Sebenarnya dah lama sungguh nak tepek resepi kek yang sedap dan amat senang nak membuatnya nih, malahan dah banyak buat untuk customer. Tapi tula........ zat MMMMMM amatlah berlemak kat badan nih sebab tu le asyik tertangguh jek....
Uda suka tengok Lina Teratak Mutiara Kasih tu buat kek nih....Ya ampun cantik sangat......
Uda buat kat bahagian atasnya mesti ada retak, kalo tak banyak sikit tuh mesti ada. Tak tau le kenapa, nak kata oven panas sangat guna 160"C je. Oven tuh pulak tak de le lama mane baru 2 tahun lebih je uda guna. Tapi ahlamdulillah masih ada juga permintaan dari customer.
Ok la... apa2 pun minta izin kat penyumbang resepi asal ni yer untuk uda tepek kat blog uda supaya senang sedara mara, atau kekawan nak cuba. Uda amik dari blog LinaPG. Tima kasih juga untuk Lina yer......
Ni uda guna 3 warna (Kek tempahan)
Ni pulak 2 warna jer juga untuk tempahan
NI pulak kaler aiskrim paddle pop untuk makan2 kat umah
5 biji telur gred A
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kaster) -uda
ikut LiNa Pg
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4 cawan) -uda
ikut LiNa Pg
1 sudu besar ovellate
1 cawan minyak masak
Perasa nenas, pisang atau apa-apa perasa ikut suka dan
pewarna (uda bubuh pewarna je)
1 sudu teh essen vanila
Cara-caranya :
Panaskan oven 170"C.
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking
paper.
Pukul telur bersama gula dan ovellate hingga kembang.
Masukkan susu pekat bersama essen vanila. Pukul lagi
sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil di pukul lagi tapi
hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu
bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuang kedalam loyang.....marble ikut kreativiti.
Bakar hingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
(LiNa bakar pada suhu 165"C selama 50 minit pada api atas bawah) (Uda
masak dengan suhu 160"C selama 50
minit pada api atas bawah)
Biarkan kek sejuk barulah di potong dan hidangkan.
Terima kasih sudi cuba resepi ni...salam kenal dari LiNa Pg
ReplyDelete