren
Bila dah sebati perlahankan sped mixer dan masukkan tpg. Gaul rata dan matikan mixer
Masak gula pasir hingga jadi kramel, kacau hingga jadi coklat keemasan dan tuang dalam adunan kek tadi. Kacau cepat2 bila dah sebati masukkan buah2an, tuang dalam loyang. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 4 jam. Lepas sejam periksa air, jika air nak kering tambah dengan air panas.
Sejukkan bila masak dan tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Sunday, 7 April 2013

BAHULU CAWAN

Salam semua......

Hujung minggu cam nih buat apa korang semua?...Uda duduk umah je, kemas2 umah pas tu ada lak kakak keja kedai tuh suruh buatkan bahulu, maka merajinkan la diri nih buat kuih tradisional tuh.....
Aduhai malang tul la...cetak bahulu cermai ku itu melekat le pulak, dah le beli tak agak2 sampai 3 acauan, gr..............sebelum nih pernah buat melekat gak, ingatkan buat kali ke 2 dah ok, tapi masih cam tu....gak.
Walaupun dah dipanaskan ngan minyak selama 20 minit masih melekat gak.....

Sebab dah geram ngan bengang, buat banyak kali masih melekat gak, hah amik ko,  uda letak dalam cawan kertas sonang cito......Yang pasti resepi bahlulu nih sangat lembut....Sanggup uda call mak kat kg minta petua nak buat bahulu yg lembut nih......

Jom2 kita intai resepi kuih tradisional nih.......



BAHULU CAWAN
Bahan :
6 biji telur gred B
200gm gula pasir
180gm tpg gandum – goreng sekejap tanpa minyak
 1sdt baking soda
1sdt ovallete
1sdt vanilla

Cara :
Panaskan oven – uda guna 170 mengikut oven uda
Ayak tpg dgn baking soda
Satukan telur, gula dan ovallete dan pukul hingga kembang dan kental
Masukkkan esen vanilla dan terus putar
Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis
Sudukan dalam cawan kertas ¾ penuh
(kalo nak senang masukkan dlm piping beg)
Bakar selama 15 minit atau hiingga masak
Sejukkan semalaman dlm loyang atau dulang sebelum disimpan
(Ini bertujuan supaya bahulu tahan lama dan tidak berkulat)