Tuesday, 16 June 2015

MEE KICAP SEMPOI

Salam.

Sekejap timbul sekejap tenggelam Uda nikan....Alahai nak wat macamana kesuntukan masala nak menghadap komputer. Dah le kat opis asyik mengadap komputer, lama-lama mata ku naik kelabu asap dibuatnya.
Ari ni nak kongsi resepi mee kicap yang senang dan sempoi bahan-bahannya, tapi yang pasti sedap dan mudah nak buatnya. sapa-sapa nak cuba silakan yer...............
 Ni mee yang Uda selalu guna untuk masak mee jenis berkuah
 MEE KICAP SEMPOI
KASI AMIK DEKAT SIKIT GAMBO MEE KICAP NIH



RESEPI MEE KICAP SEMPOI (UNTUK  3 ORG MAKAN)
OLEH :UDAUDIT HOMEMADE BAKERY

BAHAN:
1 BUNGKUS MEE WANTAN KELUARAN FIKRAH 
(ADA 5 GELUNG)
TELUR  3 BIJI
1/2 CAWAN ISI DAGING AYAM 
3 BATANG SOSEJ AYAM/DAGING
(NI BOLEH GANTI DGN FISHBALL)
KOBIS SIKIT
TAUGEH SIKIT
1/2 BATANG LOBAK MERAH POTONG MEMANJANG
2 ULAS BAWANG PUTIH
3 BIJI BAWANG MERAH KECIL
SIKIT HALIA
 3 SUDU CILI KERING KISAR
1/2-1 CAWAN KICAP MANIS
(KALO NAK PEKAT BOLEH LETAK 1 CAWAN KICAP)
2SDB SOS TIRAM
2 SDB SOS TOMATO
MINYAK 2 SDB
AIR SECUKUPNYA

CARA:
CELUR MEE DALM AIR PANAS MENDIDIH - TOSKAN
POTONG NIPIS ISI AYAM- BERSIHKAN  TOSKAN AIRNYA
TUMBUK LUMATBAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, HALIA
PANASKAN  MINYAK
TUMIS BAHAN TUMBUK HINGGA NAIK BAU, MASUKKAN CILI KIASR
BIAR GARING SIKIT LEPAS TU MASUKKAN ISI AYAM DAN LOBAK MERAH
MASUKKAN SOS TIRAM,SOS TOMATO, KICAP DAN AIR
BIAR MEMDIDIH SEKETIKA LALU MASUKKAN SOSEJ DANTELUR SEBIJI, SEBIJI
AKHIR SEKALI  MASUKKAN HIRISAN KOBIS DAN TAUGEH
RASA KALO KURANG MASIN BOLEH TAMBAH GARAM
HIDANGKAN BERSAMA MEE YANG SUDAH DICELUR
KALO SUKA BOLEH TABUR BAWANG GORENG DENGAN DAU SUP
SENANG AJE KAN....SELAMAMT MENCUBA