Monday, 7 October 2013

PIZZA ROTI GARDENIA



Assalamualaikum semua.

pizza lagi....?????. Ala nak menghabiskan roti yg dah nak abis tempoh tuh...malas nak buat bread puding sebab dah selalu buat tapi tak de masuk je kat blog nie sbb tak sempat, malas pun ye gak...
sedap tau kalo wat cam gini....ala2 pizza gitu, tak caya bole le korang cuba ye.

ni uda sharekan resepinya. ala senang je....Topping tuh boleh je letak apa2 yg disukai.....Jom layan resepi kat bawah nih.
 NI BUAT KALI KE DUA.....


NI PULAK KALI PERTAMA BUAT UNTUK SARAPAN
YG NI TAK LETAK SOSEJ. LETAK BASE TOPPING JE...


PIZZA ROTI

7-8 KEPING ROTI GARDENIA
1 CAWAN SUSU SEGAR/FULL CREAM
2 BIJI TELUR

CARA :
PUKUL TELUR DENGAN SUSU GUNA GARPU
CARIK2 ROTI DAN RENDAM DGN CAMPURAN SUSU + TELUR
BILA DAH KEMBANG HANCUR2KAN SIKIT PAS TU MASUKKAN DALAM LOYANG YG DIGRIS  NGAN MENTEGA. BOLEH JUGA GUNAKAN ALUMINIUM FOIL SUPAYA SENANG NAK KELUARKAN BILA DAH MASAK.

TOPPING
5 ULAS BAWANG PUTIH  TUMBUK
1 BIJI SEDRHANA  BAWANG HOLLAND CINCANG
1 BATANG LOBAK MERAH POTONG DADU
1 TIN CEBDAWAN BUTANG HIRIS NIPIS
1 BUNGKUS DAGIG BURGER RAMLI HANCURKAN
1 SUDU BESAR CILI GILING 
1 SENDUK KECIL SOS CILI
SIKIT OREGANO
MINYAK UNTUK MENUMIS
1 SD MAKAN TPG JAGUNG BANCUH NGAN SIKIT AIR
1 SDT SERBUK KNOOR/1 KIUB AYAM OR BILIS
GARAM
(UDA BUAT LEBIH RENCAH NIH SEBAB NAK LETAK KAT PIE KENTANG)

CARA :
PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG PUTIH + BAWANG HOLLAND. BILA GARING MASUKKAN  CILI GILING, BILA NAIK BAU MASUKKAN CARROT DENGAN DAGING HANCUR. MASUKKAN CENDAWAN, SOS CILI, GARAM, OREGANO. KACAU HINGGA ASAK KEMUDIAN MASUKKAN TPG JAGUNG DAN BIARKAN KERING. ANGKAT DAN SEJUKKAN BILA DAH MASAK.


HIASAN LAIN
SOS SPEGATI CENDAWAN KIMBBAL(YG LAEN PN BOLEH)
KEJU
SOSEJ
NENAS KIUB

CARA NAK HIAS PIZZA.

LETAK SOS SPAGETI RATAKAN KAT ATAS BASE. KEMUDIAN TOPPING DIIKUTI SOSE YG DAH DIPOTONG2, NENAS DAN TABUR DENGAN KEJU.
BAKAR 160 DARJAH CELCIUS SELAMA 30 MINIT.
SEDIA UNTUK DINIKMATI......

CUBA LE...GERENTI TAK MENGECEWAKAN....SEDAP.....


No comments:

Post a Comment