Ni lagi satu uda post gambo dan resepi kat sini.........
KARI TULANG RUSUK LEMBU
BAHAN
½ kilo tulang rusuk lembu yg
telah dipotong kecil2
1 peket kecil rempah kari Mak Siti
½ inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah sederhana kecil*
(* ditumbuk lumat)
1 kotak santan kara atau 200ml santan pekat segar
3 batamg daun kari
1 biji kentang belah 4
Kacang bendi dalam 10 biji (nak lebih pon boleh)
1 keping asam gelugur (Yg kecil je)
Air utk lembutkan daging
Minyak utk menumis
1 sdt serbuk maggi cukup rasa/1/2 kiub daging maggi/knorr
Garam
Rempah menumis
-1 btg kau manis
-1kuntum bunga lawang
-3 kuntum cengkih
-3 biji buah pelaga
CARA
Basuh bersih tulung rusuk dan toskan airnya
Bancuh rempah kari dgn sedikit air jadikan pes
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan
rempah penumis dan setangkai daun kari. Tumis hingga garing dan masukkan pes,
biar garing seketika lalu masukkan tulang rusuk dan air. Bila daging agak empuk
masukkan kentang. Bila kentang dan daging telah empuk masukkan santan, kacang
bendi, asam gelugur, garam dan serbuk magi atau kiub. Masukkan pula baki daun
kari. Biarkan santan didih sambil dikacau supaya tak pecah minyak. Akhir sekali
rasa garamnya, kalo kurang tambah dan sedia utk dihidangkan. Kalo tak nak letak
asam gelugur boleh je ganti dengan tomato tapi kat umah uda tomato habis le
pulak, tu yg letak asam gelugur......
Selamat mencuba.......
No comments:
Post a Comment